Pages

Thursday, August 26, 2010

cam best je kan camera nie




KEDUA-DUA model ini didatangkan dengan kapasiti storan bina dalam.



GERGASI industri pengimejan dunia sentiasa berlumba-lumba dalam pembangunan peranti digital mereka agar dapat memenuhi permintaan pengguna.

Pembangunan peranti pengimejan digital itu termasuklah kamkoder yang semakin menampilkan reka bentuk menarik, bersaiz kecil dan menawarkan teknologi terkini dem memberi kepuasan kepada pengguna hari ini. 

Peneraju industri pengimejan Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. tidak terkecuali dalam arus peralihan peranti kamkoder apabila memperkenalkan dua produk terbaru siri LEGRIA iaitu HF R18 dan HF R16.

Dengan mengenengahkan teknologi terkini, model LEGRIA HF R18 menawarkan penstoran terbina dalam berkapasiti 32 gigabait (GB) manakala LEGRIA HF R16 pula mempunyai kapasiti 8 GB untuk memberi kelebihan kepada pengguna merakam momen indah mereka.
Pengguna juga tidak perlu bimbang apabila penstoran terbina dalam tersebut digunakan sepenuhnya kerana kedua-dua model itu mempunyai slot penstoran kad SD/SDHC untuk menampung kandungan rakaman lebih lama.

MERAKAM seumpama jurukamera profesional.


Dalam pada itu, kualiti rakaman video dan imej pegun akan kelihatan seakan-akan hasil jurukamera profesional. Kedua-dua model itu dilengkapi pengesan HD CMOS 2.39 megapiksel dengan pemproses DIGIC DV III. 


Siri LEGRIA HF R yang didatangkan dengan pelbagai ciri pintar seperti mod Auto Pintar (Smart Auto) turut memainkan peranan dalam memastikan setiap rakaman dapat dilakukan dengan mudah dan pantas.

Mod Auto Pintar itu memberi informasi kepada pengguna seperti jarak subjek, pergerakan, warna, kecerahan malah persekitaran agar pengguna dapat memilih mod pelarasan yang sesuai untuk suasana yang berbeza. 

Selain itu, kamkoder LEGRIA turut dilengkapi penstabilan imej elektronik dengan mod dinamik untuk mengurangkan kesan gegaran sekali gus memberikan mutu rakaman yang lebih jelas dan menarik.

Ia juga mempunyai fungsi petikan video (video snapshot) yang berupaya membenarkan pengguna merakam klip video pendek. Dis itu, agar dapat merealisasi imaginasi dan kreativiti mereka ketika melakukan pengambaran.

Model LEGRIA HF R18 dijual pada harga RM2,499 manakala LEGRIA HF R16 pula RM1,999. Untuk keterangan lanjut mengenai produk terbaru ini boleh melayari laman web www.canon.com.my.


sumber : kosmo
p/s : aku suka camera yg kecik ala2 cam hp dah le tapi gambar cantik...xsuka benda berat2. pas tu nak mengusung satu hal, buat leceh tol heheh..

1 comments:

soclose2213 said...

beli jgn beli wat raya =.=

Newer Post Older Post Home