Pages

Wednesday, August 25, 2010

SAPE NAK RM 1,OOO sebulan ??

Mengemis dapat RM1,000 sebulan


SEORANG pegawai Imigresen menyoal pengemis warga China yang ditahan di sekitar Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR - Kegiatan mengemis oleh warga asing dari China yang didalangi satu sindiket tumpas apabila Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menahan 14 orang pengemis dalam satu operasi di sini kelmarin.

Seramai lima anggota jabatan itu termasuk pegawai menyertai operasi selama tiga jam yang bermula pada pukul 12.25 tengah malam.

Kesemua pengemis yang berusia dalam lingkungan 40 hingga 80 tahun itu mengaku mampu memperoleh pendapatan sekitar RM1,000 sebulan hasil menagih simpati daripada orang ramai di sekitar ibu kota.

Pengarah jabatan itu, Mohd. Suffian Mohd. Omar berkata, hasil soal-siasat mendapati mereka pada asalnya datang ke negara ini untuk melancong serta menggunakan visa dan pas lawatan yang sah sebelum ditipu oleh satu sindiket.

"Mereka mendakwa 'dijaga' oleh seorang lelaki warga China yang dikenali sebagai Mr. Chan yang memaksa mereka untuk mengemis.

"Biarpun memperoleh RM1,000 sebulan tetapi ia diserahkan kepada lelaki terbabit," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

0 comments:

Newer Post Older Post Home