Pages

Monday, August 23, 2010

zakat wajib bayar arrr...

Enggan bayar zakat, denda RM1,000




PUTRAJAYA – Umat Islam di Wilayah Persekutuan yang enggan membayar zakat fitrah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 16 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 bermula tahun ini. 

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali (gambar) berkata, antara peruntukan yang terkandung dalam akta tersebut adalah denda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya jika didapati bersalah. 

“Membayar zakat adalah satu daripada Rukun Islam. Saya menasihatkan umat Islam supaya menunaikan tanggungjawab tersebut.
“Jika enggan, Jawi terpaksa menguatkuasakan akta ini ke atas mereka,” katanya kepada pemberita pada majlis Bual Bicara Bulanan Putrajaya Sifar Maksiat 2010 di sini semalam.

sunber kosmo

Sejarah, Pengertian, dan Kedudukan Hukum Zakat dalam Islam

Zakat merupakan ibadah yang wajib dikerjakan oleh setiap individu muslim yang sudah memenuhi kriteria kewajiban zakat. Syari'at zakat merupakan ibadah dalam bentuk membersihkan setiap kekayaan yang dimiliki oleh individu muslim. Dan seperti yang telah kita ketahui bersama, Zakat sendiri ada yang sifatnya pembersihan jiwa seorang muslim tanpa terkecuali (zakat fitrah), ada juga yang kewajibannya bersifat pembersihan harta yang diwajiban khusus bagi kalangan tertentu (terikat oleh ketentuan jumlah dan waktu [haul]) yang sering juga disebut dengan zakat mal seperti zakat kekayaan, zakat tijarah, zakat perhiasan emas, zakat harta temuan, zakat harta galian, dan zakat peternakan. Dalam tulisan kali ini, penulis mengkhususkan pembahasan selanjutnya pada persoalan zakat dalam artian kriteria yang ke dua ini (zakat mal).

0 comments:

Newer Post Older Post Home