Tuesday, August 3, 2010

kes tembak bekas adun permatang di tembak mati...???

 kat bawah nie ada dua versi berita pasal kes nie kat internet....apa yang aku dengar masa berita tv3 tadi...pasal perempuan yang bersama Datuk Abdul Aziz Mohd noh dalam keta tu seorang ibu tunggal yang buat bisnes kosmetik....camner lak leh jadi PA dia ek....waallahualam...apa yang sebenarnye berlaku kita semua xtau kan...al-fatihah buat mereka berdua. dasyat tol kes sekarang nie kan...main2 tembak lak....macam2 tanya soal ada dlm kepala tadi coz dan tengok sekerat je berita tu.




KUALA LUMPUR: Bekas ahli Dewan Undangan Negeri Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, ditemui mati bersama seorang wanita dalam kenderaan yang dinaiki mereka di Sungai Buloh hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata siasatan awal polis mendapati terdapat kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.


"Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yang dinaiki mangsa," katanya melalui laman facebooknya di sini hari ini.


Beliau berkata wanita yang bersama dengan Abdul Aziz itu ialah pembantu peribadinya dan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca kejadian.


Katanya polis turut menemui sepucuk pistol dalam kereta Abdul Aziz.


Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh. - Bernama

 **********************************************************************************

Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, bekas ADUN Permatang, Selangor.
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Kuala Selangor, Datuk Abd Aziz Mohd Noh, 63, dan pembantu peribadinya, Siti Norazah, 43, ditemui mati ditembak di KM476, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Sungai Buloh pagi tadi.

Abdul Aziz dan Siti Rohana yang juga Naib Ketua Wanita Umno Tanjong Karang, dipercayai dalam perjalanan dari ibu negara menuju ke utara ketika kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, dengan menaiki kereta jenis Toyota Caldina warna putih.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, mengesahkan siasatan awal mendapati ada kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa dan tembakan itu dipercayai dilepaskan dari dalam kenderaan itu.

Polis katanya, turut menemui pistol milik Abdul Aziz serta permit senjata api berkenaan di dalam kenderaan berkenaan.

"Menurut saksi di tempat kejadian, tiada individu lain berada dalam kenderaan mangsa ketika kejadian.

"Oleh itu polis meminta supaya semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu," katanya pada laman sosial Facebooknya, hari ini.

Khalid berkata, hasil bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa mati akibat kecederaan di kepala iaitu dua kesan tembak di kepada Abdul Aziz manakala satu kesan tembakan pada kepala Siti Rohana.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mamah, ketika dihubungi, berkata polis pada mulanya menerima laporan kemalangan jalan raya membabitkan kereta terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya itu.

Katanya, apabila anggota trafik tiba di tempat kejadian dan mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa, mereka menemui sepucuk pistol revolver .38 dengan tiga peluru sudah digunakan.

"Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan kesan tembak di sebelah kanan kepala dan ketika ditemui, hanya mereka berdua yang berada dalam kereta itu.

Jenazah Abdul Aziz akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam selepas Isyak manakala jenazah Siti Rohana pula dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 7 1/2 Sungai Gulang-Gulang Tanjung Karang selewat-lewatnya malam ini.

Abdul Aziz meninggalkan isteri Siti Fatimah Mohd Noor, 62, serta dua anak perempuan, Norazilah, 40, pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS); Norazian, 37, pensyarah Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan seorang anak lelaki Mohd Anis Hisham, 33, Exco Pergerakan Pemuda UMNO.

Abdul Aziz menjadi wakil rakyat dari 2004 hingga 2008 dan pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar, pada 1997.






No comments: