Thursday, August 19, 2010

sebab tengok nie ek diorang berzina??

60 peratus berzina kerana pengaruh video lucah



BAHAN lucah yang mudah diperoleh di Internet juga menjadi faktor pendorong berlakunya kes perzinaan.



KUALA LUMPUR – Satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun lalu mendapati 60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr. Khaizil Ismail berkata, Kajian Remaja Berisiko Tinggi yang dijalankan selama enam bulan itu dijalankan di pusat-pusat pemulihan akhlak di seluruh negara merangkumi kira-kira 600 responden yang berumur antara 15 dan 20 tahun.

“Biasanya gadis yang sudah berzina dengan pasangan akan mengandung dan kemudian mengambil keputusan membuang bayi yang dilahirkan bagi mengelakkan rasa malu atau diketahui keluarga.

“Perzinaan yang berlaku akan menyebabkan terhasilnya anak luar nikah. Jadi, saya menyokong kenyataan bahawa kes-kes buang bayi yang semakin banyak sekarang ini adalah berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


jom tengok bebelan aku lak..:
mak aih baru umur 15th dah pandai tengok vidoe lucah, zaman aku dulu hampeh xtau pun semua benda camni. bercinta pun xpernah time tu, sampai sekarang aku xpernah tengok ...tapi budak2 sekarang terlebih advance kan...eh punca apa ek mudah diperolehi di internet...rata2 zaman sekarang semua umah ada internetkan. kalau xdak pun leh p tengok kat cc ngan kawan2 lagi best ek tengok ramai, pas2 ramai2 pratis lak ek...? pas2 terjadi kes buang bayi dan sebagainye kan. berzina tu dah satu hal dosa, buang anak satu hal dosa...muda2 lagi dah pandai tol dok kumpul dosa2 besar ek...

so dalam kes camni sape yang salah ek, nak kata xantar p sekolah, antar p sekolah, eh jap cikgu ajar cam2 ke ek. setahu aku ner ada cikgu ajar cam2. so sekarang nie salah mak bapak korang le kan, bagi kemudahan kat korang, pasang internet untuk mudahkan korang cari maklumat untuk belajar, tapi apasal lak suka buka vidoe lucah tu ek...maybe kurang didikan agama 2 pasal jadi camtu ek...antar pe p sekolah agama lagi, tapi still gak buat perangai. dalam erti kata lain diaorang nie yg xreti bersyukur. perkara pertama yang kita perlu kita tekankan kat cini adalah peranan solat dalam diri. kalau xsolat comfim2 terlupa yg Allah tu ada kan, tu pasal dengan mudah sangat lalai. 

camna nak atasi semua nie...dah jadi perkara biasa lak kan kat malaysia nie...tempat lain ada ke kes camni??  diorang yang berzina nie sebenarnye rase bangga sangat ngan kawan2 diorang sebab leh berzina pelik tol apasal diorang fikir camtu. pastu dok cite kat kawan2 lak, then si kawan lak rase tercabar, dia pun nak try gak...eh korang  ingat nie perkara yg leh dibanggakan ke...memang xsedar diri tol arrr...sedih tol tengok budak2 sekarang yg berfikirang cam2. mana silapnye....aku rasa diorang semua tau bab hukum hakam....tapi saja je buat2 xtau n xkisah n xnak peduli. korang p le tanya diaorang kalau xpercaye....



p/s: dah lama isu nie kan, sebelum nie malas nak komen, arinie tergerak lak hati nak komen, tengok sekali dah berkata2 memang laser kan mulut hehehe...

1 comment:

hizabul said...

aku rasa gambar dlm kosmo nie, adalah front page blog 3gpmelayuboleh.com yg dh kena ban tempohari.. tapi kalau surf guna 'cache' google, memang boleh access lg blog nie

dunia.. dunia..