Pages

Thursday, August 26, 2010

MAKANAN KEMARIN JANGAN LE JUAL...

Bazar Ramadan paling berisiko



BAZAR Ramadan yang dikunjungi orang ramai untuk membeli juadah berbuka menjadi tempat paling banyak berlaku keracunan makanan. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Bazar Ramadan mungkin menjadi tempat paling sesak dengan orang ramai yang mahu mencari juadah berbuka tetapi ia juga tempat yang paling banyak berlaku kes keracunan makanan sejak umat Islam mula berpuasa pada 10 Ogos lalu.

Laporan Kementerian Kesihatan mendapati, daripada 13 kes keracunan makanan yang dilaporkan sejak 10 Ogos lalu, sebanyak tujuh kes didapati berpunca daripada makanan yang dibeli di bazar Ramadan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataannya di sini semalam menjelaskan, kesemua kes membabitkan makanan yang telah basi tetapi masih dijual kepada pelanggan.

"Kami kecewa dengan sikap pengendali makanan yang masih menghidang atau menjual makanan basi tanpa mengambil kira kesan terhadap kesihatan pelanggan mereka," katanya.

Menurut beliau, tiga kes lagi berlaku di institusi seperti kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atau kolej manakala lain-lain kes di kantin sekolah serta majlis persendirian.



p/s : aku pernah terkena masa beli air tebu. masam...rasenya yg kemarin, patut arr air kat peniaga tu banyak lagi aku tengok..sebabnye org dh tau dia punya perangai. last aku beli c2. ari lain aku dok p pun tengok air peniaga tu paling xlaku.  anak buah aku sampai sakit perut minum.

0 comments:

Newer Post Older Post Home