Thursday, August 12, 2010

BAZAR RAMADAN SENIMAN


Bazar Ramadhan SENIMAN yang akan diadakan di Kompleks Gurney, Jalan Semarak, Kuala Lumpur bakal bermula pada hari pertama umat Islam berpuasa dijangka pada 11 Ogos. 50 artis tanahair akan bersama-sama berniaga di tapak yang telah disediakan bersama peminat yang turut serta di dalam Bazar yang berlangsung sepanjang bulan puasa 2010.



Antara artis yang telah mendaftar termasuklah Presiden SENIMAN sendiri, Harun Salim Bachik, Shahriza Mahmud, Ogy Ahmad Daud, Aziz M.Osman, Julia Ziegler, Zuzafrina Zulkifli, Rabecca Nur Al-Islam, Zaibo, Munir, Azrul Charm, Mahmud Ali Bashah, Osman Kering, Roslan Shah, Ashraf Muslim, Fimie Don, Farah AF, Nadia Mustafar, Zed Zaidi, Diana Johor, Hanny Harmi dan Norkhiriah.



Kepada sesiapa yang berminat untuk turut serta memeriahkan Bazar Ramadhan ini, SENIMAN kini membuka tapak gerai untuk disewa kepada peminat. Sesiapa yang berminat sila hubungi pejabat SENIMAN di talian 03 41055442 , 012 3133224 , 019 6172678 , 012 6161418  atau email kepada admin@seniman.com.my.
SUMBER : SENIMAN WEB

1 comment:

Anonymous said...

This is a really good read for me, Must admit that you are one of the best bloggers I ever saw.Thanks for posting this informative article.