Rasulullah s.a.w adalah seorang manusia yang dipilih oleh ALLAH untuk menyampaikan risalah-Nya kepada manusia sezaman dengan-Nya dan menjadi warisan kepada generasi-generasi kemudian-Nya hingga ke akhir zaman.Untuk menjadikan risalah yang disampaikan olehnya itu lebih bermakna dan berkesan,maka Rasulullah s.a.w sendiri dijadikan manusia contoh dalam mengamalkan kehendak risalah yang dibawa olehnya.Kehidupan Rasulullah s.a.w sendiri menepati kehendak berkenaan.Sejak dari mudanya lagi sikap dan cara hidup Rasulullah telah memperlihatkan keserasiannya dengan keperluan untuk berperanan sebagai manusia pilihan,menjadi contoh dalam menjalani kehidupan di bumi ALAH ini.
Sunnah atau cara hidup Rasullah s.a.w sepanjang hayatnya menjadi piawai hidup yang mesti dicontohi oleh manusia muslim.Tidak ada siapa lagi yang dapat dijadikan contoh terbaik oleh orang Islam selain Rasulullah s.a.w.Namun kerana Baginda seorang manusia istemewa,cara hidupnya bukan bukan sahaja dapat dicontoh dan dimanfaati oleh orang-orang Islam tetapi sebahagiannya,khususnya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan kehidupan boleh diambil manfaat oleh orang-orang bukan Islam juga.Kertas ini akan membicarakan tenteng pengertian sunnah iatu tata kelakuan atau cara hidup Rasulullah s.a.w mesti diikuti;dalil-dalil dari Al-Quran,hadith dan ijma’ yang menghendaki umat islam mengambil sunnah sebagai hujja atau sumber ajaran islam;kepentingan sunnah dari sudut perundangan islam serta pembahagian sunnah kepada wajib dan tidak wajib diikuti oleh orang islam.
No comments:
Post a Comment