Pages

Thursday, December 26, 2013

masuk hospital dapat duit





Assalamualaikum...

kita terpangil nak review pasal nie. bak kata pepatah malang tidak berbau...sediakan payung sebelum hujan. nak cakap pasal pentingnya ada medical card. selalunya orang bekerja kontrak yang bermasalah sebab diorang nie keja gaji hari kalau datang keja baru ada gaji kan, kalau tak datang keja tak dapat gaji. yang gaji bulan pun sama gak memang lah kalau tak datang still ada gaji, tapi mc tu ada limit gak kan. kalau dok hospital lama2 camna kan. tapi kalau mc dapat elaun lagi bagus kan, ada gak duit extra.

so aku nak sarankan korang ambik Insurance Prudential BSN Takaful bukan saja cover  kos perubatan korang tapi boleh dapat ELAUN MASUK HOSPITAL TAW... untung gak kan, lepas baik sakit dapat claim duit elaun. insurance lain just cover duit hospital n perubatan je n duit tu tak dapat kat kita pun. yang nie elaun dok bilik hospital memang akan dapat kat kita..bilik paling murah rm 150...so kalau dok 4malam dah  rm 600.00 kan..

 adik aku dok buat perangai camni demam sikit masuk hospital kpj sebab leh claim elaun hahah...kalau masuk hospital sebab demam duit deposit rm 400 tu xdapat balik pun...tapi dia masuk ari sebab kes excident aritu xbaik lg..boleh lah cover kan...

Alhamdulillah setakat nie aku tak guna lagi medical card aku.alhamdulilah setakat nie sentiasa berada dalam linganan Allah  terhindar daripada benda2 buruk.

lagi lambat korang masuk insurance makin tinggi kos bayar bulan2...so yg muda2 tu dapat je kerja terus ambik insrance taw.

p/s : kita bukan jual insurance pun, kita jual tudung  di Izyanty Collection. saja nak bagitaw medical card adalah sangat penting bila berlaku hal2 kecermasan..hospital swasta sangat best rupanya cam dok hotel je.sebab ada insurance boleh lah masuk hosp swasta, pakai duit sendiri giler mahal kot nak kena bayar dia punya kos.


Friday, December 20, 2013

Persedian Saham Akhirat...?


Assalamualaikum...
selamat hari jumaat yang barakah, kita nak kongsi sikit tentang buku yg kita baca Mudahnya menjemput rezeki, bukan ai beli pun ajen insurance kakak n adik aku bagi...best tol depa punya ajen insurance dpt macam2, baucer kfc lah, diari, buku. Aku punya ajen insurance tak bagi apa2 pun :p...



ok take note yang nie no 4 : 
SATU SEDEKAH YANG DIBALAS DENGAN 1000 KALI GANDA ADALAH SEDEKAH YANG DIBERIKAN KEPADA PARA PENUNTUT ILMU ATAU ORANG YANG BERJIHAD PADA JALAN ALLAH.


sedekah2 yang lain jugak dikira pahala akhirat jugak...so kita bahagi-bahagi kan kita punya duit mana2 pun boleh hokey.




pernah dengar tak pasal tanah wakaf, tanah wakaf nie dijual dalam kaki ada yg sekaki rm 10, 20, 25 bergantung pada setengah2 tempat lah...boleh je beli 1 kaki kalau tak mampu...kalau ada banyak duit boleh lah beli banyak kaki. tanah wakaf nie selalunya diorang akan buat masjid, sekolah agama camtu lah. kemarin ada sorang budak datang tanya nak buat tanah wakaf tak... selalu gak lah orang akan datang kutip untuk buat tanah wakaf nie, sebelum nie aku selalu buat untuk arwah abah aku, tapi kemarin aku nak buat untuk diri sendiri lak sebabnya kita tak taw bila kita akan mati dah lah tak kawin lagi,tak dak anak untuk sedekahkan doa, n wakafkan nanti so sekarang kumpul banyak2 saham akhirat takut tak sempat lagi.

so aku rasa kita yang geng2 still single perlu buat persedian awl....yang dah berkeluarga pun sama gak...
so kalau korang nak murah rezeki dan nak kumpul saham akhirat boleh menderma kat sini diorang tengah kumpul duit untuk pembinaan masjid

DARUL QURAN WAL-HADIS AN-NASRI telah ditubuhkan pada 12 Rabiul Awwal 1434 Hijrah bersamaan 24 Januari 2013 Masihi merupakan sebuah institusi pengajian  Islam yang menitik beratkan pendidikan tahfiz al-Quran, hadis dan pengajian Islam sehingga ke peringkat lanjutan sebagai pelengkap kepada pusat pengajian Tahfiz al-Quran

KALAU NAK MENDERMA BOLEH KLIK SINI UNTUK INFO LANJUT

Sekarang senang je kan nak menderma just klik guna online banking  je. walaupun tak banyak atlist bagi, bila dikumpul ramai2 jadi banyak :)

kalau ada kelapangan masa n kesihatan yang baik boleh membantu tenaga jugak kan..


Apabila mati anak adam maka terputuslah amalnya melainkan tiga perkara iaitu SEDEKAH JARIAHNYA 
( WAKAF), ILMU YANG DIMANFAATKAN DAN ANAK SOLEH YANG MENDOAKAN UNTUKNYA.

Thursday, December 19, 2013

Hadiah best + baucer diskaun untuk semua peserta



Assalamualaikum...
hai awak2 semua yang cantik,comel, n sweet kat luar sana :)...jemput join contest...kita nak bagi hadiah shawl lace halfmoon free kepada 3 orang pemenang bertuah yang akan dipilih secara random.kalau u all tak menang pun still dapat beli dengan harga diskaun RM10...untung taw u all bukan senang kita nak bagi baucer diskaun nie,dan bukan semua orang dapat merasa pakai shawl n veil dari Izyanty Collection taw...sebab kita had kan tempahan, sebabnya kita jahit shawl nie just partime je n CUSTOM MADE speacial untuk korang mengikut citarasa korang.
So untuk bulan 12 saja kita terpaksa tolak banyak tempahan sebab dah full book.

Bagi yg nak booking shawl n veil untuk tahun 2014...kita buka tempahan sampai 31/12/2013 nie
 untuk bulan 1-5 /2014 punya majlis.

JOIN CONTEST KAT FACEBOOKK KLIK SINI
NAK TENGOK HADIAH KLIK SINI
CONTEST BERAKHIR PADA 20/12/2013 ( 12 tengahmalam)
good luck korang semua...

THANKS FOR SUPPORT CONTEST & IZYANTY COLLECTION...LOVE U ALL :)

Tuesday, December 17, 2013

nak buat majlis cam Diana Amir jugak lah

diana-amir-kahwin-6



Assalamualaikum...
sekarang kan musim orang kawin sana sini kenduri...strees tol mak aku...stress lagi aku yang mendengar hahahha....ok mak next year hujung2 tahun ek...bajet Redha je sapa pilihan my mum huhuhu
lagipun skrg kan kita dah insaf sikit tak nak bercinta sebelum nikah...so kita pilih bercinta lepas nikah...minggu lepas kot tengok semanis kurma ada diana n husband die.
 baru taw majlis diana amir tu just buat majlis nikah je...then tak dak pun buat barang hantaran sebab dia cakap nak mudahkan semua. bagus gak kan camtu tak payah nak fikir banyak sangat n perabih duit utk barang hantaran kan. buat sekali majlis je. kehidupan sebenar pasangan bermula selepas  pernikahan  so lagi banyak nak pakai duit kan.

ok nanti majlis aku  buat majlis nikah je ek n barang hantaran pun xnak buat  ...habislah orang kampung gosip apa nanti, tak kawin pun kena gosip  hahahah.....whatever

jangan lupa join GIVEAWAY CONTEST DI FACEBOOK

ESOK

HADIAH BOLEH TENGOK KAT SINI

Thanks for Reading..:)

p/s : kenapa icon FOLLOW dah hilang...nak buat camna nie...dah cuba masukan baru tak boleh jugak...sejak bila tak dak pun tak taw lak. baru hari nie perasan sebab ada seorang adik blogger gitaw...

Monday, December 16, 2013

Peluang menang shawl halfmoon lace






Assalamualaikum....sempena ulang tahun pertama Izyanty Collection akan datang kita rasa nak bagi hadiah shawl halfmoon lace kat korang2 semua....so tiga orang yang bertuah akan dapat shawl SECARA PERCUMA. Pemilih berdasarkan Random..kalau tak menang pun u all still dapat beli shawl halfmoon dengan harga diskaun...kita bagi diskaun RM 10 BAGI SETIAP PESERTA CONTEST.

INFO LANJUT CARA UNTUK JOIN CONTEST AKAN DI UPDATE DI PAGES Izyanty Collection


HADIAH YANG BAKAL KORANG DAPAT..






gambar kat bawah nie ihsan dari blogger femes   Fynahere.com Thanks sudi pakai shawl dari Izyanty Collection




















Wednesday, December 4, 2013

Tanah lot untuk dijual di Permatang Pasir seberang Perai Tengah




Assalammualaikum

ada sapa2 tengah cari tanah lot tak...tanah lot nie terletak di jalan PERMATANG PASIR Seb Prai tepi jalan besar.
Berhampiran JABATAN PELAJARAN NEGERI DAN SUNGAI DUA..kawasan strategik. 

Berminat boleh hubunggi saya  ( 019-4290584 yanti ) serius buyer only


2 lot sahaja yg kosong lagi

- LOT 4 - 8482KP ( 177 X 47 ) HARGA RM 152 676.00
- LOT 8 - 4225KP ( 72 X 60 ) HARGA RM 76 050.00

p/s : kalau ada duit sila beli, rugi kot tak beli kawasan nie...ni kira harga rendah lagi..tempat baru buka dah up lagi tinggi taw...nie kosong pun sebab loan diorang tak lepas...

Thursday, November 21, 2013

pilih pen pun nak yang berseni jugak...SALAHKAH

"Bukan calon pasangan yang menentukan kebahagian kita" 
 "tapi diri sendiri"
"tepuk dada tanya selera"


pasangan hidup kita adalah cermin diri kita, kalau kita nak pasangan yang baik dan sebagainya kita yang kena berusaha menjadi baik dan memperbaiki diri kita kearah itu kan :)

motif : banyak sangat layan drama melayu hahaha



my fav pen  cantik dan sedap bila tulis...beli banyak2 kalau suka he3...tak faham pen ada kaki...beli banyak2 pun still hilang padahal dok ofis sorang2 je...tiba2 jumpa kat tempat lain sgt misteri...mybe malam2 pen jln2 kot huhuh



sedap pulak lagu yg baru kuar  kt rat radio nie


boleh dengar kat SINI

Lirik Lagu 'Salahkah' - Rossa dan Hafiz 
(OST Bukan Aku Tak Cinta)
Ciptaan: Moh. Charly Van Houtten

salahkah ku bila
mencintamu sepenuh hati
sedangku tahu pasti
keluarga tak merestui

biarkan dunia berputar
seiring waktu berjalan
sampai saat nanti tiba
waktu merestui cinta yang terlarang untuk kita berdua

dari jauh ku berlari
mengejar mimpi-mimpi
berat rasanya ku dapatkan semua

dari situ ku sedari
mungkinkah saat nanti
cinta kita berdua bisa ku miliki

salahkahku bila mencintaimu
mencinta sepenuh hati

biarkan dunia berputar
seiring waktu berjalan
sampai saat nanti tiba
waktu merestui cinta yang terlarang untuk kita berdua

dari jauh ku berlari
mengejar mimpi-mimpi
berat rasanya ku dapatkan semua

dari situ ku sedari
mungkinkah saat nanti
cinta kita berdua bisa ku miliki

salahkah salahkah
salahkah salahkah
salahkah salahkah
salahkah salahkah ku...

dari jauh ku berlari
mengejar mimpi-mimpi
berat rasanya ku dapatkan semua

dari situ ku sedari
mungkinkah saat nanti
cinta kita berdua bisa ku miliki


Monday, November 18, 2013

suka pula stail pakai shawl camni

wearing shawl Izyanty collection...








Assalammualaikum...


Baru-baru nie kita beli shawl glitter kat tesco....kita pun pakai tudung label orang lain jugak taw..walaupun buat tudung sendiri huhuhu. try punya try nak lilit shawl glitter nie cam tak sesuai lak nak lilit atas pala sebab dia sedikit keras...cam serabut bila nak lilit atas pala..

so masa try n eror tu kita dapat grab stail camni je lah senang...tarik dari bawah pin tepi pala je tak yah lilit2 bagai...so bahagian lebih tu akan turun ke depan gitu...kalau guna kain chiffon dia akan jatuh cantik cam gambar atas sekali tu...tapi shawl atas tu tak cukup lebar sebab aku silap potong...so ai tak jual kat customer kalau shawl tak cukup lebar ek...sendiri pakai

 make sure setiap kali pakai shawl dari Izyanty Collection kena pakai inner tudung bahagian dalam supaya tidak jarang n dapat cover secara menyeluruh...kita tak galakan pakai iner neck or anak tudung sebab dia just cover setakat tengkok kita je tapi bahagian bawah tak cover. Kita keluarkan shawl menggunakan kain chiffon yg lembut n sejuk sesuai dengan cuaca malaysia....



cara pakai shawl atas nie sama cam pakai tudung bawal gak...tapi kita pakai versi shawl.. boleh tgok kat SINI  ek


P/S : segala kekurang akan diperbaiki dari masa ke semasa...segala teguran dan nasihat boleh pm secara personel ek...

Wednesday, November 13, 2013

Izyanty Collection dah "Demand" ?

Assalamualaikum



Baru-baru nie aku ada post kat facebook pasal order untuk 2014 kan...mesti orang ingat aku demand sekarang kan buka order sampai 31/12/2013 je...lepas date tu xnak ambik...bajet terlajak laris sgt, tak nak ambik order customer kan...oit2 jangan melalut ek...aku saja tetapkan masa camtu sebabnya next year aku punya aktiviti cam padat sikit...so aku nak susun masa bagi teratur awal2...kalau korang order awal pun tak lah dapat awal pun ikut due date majlis korang gak...sebab ramai customer dok tunggu turn jugak hokey..

kalau sebelum nie kita cakap awal sebulan dari majlis...tapi untuk tahun depan punya majlis dari bulan 1 sehingga bulan 5  ( 2014 ) memang kena order dari sekarang sampai 31/12/2013....anyway thanks yang dah mula order untuk tahun depan. apa yang kita nak buat tahun depan ek??  RAHSIA he3..semoga Allah mudahkan amin...tapi boleh risik2 pm kat fb utk order, kalau kita free kita ambik lagi tempahan ek..


ok tak nak membebel panjang-panjang  sapa nak tempah shawl n veil untuk hari bahagia korang boleh pm di facebook Izyanty Collection ek. kita pun tak nak hampa kan mana-mana customer kita sebab tu kita suruh tempah awal. Tahun depan kita ada komitmen peribadi so masa pun terhad lah...bukan kita nak kawin ek..komitmen lain huhuhu...menjahit adalah partime je, kita ada keja tetap.





PANDUAN UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN

LANGKAH 1

-TOLONG PM DI FB ( PERSONEL MESSAGING )

LANGKAH 2
- PILIH COLOUR VEIL ( NET OR CHIFFON )
- PILIH WARNA LACE
-PILIH WARNA PEARL
-PILIH WARNA BUNGA 3D
- PM DESIGN SEBAGAI RUJUKAN


LANGKAH 3
-UNTUK COMFIM ORDER DEPOSIT SEPARUH DARI HARGA VEIL OR SHAWL, BAKI BILA DAH SIAP N SEBELUM POS.

TEMPAHAN DIBUKA UNTUK TAHUN 2014 DARI BULAN JANUARI HINGGA MEI 2014 UNTUK MENDAPAT HARGA PADA TAHUN 2013. PADA TAHUN 2014 ADA SEDIKIT KENAIKAN HARGA....SO BOLEH BOOKING DARI SEKARANG untuk harga rendah sampai 31/12/2013.

TAHUN DEPAN KITA TAK AMBIK BANYAK TEMPAHAN ( atas sebab2 tertentu)....SAPA NAK TEMPAH DARI KITA BUAT TEMPAHAN PADA TAHUN INI 2013 EK...Terima Kasih atas sokongan semua...Tanpa korang semua Izyanty Collection bukan sapa2 pun.


Alhamdulilah diatas peluang, ruang, masa, kesempatan, kesihatan untuk rezeki ini.

meh  cuci mata untuk bakal-bakal pengantin..THANKS kepada CUSTOMER2 yg sudi share gambar di hari bahagia mereka...semoga bahagia hingga ke jannah :) ada byk lagi boleh tengok kat fb...nie yg terbaru



















                                                

p/s : my sis tanya dah ada satu nama utk di doa kan nanti..secara jujurnya aku memang tak dak satu nama tu harap dapat jumpa di sana :) kita merancang, Allah pun merancang... tapi perancangan Allah lebih baik.

Monday, November 4, 2013

DOA AKHIR TAHUN AWAL TAHUN HIJRAH

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH 

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah. ( HARI INI ISNIN  4/11/2013 )

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"




DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. 
( ISNIN 4/11/2013)

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan 
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan". 


Thursday, October 31, 2013

Jangan follow Instagram saya

Assalammualaikum

nampak tak kemain over tajuk kan, tak bagi orang follow Instgram kita bajet hot ke apa kan..ok jangan silap faham ek kita memang tak dak personal ig pun, memang tak boleh follow arr kan.. kalau terjumpa itu bukan ig kita ek..

satu-satunya ig kita adalah
paling cepat update shawl n veil kat ig
Terima Kasih Kepada yang sudi follow

motif buat en3 hari nie nak cakap Izyanty collection ada ig je :p  

p/s : kemain saiko tajuk kan.sebenarya nie salah satu cara utuk saikologi org utk klik baca he3..cam tak biasa geng2 blogger mesti taw kan hahah..




Monday, October 28, 2013

cam comel jew..



Assalamualaikum..

cer tengok tajuk kita comel tak hahahah...video pe ek yg tengah hot sekarang nie...aku kan tak online hari cuti so aka tak taw sangat, tu pun aku tumpang sekaki dok tengok kt fb kawan adik aku, depa pulun tengok. ok tak nak ngata orang ek so tak yah ambik port buat dosa ek huhuhu..

kita nak cite pasal barang comel yg kat atas tu lah....cer teka pe benda tu...motif utama beli sebab comel sangat giler tak tertarik siap leh sembur je kat muka...cam best je kan serum yg leh sembur2 nie dah lama cari. banyak lak blogger dok buat review pasal produk nie...so tergetar2 nak beli hokey...dah lah ujung2 bulan tangan ringan kemain nak klik beli lak....lambat gi nak dpt gaji p perabih lak huhuhu. sebab excited nak sgt aku pun order lah kebetulan ada sale lak lagilah suka 2 botol tu rm 35 je termasuk postage...murah kan . satu pencuci muka, satu lagi serum....keberkesanan tak taw lagi sebab lum cuba lagi...boleh camtu...??

nak tau lebih lanjut tengok kat Facebook ESSENSERI  kalau berkesan kita buat review...kalau tak faham2 sendiri hahah.




kepada peminat-peminat shawl boleh tengok shawl baru untuk bulan November kat Pages Izyanty Collection belum masuk lagi taw...bulan depan...tapi boleh pre-order dari sekarang.



Thursday, October 24, 2013

saya tak suka gojes

canday shawl printed from Izyanty Collection


Assalammualaikum

Perasan tak kita kemain rajin menulis sejak kebelakangan nie...kita rasa sebab kita rasa bahagia so idea pun banyak lah kuar kan...terapi minda untuk bahagia selalu doakan orang lain bahagia, baru kita akan dapat bahagia jugak kalau duit yg banyak sekali pun tak mampu nak beli bahagia hokey..

kat cini sapa suka gojes...dulu aku tak faham pe benda depa dok cakap gojes tu...lama2 baru taw sama maksud ngan gorgeous rupanya hahha lambat tol aku pick-up.

sapa-sapa yang suka kelihatan gojes leh usha2 shawl lace di Izyanty Collection. Aku paling pelik buat shawl lace gojes 2 tak tak suka pakai hahaha...aku pakai time ada event apa2 or raya je...kalau saja2 kuar nak pakai shawl lace tu aku segan ok...aku taw ramai gak spesis cam aku kan, sebab semua orang tak sama, sebab tu kita pilih untuk custome made je. 

Disebabkan kita suka yg simple2 je kita kuar kan candy shawl sesuai pakai bila2 masa sahaja. Kita akan pakai yang mana kita suka then kalau ada orang nak yg sama camtu baru kita restock, selain tu customer boleh order ikut citarasa sendiri kita akan usahakan buat, Insha allah.

kadang-kadang kita terpaksa jual pre-love sebab customer nak jugak shawl yg kita pakai tu, ada shawl yg kita kuar sekali je n tak restock atas sebab tertentu.




candy shawl boleh pakai 2 gaya....so boleh mix n matcah ngan mana2 baju je
sedikit tips:

-kalau baju korang kosong bahagian printed tu letak bahagian bawah.
-kalau baju korang printed so pakai yg bahagian purple kosong di bawah. 
( boleh refer gambar atas sekali )


p/s : tips untuk yg selalu merunggut tak cukup duit...
duit saya banyak sangat tak taw nak buat apa :) cer ulang2 cakap insha allah selalu akan cukup
prof Dr Muhaya yg cakap..selamat beramal :)

Wednesday, October 23, 2013

perkara kecil yg boleh buat saya happy



Assalammualaikum

mood happy + bahagia tiba2....balik umah kemain sengih2 sampai adik aku pun pelik...aku rasa aku suka dok umah kot, kemain bahagia lagi balik rumah nak menjahit veil n shawl customer...saya akan happy bila buat benda yg saya suka...kalau fulltime menjahit tak lah happy pun...nie kira hobi yg best sebab leh dpt duit...isi masa bosan dengan benda yg kita suka.


perkara kecil yg boleh buat happy bila aku balik rumah tengok pokok cabai burung berbuah lebat  dah masak merah...giler suka sangat benda fresh ...tapi aku susah hati gak sebab ada 10 pokok yg sedang masak 2 hari sekali kena petik...bab memetik adalah sangat malas, nasib adik aku sibuk nak petik lega aku.

dapatlah 3 gengam tangan cabai tu, dia dok buh dalam plastik semalam nak bagi kat kawan2 ofis dia..Rumah kita pun banyak pokok bunga jugak...sekarang pokok semua berbunga lebat sangat cantik ok, selamat lah sekarang musim hujan, kalau tak balik keja kena siram pokok hokey, kemain banyak pokok kat umah aku taw tak..ngan kebun lagi. Ok nak stop membebel...suka tulis dari bercakap :p



new arrival shawl halfmoon dari Izyanty Collection
customer order baru kita jahit ek
custom made



Tuesday, October 22, 2013

menulis boleh kurangkan sakit jiwa..



shawl from Izyanty Collection...bajet model tangkap gambar tak nak senyum je kan hahah... (iklan jap) cari memang tak jumpa kat pages shawl nie coz kita tak open utk jual.

Assalamualaikum

korang perasan tak kat Malaysia nie banyak orang sakit mental, menurut kajian yang dibuat lah kan, sebab tu macam2 kes sekarang nie. semuanya berpunca dari mental kita iaitu fikiran....terlampau banyak fikir boleh jadi sakit mental tanpa sedar hokey. Selalunya sakit mental nie berpunca dari masalah yg kita hadapi, bila kita ada masalah kita jadi runsing asyik fikir sorang-sorang. so bila kita ada masalah kita jangan pendam sorang2, cari orang yg kita percaya untuk dengar masalah kita, bila ada orang dengar masalah kita, segala tekanan dan bebanan tu akan kurang sikit kan. yang lain2 tu serahkan pada Allah...berdoa dan bergantung dengan pertolongan Allah..

 cari orang yg betol hokey, jgn cari orang yg salah nanti masalah baru lak timbul....kemain serius ayat aku kan. Kalau aku lak aku susah nak percaya kat orang dan susah nak cerita masalah aku kat orang, so aku pilih untuk menulis apa yang aku rasa, aku menulis apa yang aku rasa dalam hati tapi tak semua boleh kongsi dalam blog...so kena tapis dulu...kebanyakan pasal perasaan hati or cinta kita tulis jugak bila ada masalah tapi tak publish pun just tulis jadikan draft je. lepas kita tulis kita rasa satu bebanan hilang dan lega sikit. 
ubat yang terbaik untuk sakit Mental adalah baca Al-Quran.  

kita rasa sakit pala bila fikir banyak sangat, so kita pilih untuk relax dan tenang jangan layan perasaan. 


Jodoh tu sama gak macam ajal kan, sudah ditetapkan bila sampai masa bersedia or tak tetap akan mati.
Jodoh pun sama bila tiba masanya baru akan jadi, walaupun macam mana kita berusaha sekali pun bila Allah kata belum tiba dia tetap tak akan terjadi....Tapi mak kita tak faham...bukan kita memilih pun, Allah yang tentukan semua tu. 


Friday, October 18, 2013

Bajet kurang dari 1k untuk dapatkan smartphone lenovo s820





Assalamualaikum...Selamat hari raya Aidiladha...ok taw2 lewat kemain baru nak wish kan he3..Alhamdulilah tahun nie berkesempatan menunaikan ibadah korban dengan duit sendiri firstime hokey...

cite raya next en3 kalau rajin he3...memang tak akan ada le kan coz tak rajin. Meh nak cite pasal hp baru...seminggu gak lak semakphone aku rosak tapi aku tak dak efek apa, sebab tak lah penting sangat hp tu dan tak dan fungsi penting untuk aku sangat so tak terasa apa sangat. Tapi kan aku mula terasa pentingnya semakphone bila aku siap menjahit veil n shawl xdak hp hebat...hp biasa aku gambar tak cantik...so dengar tergetar2 tangan tunggu raya settle hari rabu still cuti laju2 p cari hp baru.


sebelum beli of coz kena buat research dulu hp mana nak beli kan...kan LENOVO baru kuarkan hp aku pun gigih nak lenovo gak walaupun ini pertama kali lenovo kuarkan beberapa model hp. apa yang buat aku tertarik sebab kepercayaan terhadap model labtop lenovo...aku dah pakai lama labtop lenovo dan tak dak masalah so aku percaya hp keluaran depa pun akan ok jugak...boleh camtu..???oit semakphone lenovo pun dah ada iklan kat tv sekarang yeahhh mari cuba yakin sama hebat ngan brand lain gak. kawan2 adik aku pun pakai cakap ok.

 sebenarnya aku nak beli model lenovo yg lain tapi dah habis lak yg tu batery tahan 4hari. so aku pun beli la model S820 nie salah satunya sebab camera dia 12mp sangat menepati keperluan aku lah kan...aku perlukan camera yg cantik...lagi satu sebab harga dia kurang dari 1k. sebenarnya harga dia rm 1 130.00 tapi setelah ditolak rebat tambah  memori card16gb cover hp belakang + screen protector so dapat lah harga rm 980....

sedikit tips kena p servey kedai2 sekitar tu harga tak sama first kedai aku p tu colour hp sama tapi camera 8mp je rm 990 tu belum tambah pe2 lagi...dah tu dia cakap rebat dah habis tak leh guna...aku p kedai lain boleh lak...so gigihkan diri p servey ek....after this harga akan turun lagi...model aku beli s820 nie baru masuk pasaran bulan nie so harga still tak turun lg...bulan depan of coz turun.

ada harga yg lebih murah untuk model lenovo dalam rm 599 camtu...bergantung pada camera dia...so harga kenovo kira harga paling murah dan kualiti dia pun bagus.

Masalah aku sekarang susah kemain nak cari casing yg leh tutup depan sekali coz model nie baru lagi...aku servey dlm internet kat m'sia xdak lak.dah lah hp nie nipis n ringan nak pegang pun kena hati2...

TEST GAMBAR WAKTU MALAM TANPA EDIT...ok pas senang sikit keja aku xyah edit susah2lagi


 yg nie mmg tempat gelap..tp bila ambil gambar ok cerah dapat...so hp lenovo not bad lah kan...harga pun murah berbanding yg lain.




p/s : aku tak lah excited sangat dpt hp baru...bila aku pegang hp tu dok fikir nak buat apa ek ngan hp nie bosan lak aku tengok...last2 tengok istigram sat pastu bosan gi terus simpan hahah...walaupun banyak function untuk internet tapi aku bukan guna pun....sebab tu aku panggil semakphone huhuhu...

Thursday, October 10, 2013

Tanah sekali rumah 2 pintu untuk dijual- di Tanah liat BM


BAHAGIAN DEPAN, LAMAN DEPAN RUMAH ( rumah kembar 2 buah )

 BAHAGIAN TEPI RUMAH BELAH KANAN, BAHAGIA KIRI RUMAH TANAH LAPANG BOLEH BUAT 2 BIJI RUMAH LAGI.




RUANG TAMU

BAHAGIAN BILIK ( 2 BILIK SETIAP SATU RUMAH )


BAHAGIAN DAPUR




KELUASAN TANAH  9125.81KP
 HARGA TANAH SEKALI RUMAH RM 300 000.00
BERMINAT CONTACT 019-4290584 ( YANTI )
BUMIPUTRA SAHAJA ( SERIUS BUYER ONLY )


ALAMAT :
PBA' B 2042 TANAH LOT 4,
TANAH LIAT MUKIM 9
BUKIT MERTAJAM
SEBERANG PERAI
PULAU PINANG...

P/S : kita rasa umah nie murah sangat taw, rugi kalau ada duit tak beli...so sapa cepat dia dapat ek...kita jual tanah lot sebab tu kita taw harga tanah n umah nie murah sangat. owner nie jual bukan sebab apa pun sebab dia nak beli tanah lot kat tempat kita coz dekat sikit dengan saudara mara dia, dekat tanah liat tak ramai saudara mara. so nampak tak kita gigih tolong customer kita jual umah dia lak.

Newer Posts Older Posts Home