TOLONG LIKE pages saya.TQ

KOLEKSI VEIL HANDMADE


Pages

Tuesday, May 21, 2013

senarai harga veil chiffon + shawl ( 1 set)



contoh veil yang telah ditempah KLIK SINI

Contoh shawl halfmoon lace exclusive KLIK SINI


2 CARA UNTUK BUAT TEMPAHAN

@
KALAU TAK DAK FB BOLEH E-MAIL Izyanty10@gmail.com

TEMPAHAN PALING LEWAT 1 BULAN AWAL DARI MAJLIS ANDA.

- BAYARAN DEPOSIT SEPARUH DARI HARGA, BAKI BAYARAN SELEPAS TEMPAHAN SIAP DAN SEBELUM POS.

- KERJASAMA DARIPADA ANDA AMATLAH DIHARGAI.

TEMPAHAN SHAWL RAYA PUN DAH BOLEH SEKARANG...SAMPAI 14/6/2013.
KALAU NAK PATCH LACE DEKAT BAJU RAYA PUN BOLEH GAK.

-THANKS FOR SUPPORT   Izyanty Collection

Friday, May 17, 2013

Menu tengah malam saya



Assalammualaikum....selamat hari guru-( lambat 1 hari ) terima kasih to all tenaga pengajar saya dan tenaga pengajar 1 malaysia...terutama my mum...cikgu pertama...tahun nie tahun pertama adik aku jadi cikgu 3bln pastu jadi lecture..alhamdulilah lepas habis belajar terus dpt keja tak sempat rehat pun...Taniah to my adik yang baru konvo selasa lepas...

Miss Aishah ngajar bahasa inggeris...selalu aku kena tegur eja salah poyo arr...hahaha
shawl tu dari  Izyanty Collection taw, last minute jahit,  pada mulanya dia nak pakai tudung corak2 sebab baju dia kosong, bila mix n match tak dak yg sesuai lak, kebetulan aku ada extra shawl yg tak jahit lace lagi, bila mix ngan baju dia masuk, memang rezeki adik aku lah kan, semuanya kebetulan aku ada barang. terus jahit je dalam 1 jam siap.dan dia nak yg simple je...kalau ikut aku nak letak pearl banyak2 huhuhu.

nak cite pasal menu tengah malam...sekarang nie kan musim buah pelam..tiap2 minggu aku beli, bak kata mak aku buah pelam nie ikut musim makan sampai habis musim hahahha...baru teringat semalam ada beli buah tembikai lupa nak makan time buka puasa....aku selalu makan buah-buah nie time tengah malam...bila kena berjaga malam gaya time study je kan...time study pun tak berjaga malam 10.30 mlm dah lena. saya memang tak rajin berusaha pun. bila tido lewat of coz rasa lapar...nasib ada buah dalam peti ais, potong buah bentuk kuib supaya nampak menyelerakan huhuhu..

Selalu berjaga malam hari jumaat malam sebab keesok harinya cuti...minggu nie aku tido lewat gak kan kena cover  3 hari tak dak kt umah, saya gigih menjahit banyak nak kena jahit....dah p jln2 of coz kena gigih cari duit balik kan.


nak shawl cam saya boleh lah tempah di Izyanty Collection ( custome made ) untuk pakai raya or apa2 je lah event he3..nanti kalau rajin kita review lah jln2 dari penang ke KL -S.alam-penang. selalunya saya tak rajin pun kan :p


Tuesday, May 7, 2013

casing hp cute dan murah






Assalammualaikum...

nampak tak casing hp kita...suka sangat yang penting murah lalala...beli hp baru semata-mata sebab nak guna camera 360 hahaha. aku nak guna camera je pun sebenarnya senang sikit nak tangkap gambar untuk veil n shawl sebab skrin besar dan gambar elok sikit dari hp nokia.

aku jarang guna n usung hp nie.kalau orang lain sibuk whatsapp, line, wechat...aku hampeh tak guna semua tu pun. untuk hp nie aku pakai no baru so kalau cuba nak wechat or watsapp buat tempahan memang tak boleh lah, no utk public aku  pakai hp biasa je.

aku memang suka barang murah, yg cantik.. nanti bila dah bosan leh tukar baru, tak lah membazir huhuhu


nak casing cute dan murah boleh klik sini  New Casing World...bukti saya tak rasis hahaha...:p



Boleh lah layan drama lepas nie




Izzue Islam & Tiz Zaqyah (2)






Assalammualaikum......

Dah stop cakap pasal politik bosan lak aku rasa.apa-apa pun setiap orang ada pendapat masing, walaupun berbeza pendapat dan idealogi jangan sampai putus persaudaraan ok. Benda-benda camni normal  sebelum dan selepas akan ada isu. Dan aku rasa kalau nak buat sesuatu tu kena fikir lebih kreatif dan inovasi sebab rakyat malaysia nie buat p lah apa pun, akan cari fakta, berusaha gigih buat reasearch dan macam lagi lah, dan bila ia diputar belitkan sampai orang tak akan tahu sapa yang betol dan sapa yang salah. Dan setiap orang yang gigih tu ada agenda tersendiri. Baik buruk terpulang lah camna korang fikir. kadang2 kita suarakan pendapat org kata kita nak laga2 kan. just pendapat okey.!!!! itu hak masing-masing. :p

sebagai umat islam aku rasa kekuatan kita adalah doa dan yakin dengan Allah...sila bersihkan hati dan diri sebelum u nak pimpin orang lain. Kadang-kadang Allah tak bagi sekarang mungkin ada sebab dan belum masanya. so kita kena audit diri sendiri dulu baru pandang orang lain.

DAN tak payah nak sindir2 orang yang tak pakai tudung, baik korang Doa diorang  tutup aurat hokey..

Yeahhh boleh layan drama "sebenarnya saya isteri dia"...2 minggu hokey tak dak kat tv semata-mata sebab Pilihanraya....tak sabar nak tengok minggu nie harap2 ada. Saya Taw kerajaan beli TV3 hahahh...


Monday, May 6, 2013

Cadangan untuk SPR

Assalammualaikum...

musim pilihanraya dah berlalu...alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Aku tahu pengundi sekarang lebih suka kepada pemimpin yang memimpin secara islamik. Mana-mana orang islam akan fikir camtu kan...kalau kita nak camtu tugas pembangkang yang ada kat dalam tu silah cabar kerajaan  mentadbir negara ke arah lebih islamic. Kalau tak jadi pemimpin pun still boleh berdakwah okey, yang penting kualiti bukanya kuantiti :)

masuk kali nie aku dah mengundi 4kali, sepatutnya kali ke 2 disebab ada pilihanraya kecil 2x kawasan aku dulu, so dah jadi banyak kali lah.

aku paling tak suka pilihanraya kali yang ke-13, nak taw kenapa sistem dia mengusahkan.

kali nie kita guna dakwat kekal lah sangat kan, pearhh tak kekal pun ( taw komplen je kan i nie )... cadangan aku lah ,dakwat kekal nie sepatunya lepas habis kita mengundi baru calit, tak pasal2 nak pangkah jadi susah, tangan sebelah takut kena dakwat kang reject lak, dah lama kemain lama beratur, kan rugi kalau undi rosak. kita terpaksa guna sebelah tangan, dah terbiasa buat apa2 mesti nak pegang dua tangan supaya kertas tak lari kan.


Lepas dah habis pangkah kena lipat kertas lak, kena guna sebelah tangan gak, jadi lambat hokey...punya lah dok jaga dakwat cair tu takut kena kertas. Sepatunya SPR masa bagi kat kita kertas undi tu depa kena lipat dua, tapi tahun nie depa langsung tak lipat terus...tak ke terhegeh2 nak lipat kertas guna sebelah tangan.


Pasal isu dakwat kekal yang tak kekal tu, pe hal lah spr nie tak guna inai hena tu je... 5 minit pakai terus kering dan terus menyerap dlm kuku...comfim2 tak leh cuci langsung bila guna inai, tu pun tak fikir. Rata-rata orang yang gigih cuci bersih guna pelbagai kaedah, cayalah korang berusaha gigih. aku tak gigih sangat nak bersihkan, nanti rosak lak kulit tepi kuku aku huhuhu..

Aku tengok ketua spr tu tunjuk dalam tv dia punya dakwat kekal still pekat tak hilang bila cuci ngan benda apa sekali pun. tapi bila sampai kat pengundi pesal aku tengok dakwat murahan je cam tak sama je.bila jari tu basah kena air dakwat dia keluar siap leh kena baju gi....awat tak guna maker pen je comfim tak kuar n comot tangan huhuhu..nie nk kena tunggu kering bagai.

p/s : kita harap lepas nie sistem nie dapat diperbaiki menjadi lebih baik okey..

Bab protes no 1 rakyat malaysia nie kan..



keputusan piliharaya ke 13


Benda nie dah lama bermain dalam fikiran aku, napa kerajaan negeri PAS tak laksankan hukum hudud dalam negeri depa ek.kan pas perintah of coz lah boleh laksanakan. Kelatan patunya kena mulakan dulu,baru semua orang faham hukum hudud nie,bukanlah teruk sangat, just nak mendidik umat islam supaya jangan jadi jahat je pun. yg korang takut sangat hukum hudud nie kenapa, korang ada buat salah ke huhuhu...tak faham tol aku, hukum hudud tu untuk orang islam je pun, agama lain tak terlibat pun kecoh tak nak buat. 

kita nak cakap bab protes....kalau nak protes gunalah cara yang bijak hokey...guna saikologi...nie dok protes atas jalan, sapa thah ajar...pas tu ada hati pakat dok sokong jadi pemimpin, tak faham tol aku. ke orang muda zaman sekarang malas nak fikir ek...taw nak ikut emosi je lebih.


Pasal  isu AES salah ke pasang camera tu, orang nak jaga keselamatan korang dan pengguna jalan lain pun nak pertikai kan. napa nak bawa keta laju-laju...macam jalan tu ko jalan sorang, kalau keta korang je yg lalu citu logik le jugak suruh hapuskan, nie nak bawa laju-laju tak fikir keselamatan pengguna lain, nampak tak pentingkan diri sendiri. Tujuan asal untuk mendidik rakyat supaya berhati-hati di jalan raya tapi buat isu kata nak duit depa lak pelik tol orang camni, nampak tak ada dua pemikiran yang berbeza. kalau ko fikir benda tu positif jadi positif dan kalau korang fikir benda tu negatif benda tu akan jadi negatif. ada saja lah yang tak kena dimata rakyat biasa2 nie bila kita nak buat benda baik kan.






Friday, May 3, 2013

celik hati - Tips sakit hati

Assalammualaikum...





selamat hari jumaat

hari nie kita nak share something yang berguna kepada kita semua, sapa layan rancangan celik hati taw le kot apa yang disampaikan, so kepada yang terlepas jangan risau kita share ngan korang semua ok. kita memang suka layan rancangan camni sambil jahit veil or shawl. Drama korea pun kita layan gak sambil jahit yg peliknya camna kita leh ikut drama tu sambil baca subtitle n jahit...kadang2 kita pun pelik ngan diri sendiri..tengok2 dah siap alhamdulilah..

Rancangan celik hati nie ganti rancangan semanis kurma kat tv 9 jam 9.30malam. kita suka Prof  Dr Muhaya bagi motivasi mengikut cara islam,salah satu rancangan untuk mengubah diri menjadi lebih baik.

Kita rasa semua orang pernah ada perasaan sakit hati, dendam, marah kan...so Prof ada buat demo camna nak hilangkan rasa tu...kebetulan masa prof suruh pegang pen kuat2...ada pen dlm box menjahit kita, kita pun buat lah sama2 dlm demo tu he3..


caranya camni

Pegang sebatang pen kuat-kuat. so korang rasa apa? sakit kan, then lepaskan automatik rasa sakit tu hilang dan lega kan. sama lah cam kita sakit hati n marah n dendam kat orang, kalau kita maafkan orang tu dan lepaskan dari fikiran kita, kita akan hidup lebih bahagia dan gembira. cuba ok good lucky. Kita pun dah cuba...jom audit diri :) tag line Prof Dr Muhaya. korang boleh follow kat FB  dan twitter beliau.




Older Posts