selamat petang semua...ampa perasan tak apasal blog aku sekarang tak macam dulu lagi, dulu cam lain kan en3 yang aku post...sekarang banyak cite peribadi lak kan...sebenarnye aku dah kurang bagi tumpuan kat blog sekarang...so aku dah malas nak prepair awal cam dulu. bila ada apa yang terlintas dalam kepala aku, aku tulis je. tambah lak hari cuti ner online dah pun...sungguh buzy...sabtu n ahad lepas sibuk dok mengagih kuih raya...penuh umah aku...so baik cepat2 antar umah orang kan.
Monday, August 30, 2010
SERONOK SHOPING NGAN SEPUPU..
tajuk xleh blah. kak aku baca kecik hati kan hik2...bukan xbest shoping ngan my sister...tapi kan dia stail susah buat keputusan...g serve semua kedai 1 pun dia xbeli...selalu cam2 arr...aku lak yg terbeli heehhehe...aku kalau dah jumpa yg berkenan terus beli. apa yang best bila p shoping ngan sepupu sepapat adalah..bila dah jumpa yang cantik terus jadi beli...ada orang sokong beli cantik kan senang hik2... ngan akak aku mau sepuluh kali dok fikir bila tanya pendapat dia, last2 aku xjadi beli....ngan sepupu aku barang murah n cantik kitaorang akan rembat je, xpayah brand2 ada orang nak tanya ko pakai brand pe, xdak kan janji lawa sudah...orang ingat baju mahal padahal murah je pun. just baju raya je xkisah sangat harga, sebab beli setahun sekali je. tapi tahun nie 2 helai baju raya disponser alhamdulilah...aku just buat baju kurung je.
minggu depan g rembat baju kat bundle my sepupu lak...oppsss terbocor lak rahsia beli baju murah hik2....
rajin lak ek buat....
bentuk love lagi ek budak2 ni buat, siapakah budak2 yang rajin buat conflek madu nie ek...nie budak2 yang dok di perantauan buat kuih raya hehehe...aku terjumpa kat fb adik aku...rajin tol ampa buat conflek madu ek...mesti dia buat ngan kawan2 dia le tu...pandai2 buat hik2....ada peningkatan huhuhu...bawa balik sebalang ek...
aku dah beli baju raya...
dua ari p cari baju raya...kemarin baru dapat cam aku nak...tapi lum lengkap tudung xdapat lagi. aku paling xbest bila dah beli baju raya, orang cakap mahal, tempat lain lagi murah...waaaaaaaaa rugi aarrr aku rase heheheh...xpuas ati tol arrr. jangan komen harga, buat mood aku ilang je huhuhu....cakap le baju tu lawa ke, apa yang patut hik2.... banyak kedai aku g cari, susah tol nak dapat colour biru muda. last2 beli kebaya putih corak biru. satu kedai tu je pun yang aku jumpa. by the way duit yg disponser....so biar ar mahal pun. bukan duit aku hik2...
sempat lagi join contest merdeka....
PERHATIAN SEMUA....
CONTEST MERDEKA KAT BLOG AKU AKAN TAMAT PADA HARI SELASA IAITU ESOK 31 OGOS 2010 TEPAT JAM 11.59mlM. So sape2 yg lum join ada masa lagi untuk join. selamat mencuba. sila klik kat sini untuk meryertai CONTEST MERDEKA. HADIAH MISTERI.
aku mencari 10 Orang pemenang
1-3 pemenang
7 pemenang lagi- saguhati
Saturday, August 28, 2010
sabtu- misi mencari baju raya...?
yeahhh jom cari baju raya...sok kalau cari xjumpa yang berkenan aku nak rembat kat kedai baju online je..aku suka p tengok sendiri baru puas ati. pas tu kak aku lak suka window shoping....leh la buang masa kat luar sok...tapi penat kan bulan puasa jalan banyak2. buat dahaga n letih je kan. sok nak serve sofa baru sekali.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza nak kawen..
SM Nasarudin kahwini Marion Disember ini
KUALA LUMPUR - Selepas lima tahun bercinta, pengacara E! News Asia, Marion Rose Caunter, 30, semalam mengesahkan akan berkahwin dengan kekasihnya yang merupakan anak tokoh korporat Allahyarham Tan Sri Nasamuddin SM Amin, SM Nasarudin, 27, pada Disember ini.
Marion yang berdarah kacukan Inggeris, Portugis dan Cina bagaimanapun masih berahsia mengenai tarikh sebenar perkahwinan mereka.
"Ya, kami akan berkahwin pada Disember ini. Bagaimanapun, saya minta maaf kerana tidak dapat memaklumkan tarikh pernikahan kami lagi, tunggu masa yang sesuai nanti," katanya ketika dihubungi semalam.
Pengacara lulusan Universiti Marquette di Milwaukee, Amerika Syarikat itu memberitahu, hubungannya dengan Pengerusi Eksekutif Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza itu sudah mendapat restu keluarga.
"Kami sudah lama berkawan dan tahun ini adalah tahun terbaik untuk kami bernikah," katanya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
p/s : susah tol nak jumpa gambar marion yg sopan, nie pun kena edit dulu heheh...
aku reti buat rupanye.....
Akhirnye misi ari jumaat untuk buat kuih siput berjaya, buat 1 kg tepung je pun. tapi kan rase lama tol nak abih...sampai lenguh tangan tau, mak aku yang buat banyak dari aku, dah lama xbuat benda alah nie tau, last dulu zaman sekolah 10 th lepas tu hik2...tu pasal aku xreti buat masa dulu, sekarang dah reti tau. mak aku kan jual kuih n kerepek n macam2 lagi, sebab tu la kitaorang xyah buat, tiba2 je mak aku nak buat tahun ni untuk makan sendiri. so aku pun tolong le gelentel n goreng sikit...heheheh banyak mak aku yang buat....
1kg tepung leh dapat 2 balang nie tau, bila tahap malas datang gelentel besar2, bagi cepat abih huhuhuhu...guna papan kuih siput la...bukan main campak je ek...hik2...
korang nak order ek, sory ye xleh order...buat banyak nie pun dah lenguh tangan, memang xleh buat jual huhuhu..
BONUS RAYA - 1 SEPTEMBER
Duit raya RM500 dibayar 1 September
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada lebih 1.24 juta petugas awam pada 1 September ini.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan berkata, pembayaran bagi pesara melalui sistem pembayaran melalui bank pula akan dilakukan pada 6 September manakala bagi pesara yang dibayar melalui waran akan diposkan sebelum tarikh tersebut.
Jabatan itu berkata, pegawai yang layak terdiri daripada pegawai tetap, sementara, sangkut, sambilan, kontrak, guru sandaran dan pegawai yang bercuti separuh gaji.
Rabu lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan terhadap sumbangan pegawai dalam pembangunan negara.
Friday, August 27, 2010
stok kerepek ubi dah sampai....
Jom tengok stok kerepek ubi dah sampai ada 3 bag besar, yg 3bag besar nie bukan yang orang order pun, kerepek orang order minggu depan baru sampai, yang nie kitaorang jual terus je kat orang sape nak.
mingu depan umah aku penuh ngan kuih yang orang order lak, nak letak mana thah...
nie aku ambik bawa keluar dari plastik besar bagi korang tengok, ada 2 jenis kerepek ubi, yang biasa n pedas
siang tadi buat kuih siput, jadi tau...bukan buat jual le...sendiri makan hahaah...sok lak post pasal kuih siput heheh..
tiba-tiba nak buat kuih siput...
arini mak aku ajak aku buat kuih siput, kebetulan aku cuti arinie leh la buat, Tahun2 sebelum nie xpernah pun buat, tahun nie lak mak aku nak buat, cakap terus terang memang aku malas arr bab2 buat kuih2 nie. mak aku yang buat, aku ambik tander goreng dah le, memang xdak bakat gelentel kuih siput, kalau aku buat mesti xjadinye...serahkan pada yg pakar je heheh....tapi nanti nak try buat gak lah sampai jadi, segan arr kat E.D.Y n abg Eq depa pandai buat kuih hik2...tengok 2 orang mamat nie rajin masuk dapur tau heehhee...nanti aku tunjuk camna rupanye kalau berjaya huhuhu....
CONTEST: MERDEKA
Firstime aku buat contest....kebetulan bulan merdeka...jom kita uji pengetahuan tentang sejarah negara kita. setiap jawapan semuanya ada dalam my blog. kalau teror leh terus jawap je heheh. jom tengok syarat2 peryertaan:
1) terbuka kepada semua orang
2) MESTILAH ADA BLOG
3) KEUTAMAAN DIBERI KEPADA FOLLOWERS BLOG AKU. kalau yg bukan followers pun leh join
gak.
4) PERLU MENJAWAP 5 SOALAN MUDAH.
5) MESTI BUAT SATU SLOGAN YANG RINGKAS JE.
SAYA BERSYUKUR MENJADI ANAK MALAYSIA KERANA......................................
6) Satu blog, 1 penyertaan sahaja
TARIKH PERYERTAAN SAH SEHINGGA HARI SELASA 31 Ogos 2010 tepat jam 11.59 malam.
korang ada 5 hari untuk join contest nie.
KORANG JUST COPY SOALAN AKU NIE JE K. DAN BUAT EN3 KAT BLOG KORANG DAN HANTAR LINK KAT RUANGAN KOMEN EN3 INI.
MULA COPY DARI BAWAH SINI
KEPADA : IZYANTY COLLECTION ( CONTEST MERDEKA )
SAYA BERSYUKUR MENJADI ANAK MALAYSIA KERANA......................................
********************COPY SAMPAI SINI JE **************************
( slogan yang menarik dan jawapan betol semua dikira pemenang. tak kisah berapa patah perkataan,suka ati korang.)
LAST SEKALI DAH SIAP TINGGALKAN KOMEN DAN LINK PERYERTAAN KORANG DEKAT EN3 INI. SENANG KAN.. SELAMAT MENCUBA.
10 PEMENANG BERTUAH AKAN MENDAPAT HADIAH MISTERI....
TARIKH PERYERTAAN SAH SEHINGGA HARI SELASA 31 Ogos 2010 tepat jam 11.59 malam.
korang ada 5 hari untuk join contest nie.
NAMA PEMENANG AKAN DIUMUMKAN KEMUDIAN.
SYARAT PERYERTAAN:
1) terbuka kepada semua orang
2) MESTILAH ADA BLOG
3) KEUTAMAAN DIBERI KEPADA FOLLOWERS BLOG AKU. kalau yg bukan followers pun leh join
gak.
4) PERLU MENJAWAP 5 SOALAN MUDAH.
5) MESTI BUAT SATU SLOGAN YANG RINGKAS JE.
SAYA BERSYUKUR MENJADI ANAK MALAYSIA KERANA......................................
6) Satu blog, 1 penyertaan sahaja
TARIKH PERYERTAAN SAH SEHINGGA HARI SELASA 31 Ogos 2010 tepat jam 11.59 malam.
korang ada 5 hari untuk join contest nie.
KORANG JUST COPY SOALAN AKU NIE JE K. DAN BUAT EN3 KAT BLOG KORANG DAN HANTAR LINK KAT RUANGAN KOMEN EN3 INI.
MULA COPY DARI BAWAH SINI
KEPADA : IZYANTY COLLECTION ( CONTEST MERDEKA )
1.) SIAPAKAH BAPA KEMERDEKAAN ?
(a) Tunku Abdul Rahman (b) Tun Abdul Razak
2.) BILAKAH DATO SERI DR MAHATHIR MOHAMAD MENGISTIHARKAN NAMA JALUR
GEMILANG PADA BENDERA MALAYSIA?
( a) 31 Ogos 1997 (b) 31 Ogos 1998
3.) TUN HUSSEIN ONN ADALAH PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE-3, ?
(a) Betul ( b) Salah
4.) TAHUN INI MERUPAKAN TAHUN KEMERDEKAAN YANG KE- ?
(a) 54 (b) 53
5.) APAKAH TEMA HARI MERDEKA TAHUN INI ?
(a) Malaysia Gemilang (b) 1 Malaysia Menjana Transformasi
( sila letakan jawapan yg betol sahaja dr 2 jawapan tu)
KEDUA : LENGKAPAN SLOGAN
********************COPY SAMPAI SINI JE **************************
( slogan yang menarik dan jawapan betol semua dikira pemenang. tak kisah berapa patah perkataan,suka ati korang.)
LAST SEKALI DAH SIAP TINGGALKAN KOMEN DAN LINK PERYERTAAN KORANG DEKAT EN3 INI. SENANG KAN.. SELAMAT MENCUBA.
10 PEMENANG BERTUAH AKAN MENDAPAT HADIAH MISTERI....
TARIKH PERYERTAAN SAH SEHINGGA HARI SELASA 31 Ogos 2010 tepat jam 11.59 malam.
korang ada 5 hari untuk join contest nie.
NAMA PEMENANG AKAN DIUMUMKAN KEMUDIAN.
korang selalu buat camni tak?
sape tau benda alah nie nak buat pe?? siap ada berus lagi...nie bahan2 untuk buat kuih raya le, nampak berus tu, nak sapu telur atas kuih, yg botol colour biru tu lak esen vanila, korang cari botol camni gak tau baru sedap buat kuih nanti....takpercaya ek...hahaha jangan percaya ini adalah tipu berlaka. sebenarnye benda alah nie untuk kegunaan lappy kat bawah ni le.
korang nampak tak lappy aku dah bersinar2. selama 5 bulan guna aku xpernah cuci lagi, baru semalam rase nak cuci. memang pemalas tol kan aku heheeh...dulu mamat kedai komputer tu tanya aku, nape beli colour putih, nanti cepat kotor. dalam ati aku dok kata camni, sibuk tol arr...suka ati aku le kan, bukanye aku budak2 xreti jaga hehe...poyos tol aku huhuhu..
Thursday, August 26, 2010
Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar
Nuzul Al-Quran
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka
(untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
sumber : islam.gov
SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA...
1 Malaysia Menjana Transformasi
tema hari Kemerdekaan ke-53 pada tahun ini ialah “1Malaysia Menjana Transformasi”. Menurut Pak Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata intipati yang terkandung dalam Gagasan 1Malaysia akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk program dan aktiviti sepanjang tempoh sambutan mulai 1 Ogos hingga 16 Sept ini.
BAPA PERPADUAN
Hussein Onn
Hussein Onn | |
Jawatan | Perdana Menteri ke-3 |
---|---|
Tempoh perkhidmatan | 15 Januari 1976 - 16 Julai 1981 |
Timbalan | Dr. Mahathir Mohamad (1976 - 1981) |
Menurut | Tun Abdul Razak |
Menggantikan | Dr. Mahathir Mohamad |
Parti politik | UMNO |
Tarikh lahir | 12 Februari 1922 |
Tempat lahir | Johor Bahru, Johor |
Tarikh kematian | 29 Mei 1990 |
Tempat kematian | San Francisco Selatan, Amerika Syarikat |
Pekerjaan | Peguam |
Agama | Islam |
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".
Masa muda
Dilahirkan di Johor Bahru, Hussein Onn adalah anakanda kepada Dato' Onn Jaafar yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946. Bondanya Datin Halimah Hussein.
Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di Telok Kurau School Singapura, kini Telok Kurau Primary School (Sekolah Rendah Telok Kurau) dan di English College (kini digelar "Maktab Sultan Abu Bakar"), Johor Bahru. Selepas persekolahannya, Hussein Onn menyertai Pasukan Tentera Johor sebagai kadet pada tahun 1940.
Setahun kemudian, beliau dihantar ke Maktab Tentera Sandhurst di Dehradun, India. Selepas ditauliahkan, beliau menyertai Regimen Hyderabad (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu peperangan. Selepas peperangan, kerajaan British melantik Hussein Onn sebagai pengajar di "Pusat Perekrutan dan Latihan Polis Malaya" di Rawalpindi.
Hussein Onn pulang ke Malaysia pada 1945 dan dilantik sebagai Komandan Depot Polis Johor Bahru. Pada tahun berikut, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di Segamat, Johor. Hussein Onn kemudian ditugaskan untuk bekerja di negeri Selangor, di mana beliau menjadi pegawai daerah untuk Klang dan Kuala Selangor.
sape pertama menteri pertama malaysia ek??
Tunku Abdul Rahman
Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Al-Haj | |||||
Perdana Menteri Malaysia | |||||
---|---|---|---|---|---|
Lahir | 8 Februari 1903Alor Star, Kedah, British Malaya(1903-02-08) | ||||
Meninggal | 6 Disember 1990 (umur 87) Kuala Lumpur , Malaysia | ||||
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu-Parti Perikatan/National Front | ||||
Pasangan | Meriam Chong (1933 – 1935) Violet Coulson (1935 – 1946) Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah (1939 – 1990) | ||||
Pekerjaan | Peguam | ||||
Agama | Islam |
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 19571970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia". sehingga
APA ITU JALUR GEMILANG...?
Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Semasa sambutan kemerdekaan ke 40, pada 31 Ogos 1997 Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah memilih nama Jalur Gemilang bagi bendera Malaysia.
JOM KENALI MALAYSIA...
PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah undang-undang bertulis yang tertinggi dan terutama yang menjadi rujukan bagi pentadbiran negara. Perlembagaan ini mengagihkan kuasa tadbir urus negara menurut amalan sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen. Perlembagaan ini boleh dipinda dengan sokongan majoriti sekurang-kurangnya dua pertiga di Parlimen.
Di Malaysia, sebahagian daripada hak-hak asasi manusia adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara lain, Perlembagaan ini menjamin kebebasan untuk hidup, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun dan berpersatuan; beragama dan juga hak-hak bersangkutan pendidikan. Setiap warganegara perlu mengetahui hak asasi masing-masing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Di Malaysia, sebahagian daripada hak-hak asasi manusia adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara lain, Perlembagaan ini menjamin kebebasan untuk hidup, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun dan berpersatuan; beragama dan juga hak-hak bersangkutan pendidikan. Setiap warganegara perlu mengetahui hak asasi masing-masing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
cam best je kan camera nie
GERGASI industri pengimejan dunia sentiasa berlumba-lumba dalam pembangunan peranti digital mereka agar dapat memenuhi permintaan pengguna.
Pembangunan peranti pengimejan digital itu termasuklah kamkoder yang semakin menampilkan reka bentuk menarik, bersaiz kecil dan menawarkan teknologi terkini dem memberi kepuasan kepada pengguna hari ini.
Peneraju industri pengimejan Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. tidak terkecuali dalam arus peralihan peranti kamkoder apabila memperkenalkan dua produk terbaru siri LEGRIA iaitu HF R18 dan HF R16.
Dengan mengenengahkan teknologi terkini, model LEGRIA HF R18 menawarkan penstoran terbina dalam berkapasiti 32 gigabait (GB) manakala LEGRIA HF R16 pula mempunyai kapasiti 8 GB untuk memberi kelebihan kepada pengguna merakam momen indah mereka.
Pengguna juga tidak perlu bimbang apabila penstoran terbina dalam tersebut digunakan sepenuhnya kerana kedua-dua model itu mempunyai slot penstoran kad SD/SDHC untuk menampung kandungan rakaman lebih lama.
Dalam pada itu, kualiti rakaman video dan imej pegun akan kelihatan seakan-akan hasil jurukamera profesional. Kedua-dua model itu dilengkapi pengesan HD CMOS 2.39 megapiksel dengan pemproses DIGIC DV III.
Siri LEGRIA HF R yang didatangkan dengan pelbagai ciri pintar seperti mod Auto Pintar (Smart Auto) turut memainkan peranan dalam memastikan setiap rakaman dapat dilakukan dengan mudah dan pantas.
Mod Auto Pintar itu memberi informasi kepada pengguna seperti jarak subjek, pergerakan, warna, kecerahan malah persekitaran agar pengguna dapat memilih mod pelarasan yang sesuai untuk suasana yang berbeza.
Selain itu, kamkoder LEGRIA turut dilengkapi penstabilan imej elektronik dengan mod dinamik untuk mengurangkan kesan gegaran sekali gus memberikan mutu rakaman yang lebih jelas dan menarik.
Ia juga mempunyai fungsi petikan video (video snapshot) yang berupaya membenarkan pengguna merakam klip video pendek. Dis itu, agar dapat merealisasi imaginasi dan kreativiti mereka ketika melakukan pengambaran.
Model LEGRIA HF R18 dijual pada harga RM2,499 manakala LEGRIA HF R16 pula RM1,999. Untuk keterangan lanjut mengenai produk terbaru ini boleh melayari laman web www.canon.com.my.
sumber : kosmo
p/s : aku suka camera yg kecik ala2 cam hp dah le tapi gambar cantik...xsuka benda berat2. pas tu nak mengusung satu hal, buat leceh tol heheh..
contest merdeka- sila ambil perhatian semua..
sape nak join contest aku...aku buat soalan kuiz mudah sempena merdeka nie siap bagi jawapan lagi. camna korang nak dapat jawapan tu ek. bermula kol 3 ptg nie jawapan untuk soalan kuiz aku akan post korang just baca je dulu, sok kol 12 tengah hari baru soalan kuiz aku post. ada dalam 5 post pasal klu jawapan, nanti akan ada 5 soalan mudah untuk dijawap. sebelum nak jawap kuiz sila baca dulu en3 yg berkaitan kemerdekaan dalam blog aku. soalan yg betol semua n 10 terawal je akan menang. soalan senang sangat sebab dah ada jawapan.
harap ramai yang join ek. selamat mencuba. hadiahnye suka ati aku nak bagi pe heehh....tapi memang ada hadiah le....
TAKUTNYE JALAN SORANG-SORANG..
Rodokan maut atas jejantas
Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my
atikah.mohddali@kosmo.com.my
PETALING JAYA - Siapa sangka seorang wanita yang menderita kanser payu dara sejak lima tahun lalu menemui ajal dalam keadaan tidak disangka-sangka apabila dia ditikam oleh seorang penjenayah yang mahu menyamunnya di jejantas Jalan Subang Utama berhampiran pusat beli-belah Sunway Pyramid dekat sini semalam.
Kejadian pukul 7.10 pagi itu mengakibatkan seorang guru Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika), Leong Lai Yoong (gambar), 57, mati di tempat kejadian selepas cedera parah ditikam oleh suspek di rusuk kiri dengan menggunakan sebilah pisau pemotong sayur.
Sebelum kejadian, suspek berusia dalam lingkungan 20-an tersebut telah mengekori mangsa sebaik wanita tersebut turun dari sebuah bas sebelum naik ke jejantas itu untuk ke seberang jalan bagi menaiki sebuah lagi bas ke tempat kerjanya di kawasan Subang.
Difahamkan, sebelum mati, mangsa yang menetap di Taman Sri Muda, Shah Alam cuba menghubungi telefon bimbit salah seorang anaknya untuk memaklumkan kejadian tersebut tetapi tidak sempat memberitahu mengenai kejadian itu.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mammah berkata, suspek yang berkulit gelap telah mengekori mangsa yang memakai seluar sukan dan kemeja T pada jarak 50 meter sebelum cuba meragut beg mangsa di atas jejantas tersebut.
MAKANAN KEMARIN JANGAN LE JUAL...
Bazar Ramadan paling berisiko
KUALA LUMPUR - Bazar Ramadan mungkin menjadi tempat paling sesak dengan orang ramai yang mahu mencari juadah berbuka tetapi ia juga tempat yang paling banyak berlaku kes keracunan makanan sejak umat Islam mula berpuasa pada 10 Ogos lalu.
Laporan Kementerian Kesihatan mendapati, daripada 13 kes keracunan makanan yang dilaporkan sejak 10 Ogos lalu, sebanyak tujuh kes didapati berpunca daripada makanan yang dibeli di bazar Ramadan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataannya di sini semalam menjelaskan, kesemua kes membabitkan makanan yang telah basi tetapi masih dijual kepada pelanggan.
"Kami kecewa dengan sikap pengendali makanan yang masih menghidang atau menjual makanan basi tanpa mengambil kira kesan terhadap kesihatan pelanggan mereka," katanya.
Menurut beliau, tiga kes lagi berlaku di institusi seperti kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atau kolej manakala lain-lain kes di kantin sekolah serta majlis persendirian.
p/s : aku pernah terkena masa beli air tebu. masam...rasenya yg kemarin, patut arr air kat peniaga tu banyak lagi aku tengok..sebabnye org dh tau dia punya perangai. last aku beli c2. ari lain aku dok p pun tengok air peniaga tu paling xlaku. anak buah aku sampai sakit perut minum.
aku tak terjaga sahur...
pagi tadi camna thah aku lupa nak kunci jam. 5.30 baru aku terjaga tu pun sebab ada orang msg aku. sempat minum air kosong je. tapi cian kat mak aku, dok harap aku gerak pagi2. hp aku nie tukang gerak...ciss harapkan pagar, pagar makan padi lak hehehe....tapi mak aku sempat gak makan, goreng roti canai huhuhu...aku je malas nak makan. selamat jam hp aku cepat 10 minit maksudnye 5.20 le kan bagun ada lagi 20 minit leh makan. mak aku kena makan ubat setiap sahur...yg penting sempat makan ubat. malam nie kena cek betol2 jam, gatal tgan ubah sangat pagi kemarin huhuhu...
Wednesday, August 25, 2010
saat menyampah bila...
bulan2 puasa xleh menyampah kat orang ...ter menyampah nak buat camna kan...tapi xpe bukan kat orang aku nyampah, tapi kat benang...kalau jahit manik benda yang buat aku ilang mood ialah bila benang tersimpul..memang renyah arr...pastu kena potong benang tu, akan menyebabkan manik terurai...so kena jahit balik...memang hampeh...dah le rumit. pas aku potong terus aku ngadap blog, bagi mood aku ok balik heheh...
JOM MAKAN STIM BOT ALA JEPUN...
Stim bot soba o-Shima
Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM ( KOSMO )
KEBIASAANNYA kita menikmati sup stim bot perisa ayam ataupun tom yam ketika menikmati juadah berbuka puasa.
Apa kata, pada bulan Ramadan kali ini kita berubah selera dengan mencuba stim bot yang menggunakan sup soba di Restoran Jepun O-Shima, Seksyen 26, Shah Alam, Selangor.
Pemilik restoran, Nor Ashraf Abd. Wahab berkata, sempena bulan Ramadan ini restoran tersebut menawarkan menu berlainan iaitu stim bot dengan tiga perisa pilihan iaitu ayam, tom yam dan soba.
“Pelanggan-pelanggan dikenakan bayaran RM15 sahaja. Pada harga itu juga mereka juga mendapat nasi goreng, air sirap bandung dan buah kurma.
“Pelanggan-pelanggan juga boleh memilih pelbagai bahan-bahan seperti bebola ikan, sotong, udang, ayam, stik ikan dan sayur-sayuran untuk dimasukkan ke dalam sup stim bot berkenaan,” katanya ketika ditemui Kosmo!.
Nor Ashraf menambah, kelainan sup soba adalah ia menggunakan pati ikan bonito yang menjadikannya lebih lazat. Selain itu, bahan-bahan stim bot dan air bandung juga boleh ditambah pada bila-bila masa tanpa dikenakan bayaran tambahan.
Selain set stim bot, pelanggan-pelanggan juga boleh mencuba pelbagai jenis menu hidangan masakan Jepun seperti gekikara ramen, shokado bento, okonomiyaki dan macam-macam lagi.
“Set okonomiyaki agak berlainan sedikit kerana para pelanggan boleh memasak sendiri dengan memilih tiga bahan iaitu makanan laut, daging ataupun ayam.
“Kita juga ada menyediakan pelbagai menu masakan ala Thai sekiranya masakan Jepun tidak menepati cita rasa mereka,” ujar
BELI KUNCI MOTO KAT PASAR MALAM....
Curi motosikal dalam 5 saat
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
hidayat.azmie@kosmo.com.my
JOHOR BAHRU - Hanya dengan menggunakan kunci yang diubahsuai, kumpulan penjenayah dikenali Geng Black dikatakan mampu mencuri sebuah motosikal dalam tempoh tidak sampai lima saat.
Menjadikan motosikal jenis Yamaha LC sebagai sasaran, geng itu menggunakan kunci tersebut untuk menghidupkan motosikal mangsa, selain dikatakan turut berupaya membuka pelbagai alat keselamatan tambahan yang dipasang pada motosikal.
Difahamkan, kunci terbabit yang mudah diperoleh di pasar-pasar malam dengan harga RM6 diubahsuai termasuk dengan menajamkan penghujung kunci bagi memudahkan mereka melakukan aktiviti jenayah.
Geng yang aktif sejak awal tahun ini bagaimanapun tumpas apabila lapan lelaki termasuk ketuanya dikenali sebagai Black dicekup dalam lima serbuan berasingan selama lima hari berturut-turut sehingga Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, kesemua suspek yang berusia antara 17 hingga 40 tahun itu disyaki menjadikan motosikal yang diletak di pusat beli-belah dan pasar malam sebagai sasaran.
"Hasil siasatan mendapati geng terbabit akan bertindak memadamkan nombor casis serta mengubahsuai motosikal yang dicuri bagi mengaburi mata pihak berkuasa," katanya kepada pemberita di sini semalam.
SAPE NAK RM 1,OOO sebulan ??
Mengemis dapat RM1,000 sebulan
Oleh NOR AZIRAN MOHD. YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my
aziran.yunus@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Kegiatan mengemis oleh warga asing dari China yang didalangi satu sindiket tumpas apabila Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menahan 14 orang pengemis dalam satu operasi di sini kelmarin.
Seramai lima anggota jabatan itu termasuk pegawai menyertai operasi selama tiga jam yang bermula pada pukul 12.25 tengah malam.
Kesemua pengemis yang berusia dalam lingkungan 40 hingga 80 tahun itu mengaku mampu memperoleh pendapatan sekitar RM1,000 sebulan hasil menagih simpati daripada orang ramai di sekitar ibu kota.
Pengarah jabatan itu, Mohd. Suffian Mohd. Omar berkata, hasil soal-siasat mendapati mereka pada asalnya datang ke negara ini untuk melancong serta menggunakan visa dan pas lawatan yang sah sebelum ditipu oleh satu sindiket.
"Mereka mendakwa 'dijaga' oleh seorang lelaki warga China yang dikenali sebagai Mr. Chan yang memaksa mereka untuk mengemis.
"Biarpun memperoleh RM1,000 sebulan tetapi ia diserahkan kepada lelaki terbabit," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
followers aku dah cukup 100 tau...
584 Posts, last published on Aug 25, 2010 – View Blog
Akhirnye cukup gak seratus...waahh seronoknye...thah apa2 kan aku...hik2 suka ati arr ar nak suka, lama tau aku nak tunggu 100 nie. bila dah 101 baru cukup 100. kenape cam2 ek... yg first2 follow mesti arr diri sendiri lagi mau tanya. kenapa kita perlu follow diri sendiri terlebih dahulu? aku ada sebabnye untuk memudahkan kita tengok en3 kita kuar ke tak, pas 2 sedutan yang kuar dari en3 kita tu leh menarik minat orang nak membaca tak.
apa2 pun terima kasih buat semua followers kat blog aku. tapi xdak hadiah untuk followers ke-100 cam blog orang lain buat selalu tu. bagi aku kalau xdak yg pertama mana mungkin ada yg ke seratus n ke beribu kan. so aku akan buat preview bagi 100 terhangat kat blog aku. nanti aku g terjah blog korang k n buat sedikit preview insyaallah...kalau nak hadiah leh join CONTEST MERDEKA JUMAAT NIE KAT BLOG AKU. 10 PEMENANG BERTUAH AKAN DAPAT HADIAH. JOM JOIN RAMAI2.
mesti korang nak tau gak sape followers ke 100 aku kan jom tengok.
nie lah cik puan
kalau aku buat followers ke-100 mestilah maira yg bertuah kan dapat. tapi sayangnye aku xbuat cam2. kalau korang nak tau maira nie kawan kelas aku masa study dulu. baru jumpa orang yg aku kenal real dalam blog hehehe...rasanye baru beberapa hari dia buat blog, aku pun xpasti sangat korang p ler terjah blog dia k. bagilah sokongan buat kawan baru yg baru join blog. selamat datang ke dunia blog ye Maira. oopsss sory tercuri gambar maira tanpa pengetahuan. hahahh suka ati aku je kan mentang2 kawan aku.
ada alkohol ek?
Minuman ringan beralkohol
GEORGE TOWN - Kerajaan digesa mengharamkan minuman ringan beralkohol yang menggunakan label buah-buahan kerana ia dibimbangi menjejaskan otak penggemarnya terutama pelajar dalam jangka panjang.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. M. Mohamed Idris berkata, satu kajian hasil daripada aduan guru-guru mendapati, sekelompok pelajar sebuah sekolah di barat daya Pulau Pinang telah ketagih minuman tersebut.
Beliau berkata, terdapat 15 jenis minuman mengandungi alkohol sehingga 5.5 peratus kini dijual secara meluas di pasar raya dan kedai 24 jam di negeri itu.
Menurutnya, ia juga diletakkan sebaris dengan minuman biasa dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja termasuk remaja dan kanak-kanak.
"Penjualan minuman dengan harga di antara RM4 hingga RM10 sebotol ini bertentangan dengan undang-undang yang melarangnya dibeli oleh individu berumur 18 tahun ke bawah,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
sumber kosmo online.
perlu ke tak ek?
Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu ~ Aflatun
Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
sape lahir bulan ogos leh join....
aku nak buat contest nie....sempena bulan ogos...tajuk kat atas tu just gimik je...aku punya contest paling senang, semua orang leh join k. by the way contest tu bukan sekarang ye tunggu ari jumaat. tiba2 ada idea lak nak buat contest. untuk maklumat lanjut sila tunggu ari jumaat.
Tuesday, August 24, 2010
Wajah mayat berubah menjadi himar.
"Saya ada alasan tersendiri," jawab pemuda itu. "Saya
meninggalkan Khurasan, tanahair saya untuk menunaikan haji bersama ayah saya.
Apabila kami sampai di Kufah, tiba-tiba ayah saya sakit kuat. Dia telah
menghembuskan nafas terakhir di hadapan saya sendiri. Dengan kain sarung yang
ada, saya tutup mukanya. Malangnya, apabila saya membuka semula kain tersebut,
rupa ayah saya telah bertukar menjadi himar. Saya malu. Bagaimana saya mahu
memberitahu orang tentang kematian ayah saya sedangkan wajahnya begitu hodoh
sekali?
"Saya terduduk di sisi mayat ayah saya dalam keadaan kebingungan.
Akhirnya
saya tertidur dan bermimpi. Dalam mimpi itu saya melihat seorang pemuda yang
tampan dan baik akhlaknya. Pemuda itu memakai tutup muka. Dia lantas membuka
penutup mukanya apabila melihat saya dan berkata, "Mengapa kamu susah hati
dengan apa yang telah berlaku?" "Maka saya menjawab, "Bagaimana
saya tidak susah hati sedangkan dialah orang yang paling saya sayangi?"
"Pemuda itu pun mendekati ayah saya dan mengusap wajahnya sehingga ayah
saya berubah wajahnya menjadi seperti sediakala.
Saya segera mendekati ayah dan
melihat ada cahaya dari wajahnya seperti bulan yang baru terbit pada malam
bulan purnama. "Engkau siapa?" tanya saya kepada pemuda yang baik
hati itu. "Saya yang terpilih (Muhammad)." "Saya lantas memegang
jarinya dan berkata, "Wahai tuan, beritahulah saya, mengapa peristiwa ini
boleh terjadi?"
"Sebenarnya ayahmu seorang pemakan harta riba. Allah telah menetapkan agar
orang yang memakan harta riba akan ditukar wajahnya menjadi himar di dunia dan
di akhirat. Allah telah menjatuhkan hukuman itu di dunia dan tidak di akhirat.
"Semasa hayatnya juga ayahmu seorang yang istiqamah mengamalkan selawat
sebanyak seratus kali sebelum tidur. Maka ketika semua amalan umatku
ditontonkan, malaikat telah memberi tahu keadaan ayahmu kepadaku. Aku telah
memohon kepada Allah agar Dia mengizinkan aku memberi syafaat kepada ayahmu.
Dan inilah aku datang untuk memulihkan semula keadaan ayahmu.""
Subscribe to:
Posts (Atom)