macam orang tua2 je kan aku suka benor makan ulam2...antara aku adik beradik, aku ngan abang aku je layan ulam2 nie, akak n adik aku memang tak makan ulam, sayur pun tak makan. aku kalau tak xdak lauk pun aku xkisah yang penting ada ulam n sambal dah buka selera aku untuk makan. pegaga kat umah aku tu, aku main baling je kat paya, sekalinye penuh satu paya tumbuh, ok gak cantik je jadi cam landscape lak, pokok ulam raja ada gak, daun selom tu pun naik sendiri gak dalam paya, untungkan dok kampung...leh petik je nak makan pe, kangkung pun naik sendiri gak, kalau terdesak nak makan sayur, baru aku p petik, masa zaman aku dok umah sewa dulu, ulam2 tu semua kena beli, p borong kat pasar malam, cicah ngan budu, housemate aku ramai budak kelantan, terikut2 lak lagipun sedap bila makan ramai2.. bila makan sorang2, tiba2 je budu tu jadi xsedap hahahah... kesimpulannye kena makan ramai2 huhhu..
pegaga madu sesuai buat jus dan ulam
Khasiat pegaga:
* menyegarkan badan
* merawat pitam
* mengurangkan berat badan
* awet muda
* rawatan lepas bersalin
* merawat pitam
* mengurangkan berat badan
* awet muda
* rawatan lepas bersalin
Keterangan
Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak.Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk india setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur.Tapi kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu.
Kegunaan
Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas menambahkan kekuatan fizikal dan mental.
Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak.
Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid.Herba ini mula digunakan dalam perubatan ayurveda. ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu.
Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan untuk dibarat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.Diindai bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit.
Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal.
Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari.Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.
1 comment:
pegaga pahit lah tp byk khasiat kan
ulam2 mmg xsedap pn tp byk khasiat.
xcaye cube tnye org2 lame.hehe
Post a Comment