Pages

Saturday, December 11, 2010

RESEPI- MASAK LEMAK REBUNG MADU


Bahan-bahan ( 5 org makan )

  • 500 g rebung, basuh dan rebus hingga lembut
  • bahan kisar: 2 sudu makan ketumbar, 1 sudu teh jintan kasar, 5 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 cm halia, 30 cili padi, sejemput ikan bilis
  • 1 batang serai, potong dua dan ketuk sedikit
  • 2 cawan santan dari sebiji kelapa
  • 1 keping asam gelugor
  • garam, kunyit, serbuk perasa secukupnya

Cara-cara

  1. satukan semua bahan, kecuali santan, masak di atas api sederhana, biar mendidih.
  2. tambahkan santan , rasa asam garamnya, biar mereneh (mendidih perlahan) sekejap.
  3. matikan api, bolehlah dihidang dengan nasi panas....
  4. walaupun sedap, jangan dimakan banyak, kolestrol tinggi, lemak tepu pun tinggi...makan sikit boleh la.

P/S : gambar mak cik google, terlupa nak ambik gambar

1 comments:

elleyayah . said...

like like .nnt elly try tau.kalau sedap elly pos kt akak .hehe

Newer Post Older Post Home