Monday, August 9, 2010

BAYAR ZAKAT GUNA SMS

Kaedah bayar zakat fitrah melalui sms xperlu diragui oleh umat islam

KUALA TERENGGANU - Kaedah pembayaran zakat fitrah melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang semakin meluas digunakan oleh pihak berkuasa agama di seluruh negara tidak perlu diragui oleh umat Islam.

Malah, bagi Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Mazlan Hashim, khidmat zakat fitrah menerusi SMS yang dikendalikan Celcom Malaysia Berhad (Celcom) itu tidak banyak beza dengan kaedah pembayaran melalui kaunter zakat atau amil yang dilantik.

"Umat Islam tidak perlu was-was untuk menggunakan kaedah ini.
"Sistem SMS yang digunakan tetap menyediakan akad sama seperti pembayaran zakat fitrah biasa dan ia diperkenalkan bagi memudahkan umat Islam membayar zakat," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

No comments: