Friday, August 13, 2010

jangan makan ayam.....yang siap masak

 Apasal lak aku cakap camtu ek...ye la harga ayam naik...ayam yang siap masak tu arr yang lagi mahal peniaga jual...kalau nak makan gak beli ayam, masak sendiri heheheh...



ALOR SETAR - Tiga persatuan pengguna bukan sahaja bercanggah pendapat mengenai punca kenaikan harga ayam sehingga mencecah RM7.50 sekilogram ketika ini malah memberikan cadangan berbeza bagi mengatasi masalah tersebut.

Bagi Persatuan Pengguna Kedah (Cake), kerajaan perlu memberi insentif makanan ayam kepada penternak bagi mengelak harga ayam di pasaran melonjak pada bulan Ramadan.

Presidennya, Datuk Yusoff Ismail berkata, berdasarkan tinjauan yang dibuat di Pasar Besar Alor Setar di sini, peniaga tidak mempunyai pilihan selain menaikkan harga ayam apabila pemborong dan penternak menaikkan harga bekalan dari RM4.30 sekilogram kepada RM5 sekilogram.
Beliau difahamkan, kenaikan harga ayam itu berpunca daripada harga makanan ayam yang mahal dan harga anak ayam yang juga tinggi sekaligus membebankan penternak.

"Sebab itulah saya cadangkan agar kerajaan dapat memberi insentif kepada penternak ayam," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di Pasar Besar di sini semalam.
Kosmo! semalam mendedahkan kenaikan harga ayam pada minggu pertama Ramadan berlaku lagi dengan pembeli di beberapa negeri terpaksa membayar sehingga RM7.50 atau 70 sen melebihi harga biasa bagi setiap sekilogram ayam.

sumber kosmo 

No comments: