Pages

Friday, July 16, 2010

jom senyum ramai2....


Senyuman adalah ibarat perhaisan batin, yang membantu menindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik.

Dengan senyum, kemanapun kita pergi, bersinarlah di sana cahaya kegembiraan.Tidak ada urusan yang berat dalam dunia ini.Semuanya dapat diatasi.

Senyumlah, supaya alam turut tersenyum kepada anda.

Teranglah bahawa senyuman doktor ialah malaikat rahmat yang turun ke bumi.

Senyuman itu kelopak, ketawa itu bunga yang sempurna kembang.

Jangan tertawa melihat orang jatuh, kerana jarang seseorang itu jatuh dengan sengaja kerana ia sakit. Tetapi bersyukurlah kepada Tuhan, jika tidak jatuh dalam perjalanan yang sulit.

Bicaranya ...ialah senyum.
Dibawanya senyum matanya, dirasakan hari hujan.  Dibawanya gelak pipinya,dirasakan hari panas.

Jangan engkau tertawa di tempat yang tidak menghairankan, jangan berjalan tanpa mempunyai maksud, jangan bertanya ditentang yang tidak perlu padamu, jangan sia-siakan hartamu dan memperbaiki harta orang lain,yang dikatakan hartamu ialah yang engkau pergunakan buat amal, dan harta orang lain ialah yang engkau tinggalkan.


Berapakah harga ketawa yang diakhiri dengan ratap dan tangis? Tentu tidak semahal harga sedu-sedan yang diakhiri dengan senyum-simpul.
 

0 comments:

Newer Post Older Post Home