salam semua, jom2 aku nak cite pasal semut nie. semua orang kenal semut kan? umah aku pun ada semut gak, apa yang manis sangat aku pun xtau le, sampaikan air kosong pun dia nak kerumun, sampai mati dlm air le. mati dalam gula memang patut le kan.
aku xtahan lagi ngan semut nie, air kosong aku pun ko nak gak. air manis lg le ko nak kan.
aku nak halau ko dari umah aku, cepat kuar dari umah aku heheheh....
Menghalau Semut
- Bakar kulit telur sehingga menjadi abu. Taburkan abu kulit telur di tempat yang selalu dikerumuni semut.
- Ambil beberapa helai daun sirih. Koyak-koyakkan dan taburkan di tempat-tempat yang biasa dikerumuni semut.
- Letakkan beberapa tangkai cili kering di celah-celah kabinet dapur terutama di tempat gula dan susu
- Masukkan lima tangkai bunga cengkih ke dalam bekas gula. Biarkan ia beberapa minit. Selepas itu pasti anda mendapati gula tersebut tidak dikerumuni semut.
Taburkan garam di sekitar pangkal pokok bunga untuk menghindarkan ia dari semut.
Menghindari Semut Di Teko
Lumurkan sedikit minyak masak (kelapa) di sekeliling badan teko tersebut kecuali bahagian muncung teko. Insya-Allah semut tidak akan mengerumuni teko itu.
Lumurkan sedikit minyak masak (kelapa) di sekeliling badan teko tersebut kecuali bahagian muncung teko. Insya-Allah semut tidak akan mengerumuni teko itu.
No comments:
Post a Comment