Pages

Thursday, July 15, 2010

buatmu sahabat.....


Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.



Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka.



Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya, jangan engkau tinggalkan dia, kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.



Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.



Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat.



Tiadalah yang menyentuhkan kau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan oranag yang akau tidak malu kepadanya.



Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.



Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.



Manusia yang paliang lemah ialah oarang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya.



Brang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka sesungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.

Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya, sesungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya.

Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya,seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.



Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.



Teama-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.



Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.



Kekayaan menarik sahabat-sahbatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.



Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.




Sahabat yang ebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.

0 comments:

Newer Post Older Post Home