Thursday, December 23, 2010

PELABURAN EMAS SANGAT MENGUNTUNGKAN?

Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang



Graf Harga Emas Dunia dari tahun 2005-2010

Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan! Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 25% setahun. paling busuk pun 20% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini?

cuba bandingkan dengan faedah/keuntungan simpanan tetap di Bank pada kadar 2-3% setahun, ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung? Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM157 segram (2010 )!!

 jika tahun ini kos pergi haji lebih kurang RM9k seorang, 5 tahun depan adakah kosuntuk mengerjakan haji masih sama? tentulah tidak bukan? jika anda membeli emas bernilai RM9k , 5 tahun akan datang bila anda menjual semula emas tersebut, kos mengerjakan Haji tetap bernilai  RM9k iaitu harga semasa anda membeli emas tersebut walaupun kos mengerjakan haji pada masa itu sudah naik.


sumber : SINI

P/S : aku sangat berminat dengan pelaburan emas, tapi aku xdak duit arr. boleh tak kita simpan sikit2. siapa yang ada buat pelaburan emas kongsi le kat sini ek. aku nak join yang maybank tu. duit nuffnang bila le ko nak banyak ek.

5 comments:

Azlina said...

lin pun tgh bercita2 nk buat pelaburan emas ni..nk beli jongkong emas...untung wo!

Cikgu Siti said...

nak emas .hehe

Admin said...

Salam.Jalan-jalan , terjumpa blog comel ni. Just nak share pasal emas ni. memang menguntungkan. seeloknya pilih cara lain melabur emas. Maybank buat secara conventional. Ada unsur riba. Baik beli emas fizikal terus.
K.Siti.

Dellimous Food Industries said...

Salam Izma aku arin la. slamat dtg ye ke blog aku. hehe. aku skag jual coklat babe. coklat yang dijual di House of Choco adalah hasil tgn aku. (yo la tue). aku ada wt pelaburan emas yg kt Maybank. mmgla mhal sbb mula nk start. lgi lme lgi bykla ko kna byar. start nk buka acc ko kna beli emas 5gram. harga 5gram bergantung kpda harga emas smasa ko nk buka acc.tpi bru 1st time aku dgar yg Maybank ada riba. huhu. xsure psal tue. klu bank islam ada wt pelaburn emas aku dh join msalahnya HANYA Maybank & Public Bank je yg ada.aku bukak bulan 6. until now makin naik & nk mencencah ke RM200 segram.

Admin said...

Salam Dik.. ini ada artikel psl pelaburan emas di Malaysia.

http://www.zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/764-hukum-akaun-pelaburan-emas-di-bank-malaysia.html

Copy paste address tu.

BTW, Kuwait Finance House ada buat akaun emas secara islamic. Emas dari Turki. Akak pun melabur. Tapi beli emas fizikal /gold bar. beli emas, dpt emas :)