Pages

Saturday, August 21, 2010

pau goreng

Bahan-bahan:

Inti :
1) 200 gram kacang merah
2) Air secukupnya - untuk rebus kacang
3) 100 gram gula perang
4) ½ sudu teh pewarna merah
5) 1 sudu teh garam
6) 3 sudu besar minyak masak

Kulit pau :
1) 500g tepung naik sendiri
2) 6 gram yis segera
3) 50 gram minyak sayur
4) ½ sudu teh garam
5) 100 gram gula halus
6) 250 gram air suam
7) ½ ­~ 1kg minyak masak - untuk menggoreng

Cara penyediaan :

Untuk inti :
Rebus kacang hingga separuh kembang dan kisar sehingga halus (kisar bersama air
rebusan.

Satukan kesemua bahan inti dan masak hingga pekat.Setelah pekat masukkan minyak makan dan kacau sehingga mesra.

Untuk pau :
Satukan air, yis, minyak, gula dan garam. Masukkan adunan ini ke dalam tepung untuk membentuk doh. Uli doh selama 5 minit.

Bentukkan doh menjadi panjang dan potong doh setiap satu menjadi 40g. Simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.

Setelah 10 minit,ambil doh dan bentukkan bulat. Isikan intinya ditengahtengah,
tutup doh supaya tidak bocor dan bentukkan bulat semula.

Alaskan doh dengan kertas minyak dan buat sehingga doh itu habis dan disimpan lagi
selama 1 jam.

Panaskan kuali dengan minyak sederhana panas. Goreng pau sehingga warna keemasan.



1 comments:

AiDa AzRyN said...

wah.. nak try la wt pau goreng.. hrp2 m'jadi la..hehe

Newer Post Older Post Home