Pages

Saturday, August 21, 2010

aku suka badminton...

Tiada yang mudah'


CHONG WEI (kiri) dan
Misbun ketika berada di Samsung Sports Lounge KLIA sebelum berlepas
ke Paris malam kelmarin.


"TIADA laluan mudah di Paris. Ia pasti sengit."
Demikian pengakuan pemain badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menjelang Kejohanan Dunia di Paris minggu depan.

Dia meramalkan saingan pasti sengit bermula pada pusingan pertama.
Begitupun, apa juga halangan yang bakal dihadapi tidak akan mematahkan semangatnya untuk mempamerkan aksi terbaik.

Dia ada misi untuk dilunaskan dan berharap agar perjuangan kali ini terus membawanya ke final.
Chong Wei belum pernah menggenggam gelaran dunia dan menyedari hakikat itu, dia mahu pastikan Paris berjaya ditawan.

"Sebagai pemain pilihan pertama, saya akan cuba sedaya upaya untuk menjejak kaki ke final dan menebus semula kekalahan lalu.

"Rekod terbaik saya dalam kejohanan dunia adalah pada tahun 2005 selepas berjaya mara sehingga ke saingan separuh akhir. 

"Pada tahun 2006 pula saya hanya layak sehingga saingan suku akhir dan pada tahun lalu, saya tersingkir pada pusingan ketiga," kata pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2008 itu.

Chong Wei berkata demikian ketika ditemui di Samsung Sports Lounge di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam kelmarin sebelum berlepas ke Paris.

Turut bersama Chong Wei ke Paris ialah jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek.
Chong Wei merupakan duta bagi Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd sejak Mei lalu.


sumber : kosmo online
p/s : ciss...cakap suka badminton tapi tgk time Piala Thomas je tgk heheh...tapi kan frust sgt tgok pemain m'sia masa tu, aku lak yg berdebar2 masa tu,
dulu anak2 sidek suka arr tgk siap beli buku dia lagi huhuhu..

0 comments:

Newer Post Older Post Home