Thursday, August 12, 2010

Tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mentua

-->
Tanggungjawab menantu terhadap mentua jarang dibincangkan secara terbuka. 
Bahan-bahan berkaitan isu ini juga agak terhad. Bagi sesetengah pihak, mungkin dianggap tidak penting. Apatah lagi perkara ini tidak disentuh secara spesifik dalam Al-Quran, Hadis dan perbincangan secara terbuka, atau mungkin perkara ini ada dibincangkan, tetapi penulis masih belum menjumpai atau menerokai ilmu tersebut.



Setelah meneliti perkara ini secara mendalam, penulis dapat katakan bahawa tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mentua adalah sama seperti tanggungjawab anak terhadap ibu bapa kita sendiri. Antara ayat-ayat Quran dan Hadis berkaitan tanggungjawab kita terhadap ibu bapa yang turut boleh diaplikasikan dalam konteks ibu bapa mentua yang sempat dipetik dalam kertas kerja ini adalah seperti berikut:



Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkahlah dirimu terhadap mereka berdia dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil” (QS Al-Israa’: 23-24)


Dan sembahlah Allah dan jangan kamu menyekutukan denganNya sesuatupun, dan kepada kedua ibu bapa hendaklah kami berbuat baik, dan yang mempunyai tali kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan tetangga yang menjadi kerabat....(QS An-Nisa’:36)


Nabi Muhammad SAW telah menekankan bahawa derhaka kepada orang tua adalah salah satu dosa besar setelah menyekutukan Allah SWT. Rasulullah bersabda: “Adakah kalian mahu kuberitahu tentang dosa-dosa yang besar?”. Para sahabat menjawab: “Kami mahu, ya Rasulullah SAW”. Rasulullah SAW bersabda: “menyekutukan Allah SWT dan derhaka kepada orang tua”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian." (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Ayat lain berkaitan Q.S Luqman: 14, Q.S Al-Ankabut: 8 dan sebagainya.

-->
Sumber :
http://www.srikasih.

No comments: