Pages

Tuesday, July 27, 2010

tips masak bubur lambuk


Bubur
Memasak bubur nasi mengambil masa yang lama. Bagi menjimatkan masa, cubalah petua ini : 

Masak beras hingga kembang. Apabila air hampir kering. Tutupkan api.Biarkan seketika. Kemudian masakkan semula. Bubur nasi akan cepat lembut. 

rase cam bulan puase lak tunjuk2 bubur lambuk nie....sabar2 dah petang nie...
bahan2
100 gm beras
Sehelai daun pandan
2 batang serai
4 sm halia
4 sm kulit kayu manis
300 gm ayam (diricik halus)
2 helai daun bawang
4 kuntum bunga lawang
200 gm minyak sapi
1 ½ liter air
2 gm buah pelaga
5 gm bawang goreng
2 cawan santan

Bahan dihiris:


4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih



 Panaskan minyak, masukkan daun pandan, bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Tumis hingga naik aromanya dan berbau wangi. Masukkan air dan beras. Bila nasi sudah kembang, masukkan garam, santan, ayam yang telah diricik dan masak hingga mendidih dan bolehlah dihidangkan. Hidangkan bersama bawang goreng dan hirisan daun bawang.


ok mari tengok hasil  :


 nie le rupanye kalau beli kat kedai cam aku heheheh......kalau 2 orang je nak makan baik beli k lagi jimat sebungkus baru rm2



 untuk yang ramai  makan lebih baik buat sendiri k..... 
hahaha ok tak tips aku nie????


1 comments:

Tupai Karan said...

suka buboq lambuk! kat my area ni, masjid Kelawai (Penang), femes sangat taim bulan posa..

stakat ni nak terai wat sendiri blom lg la.. hoho.. but thanks for the recipe.. bookmarked!

Latest Post : ~CARA UNTUK TRAFIK MENDADAK NAIK!

Newer Post Older Post Home