Friday, December 3, 2010

Blog oh Blog !!

image

   untuk join klik sini
tiba2 aku jadi ketagih lak nak join  segmen en ben... boleh buat en3 je, nak blogwalking beruk lembab lak. aku suka jawab soalan je, baru ada idea bila menulis, suruh reka sendiri mau penat fikir heheh..kalau suruh bercakap lagi aku tak dak idea.

tagline aku kan 'hidup lebih mudah & ceria'. so nak buat benda yang mudah2 je dengan menjawap soalan.


Usia anda berblog 
kalau tak silap dah 9 bulan dah kot, cam ibu ibu mengandung lak kan hahah

Sapa mempengaruhi anda untuk membuat blog 
anak buah aku le yg suruh aku buat blog, padahal aku nie buta it sikit masa tu, disebabkan cikgu dia ajar buat blog, dia lak nak ajar aku, padahal aku tak tau pe2 pun pasal blog, so dia le yg daftar untuk aku, dah ada blog tapi tak tau lak nak tulis pe, nak tanya sape lak nie, dah le aku tak kenal sape2, kawan2 aku pun tak dak blog, anak buah aku dah lepas p matrik, terawang2 le blog aku, last aku cari tutorial blog belajar dari A-Z. AKHIRnye jadi le cam blog sekarang.
Perkara pertama yang timbul dalam kepala bila mendengar perkataan blog 
seriusly aku memang tak tau pe benda alah blog nie, pernah dengar kat tv berita, dok cite pasal blog anuar Ibrahim je, ooo rupanye blog tempat Anuar Ibrahim bercakap dan mencari pengikut hahahah. tu yang aku rase masa tu.


Mereka yang menjadi sumber inspirasi anda dalam dunia blog ..
satu hari aku terbaca paper pasal red mumy, so dari situ le aku dia jadi sumber inspirasi, sebab aku baca dia tulis blog boleh dapat duit, rupanye tulis leh dapat duit gak ek heheh 
( ciss dasar mata duitan tol aku nie ), so dah tau, masuk blog dia tengok camna rupa blog yang sebenar, dari situ le dapat tau keadaan sebenar blog, dah lama2 terjumpa lak en Ben. so follow le dia, selalu sgt masuk blog en Ben, sebab dia banyak  ilham  n  banyak tips yang leh belajar.


Bagaimana anda nak terangkan mengenai blog pada rakan anda yang buta IT 
aku pun buta it gak tau dulu, budak account memang le benda alah nie tak berapa penting sangat kan. buat yang tak tau ape itu blog, korang leh masuk je blog mana2 untuk melihat apa yang nak disampai oleh seseorang blogger, kebanyakan blog  cite tentang kehidupan n aktiviti yang depa buat. kalau ko jenis suka jaga tepi kain orang, sesuai sangat baca blog hahahah.

Dalam 100 patah perkataan , Apakah blog mampu mempengaruhi kehidupan seharian anda ? 
sejak aku berbloging nie memang banyak sangat benda yang aku dapat, setiap hari aku memang boring giler dok ofis, tak dak keja nak buat, so setiap bulan mesti beli banyak majalah untuk baca, bila dah ada blog, aku memang dah tak beli bahan bacaan yg banyak, jimat gak duit aku kan, baca di blog je. apa yang best kat blog, ape benda yang kita tak tau n tak faham kita leh tanya orang, lagi satu bab agama, kalau nak baca buku agama rasenye aku tak rajin baca, setakat tau apa yang belajar kat sekolah je kan, tapi kat blog aku dapat tau lebih mendalam  n memahami  ilmu agama, hukum2 agama dan hadis2.
aku nie spesis yg susah nak cakap ngan orang bila ada masalah, so blog nie lah tempat aku luahkan apa yang aku rase, kalau dulu bila ada masalah mesti nangis sorang2 masa tido konon2nye mak aku tak tau le kan heheh. bila aku tulis dalam blog, aku rase hilang beban aku. lagipun orang ner kenal aku pun, lebih senang aku nak meluahkan. Disamping tu jugak aku dapat kawan2 baru dan dapat menjelajah ke seluruh negeri, hanya dengan blog, sesuai sangat le ngan aku yang kera sumbang nie huhuhhu... tak suka kuar umah.
( macam lebih dr 100 je nie, xpe kot ek? :P )



2 comments:

Azah Rahaman said...

salam singgah, jemput ke blog buruk saya jugak ea? hehe, nice entri, keep it up oke (:

Cikgu Siti said...

i love blogging too.
sy mula berblogging 2 nov 2009 kot.
xsalah lah.huhu
jmput2 ke blog sy. :D