Saturday, August 14, 2010

comel je kan pakai tudung


 BUKAN KERANA MAHU KAWEN..

PADA asalnya, niat mahu bertudung sudah lama disimpan dan dia merancang untuk berubah ke imej bertudung selepas berkahwin dan memiliki anak pertama.
Namun tidak sangka pula, pintu hatinya kini sudah terbuka luas untuk bertudung, lebih awal daripada jangkaan, malah sebelum dia berkahwin lagi. 

Itulah takdir yang dialami Farah Diana Anuar yang lahir daripada program realiti TV popular, Akademi Fantasia musim kedua (AF2). 

Terkenal dengan kelincahannya ketika menyanyi di pentas, Farah ternyata begitu yakin dengan perubahan imejnya untuk menjadi muslimah yang lebih baik dan doanya, agar perubahan yang dilakukan ini diperkenankan Allah. 

Malah bagi gadis berusia 25 tahun itu, perubahan imejnya hari ini bertepatan dengan hasrat sucinya untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri.
Berkongsi cerita detik permulaannya mengenakan tudung, niatnya itu terbuka selepas menjalani penggambaran di Kemboja bagi program Rasa Halal Orient, menerusi saluran Astro Oasis.
Sekembalinya ke Kuala Lumpur, Farah berubah imej sepenuhnya menjelang 11 Julai lalu.
“Ketika berada di Kemboja, saya bersama krew Rasa Halal Orient telah berkunjung ke sekolah tahfiz di Pusat Islam Kemboja. “Di sana, budak-budak remaja menghafal al-Quran. Bukan itu sahaja, mereka juga mempelajari ilmu dunia dan agama.

“Tapi apa yang menyedihkan saya ialah apabila melihat hidup mereka yang serba kekurangan. Mereka ada kipas angin, tapi tidak berfungsi. Baju tidak bergosok dan lampu pun tak ada kerana tiada bekalan elektrik.
“Paling menyayat hati, mereka hanya makan nasi berlaukkan sup sayur dalam talam dan makan beramai-ramai. Air mata saya hampir menitis, tetapi memandangkan saya sedang bekerja, saya tahankan sahaja. Bimbang pula tidak fokus untuk mengacara,” tambahnya.

Akui Farah, selepas itu apabila dia pulang ke Phnom Penh, barulah dia menangis dan ketika itulah timbul pertanyaan dalam benak fikirannya tentang pelajar-pelajar di sekolah tahfiz di Kemboja itu.
“Walaupun serba kekurangan, insya-Allah mereka mendapat tempat di dunia dan akhirat. Tapi diri saya pula macam mana? Kalau boleh, kita pun nak juga mendapat dunia dan akhirat juga. 

“Tapi waktu itu saya belum pakai tudung lagi. Saya dalami dahulu ilmu-ilmu agama dan fahami yang mana patut dan tidak patut kita lakukan. Kemudian, saya mula beli tudung sedikit demi sedikit,” jelasnya.
Farah memberitahu lagi: “Kebetulan pula, pada suatu malam itu adalah malam Israk Mikraj, saya buat sembahyang sunat. Kemudian saya terus memberitahu ayah tentang niat saya itu dan dia turut gembira dengan perubahan yang ingin saya lakukan.
“Esoknya pula saya ada penggambaran Nasi Lemak Kopi O bersama Farah Adeeba. Dia ada tanya, dan saya kata hari ini baru nak mula (memakai tudung).
“Dia gembira sangat dan terus menghadiahkan beberapa tudung kepada saya. Siap buat pengumuman lagi dalam program itu,” ungkapnya yang kini lebih selesa dengan kerja-kerja pengacaraan.
Menurut Farah sejak dia bertudung, rezekinya semakin bertambah dengan kehadiran tawaran-tawaran iklan serta duta produk.

Jadi diri sendiri 

Biasanya, bagi wanita yang telah berubah imej kepada bertudung, perwatakan mereka turut berubah menjadi lebih sopan. Namun Farah pula, dia enggan hipokrit terhadap diri dan masyarakat, kerana perubahan dirinya itu dibuat secara berperingkat.
“Bagi saya, jangan sampai ke satu tahap kita jadi hipokrit. Saya masih lagi menjadi diri sendiri. Cuma dari segi pemakaian, saya akan jaga. Tapi, bab ketawa terbahak-bahak, itu masih kekal,” tegasnya sambil meledakkan ketawa.

Tidak malu mengakui hakikat itu, ujarnya lagi: “Sekali sekala perangai ‘gila-gila’ juga ada.Tapi bila umur semakin meningkat, ketawa saya yang besar itu macam dah berkurangan rasanya.
Sengaja mengusik Farah, adakah perubahan imejnya berkemungkinan kerana dia mahu mendirikan rumah tangga.

Tenang nada tuturnya, Farah menjelaskan ringkas: “Saya menafikan perkara itu.”
Masih mahu bergiat aktif dalam bidang nyanyian, bagi Farah, selagi diterima peminat, dia tetap akan setia bergelar penyanyi. “Cuma kini, lagu-lagu saya akan lebih ke arah pengajaran, biarpun masih kekal dengan konsep lagu pop,” tuturnya.


sumber : kosmo online

3 comments:

Unknown said...

wah.sebak pulak baca kisah dia..hehhe

erm..syukur dia da pkai tudung..sgt comel..

saya follow kamu~

izyantyPersonalTaste said...

thank's for follow

quill said...

ah, peristiwa yang dinanti-nanti. manis saja dia bila bertudung..