Pages

Saturday, August 21, 2010

Mee Udang Indonesia

Bahan-bahan :
400 gram udang – saiz sederhana
¼ sudu teh garam
1.5 l air
200 gram mee telur kering

Kuah sup :
Air rebusan udang secukupnya
½ sudu teh minyak masak
1 ½ sudu teh garam
150 ml air

Sos :
8 sudu makan lada merah kisar
5 sudu makan sos tomato
2 sudu teh halia parut
4 ulas bawang putih parut
2 sudu makan daun bawang cincang
1 sudu makan minyak bijan
½ sudu teh cuka
300 ml air
1 sudu makan jus limau nipis
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir

Pelengkap :
Telur rebus
Limau nipis
Daun bawang cincang

Cara penyediaan :

Lumur udang dengan garam, perapkan selama 10 minit. Kemudian masukkan udang kedalam periuk bersama 1.5 liter air, didihkan dan rebus selama 10 minit Angkat dan toskan. Tapis air rebusan udang dan ketepikan sebanyak 1.2 l.

Satukan kesemua bahan sos, masukkan dalam periuk dan masak hingga pekat, tutup api.

Rebus mee telor dalam air mendidih sehingga lembut, angkat dan toskan. Masukkan mee ke dalam sos, kacau sampai tercampur rata.

Siapkan mangkuk sajian, bahagikan mee sama banyak ke dalam 4 mangkuk hidangan. Curah kuah sup, tambahkan udang dan telur rebus. Sajikan segera dengan taburi daun bawang dan hirisan limau nipis bila suka.



0 comments:

Newer Post Older Post Home