Saturday, August 14, 2010

makan kat hotel ada class ek..?

Selera tradisi Melayu


 MENIKMATI hidangan warisan di dalam sebuah bangunan warisan pastinya membangkitkan nostalgia tersendiri. Terletak di tengah-tengah ibu kota, Restoran Warisan Kuala Lumpur menjadi jawapan kepada penduduk ibu kota yang tercari-cari lokasi untuk berbuka puasa.

Dibuka sejak 15 Jun lalu, restoran yang diusahakan atas idea Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim itu memperkenalkan menu-menu hidangan tradisional Melayu bukan sahaja sepanjang Ramadan tetapi sepanjang masa.

Bufet berbuka puasa yang menawarkan harga RM45++ bagi dewasa dan RM25++ untuk kanak-kanak menyediakan hidangan seperti ayam goreng rempah, daging salai, pecal, sambal Jawa dan ulam-ulaman.

Menurut Pengurus Restoran Warisan, Wan Ahmad Jasri Wan Kamarudzaman, dengan identiti restoran itu, pihaknya ingin mengekalkan tradisi masyarakat Melayu dengan memperkenalkan pelbagai hidangan yang jarang ditemui.

"Selain kuih-muih kami juga ingin masyarakat bandar mengenali hidangan tradisi dari serata Malaysia seperti sambal hitam Pahang dan jantung pisang tumis," katanya.

Terletak di tengah-tengah ibu kota dan bersebelahan Dataran Merdeka, restoran itu boleh dipilih menjadi destinasi wajib tatkala ingin berbuka puasa kerana menyediakan surau untuk kemudahan solat tarawih dan tempat letak kereta yang luas. 

RESTORAN WARISAN
KUALA LUMPUR
Alamat: Dataran Merdeka, 29 Jalan Raja, 50566 Kuala Lumpur.
Tel:03-3342 9094
Tarikh: Sepanjang Ramadan
- SYALMIZI HAMID



 sumber : kosmo

p/s : kalau aku xp arr makan bufet camni...mahal le sorang makan rm45++++
          lagipun buat rugi je bukan larat nak makan banyak2 pun. orang kaya yang  xtau nak buat pe duit leh arr p makan c2 kan...

No comments: