Saturday, July 31, 2010

hilangkan bau..


Hindari Bau Busuk Kulit Udang


  • Siramkan kulit udang dengan air panas.
  • Kemudian barulah dibungkus dan dimasukkan ke dalam tong sampah. Selain tidak berbau, ia juga mengelakkan lalat daripada menghinggapinya.

aku sibuk ujung minggu nie


Ari ahad nie 1/8/10  sepupu aku akad nikah, kat pejabat agama…aku xpernah tengok orang akad nikah kat pejabat agama…pengalam baru nie…selalunye kat masjid kan. Tapi disebabkan terlalu ramai yang nak nikah pada ari tu, so terpaksa le akad nikah kat pejabat agama…tok kadi xsempat arr nak p sana sini terlalu ramai heheh….ramai tol kan orang nak nikah sebelum puasa, lepas raya baru buat kenduri….yang penting akad nikah dulu kan….selamat menjadi is3 ye buat norain...


 so ari ahad nie aku sibuk le sikit kan...tapi xpe aku akan buat auto publish siap2 k.insyaallah kalau sempat.
cisss ayat cam le ada orang orang kisah aku ada ke xdak kan.....

TIPS goreng ikan


Ikan garing dan Tidak Melekat
 
Masukkan sekeping asam gelugur ketika mengoreng ikan. Anda akan dapati ikan tersebut tidak melekat dan cepat garing.



Ikan Goreng Tidak Hanyir
 
Kadangkala ikan yang digoreng tidak garing dan berbau hanyir. Bagi mengelakkannya cuba amalkan petua ini :-


  1. Sebelum menggoreng, taburkan serbuk kunyit pada minyak yang telah dipanaskan. Kemudian masukkan ikan yang digaul dengan garam sahaja. Goreng ikan seperti biasa. Ikan tidak berasa hanyir walaupun telah sejuk.
  2. Campurkan sedikit serbuk kunyit, bawang putih serta garam. Lumurkan rata-rata pada ikan dan perapkan beberapa minit. Kemudian goreng ikan seperti biasa.

apa yang paling besar ek..

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.
"Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali.

Tetapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf : 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.


puding jagung

bahan2

1 liter susu segar
150 gm gula
 
130 gm tepung kastard
1 ½ tin jagung

 cara : 

 Didihkan 750cc susu bersama gula di dalam periuk. Ketepikan. Masukkan 250cc susu ke dalam tepung kastard dan kacau hingga sebati.

Campurkan adunan kastard bersama susu mendidih dan kacau hingga pekat. Masukkan jagung dan kacau adunan lagi. Padamkan api. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan sejukkan hingga beku.


sikat rambut aku Hilang....??

Sape lah yang curi sikat rambut aku kan, dok dalam almari...takan mak aku ambik kot, yang pasti memang mak aku xambik pun. kalau cam2 sape yang ambik ek...aku n my mum je dok kat umah tu...pelik2 tol..korang rase sape yang curi ek...ari2 tudung baru mak aku pun banyak ilang, mak aku cari aku le, sebab aku yang angkat kain selalu...tapi tol ararar aku xambik pun tudung mak aku tu banyak helai lak hilang... yang pasti memang aku kutip. mesti la ada dalam umah gak kan. tersilap letak mustahil lah...ari2 aku kena marah sebab xtutup lampu dapur...aku ingat lagi aku tutup lampu sebelum masuk tido...kalau aku lupa tutup mesti la aku perasan kan, ngan jelasnye aku ingat aku tutup lampu, dah gelap semua baru aku masuk tido....pelik tol sape punye keja....then satu malam aku pun dah tau sape punya keja.....korang nak tau sape...meh tengok sini....mahluk nie punya keja

~

~
~
TIKUS

sikat rambut aku dah jumpa dia bawa p dapur, dia buat pe ek ngan sikat tu, hampeh tol...tudung mak aku dia bawa lari bawah almari, lampu dapur leh terpasang sebab tikus tu suka lari panjat kat tiang suiz lampu, dia terpijak suiz tu, 2pasal lampu terbuka.....hahahah aku letih fikir apasal jadi cam2, sehingga lah aku nampak sendiri...tikus gemuk tu....
tikus cepat kuar dari umah aku, xsuka tol.......tu korang xtengok lagi dia main aci ligan lagi.....geram tol aku. menakutkan tol malam2 dok lari sana sini.


nanti nak cite pasal kucing yang menumpang kat umah aku lak, dia leh baca fikiran aku,...pelik kan..

Friday, July 30, 2010

ANAK SAPE NIE???


Beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.
1. Kurang berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah:
• Saidul (penghulu) Istighfar,
• Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9),
• Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
• Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah:
• Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128),
• Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
• Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
 
• Menakutkan anak-anak dengan sekolah
• Menakutkan dengan tempat gelap
• Menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
• Menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak dan terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Menegur anak secara negatif
Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak. Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.
Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.”
Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan bersama, solat berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

karipap arab

Korang pernah makan karipap arab x?? aku xpernah makan tapi aku tau rupa dia camna, sebab mak aku keja kat kedai kek...ada le karipap arab nie..apasal aku xpernah makan ek..nak tau nape..aku xsuka sangat kuih muih nie...tambah lak time dah kenyang lagi la aku xsentuh, pas tu aku x rase teringin pun nak makan, 2 pasal sampai sekarang aku xmakan. kek pun aku xsuka sangat...dah cuba google xdak....nanti le aku ambik gambar bagi korang tengok camna, dia lain sikit dari karipap biasa, disalut serbuk roti..korang dapat bayangkan x...hahahah mesti xkan...tunggu lain en3 aku tunjuk

jangan tamak cam aku...


Semalam masa buka puasa aku makan banyak tol sampai nak muntah n pening arrr…mengah perut makan banyak…lepas solat insyak aku terus tido eh lum aku makan ayam percik dulu. Leh masuk gi sebab dah  solat dua waktu…kira cam senaman gak la kan solat tu. Rase ok sikit, kalau xmakan rugi le pula sebab ayam percik nie xtahan sampai sok pun. Pas makan tido terus…aku memang xonline langsung semalam. Sakit pale + ngantok…





Aku makan nie masa buka puase bihun sup perut ngan air tembikai + popia goreng, minum air banyak sangat n sup pun berkuah maunye xmengah perut kan….selalu aku makan bihun sup n ayam goreng je, tu pun dah kenyang. Popia yang sedap tu pun jadi xsedap sebab dah kenyang.

bubur ayam - sedap makan panas2

 BAHAN

2 CAWAN BERAS
1 EKOR AYAM DIREBUS
3CAWAN STOK AYAM REBUSAN
2 BATANG LOBAK MERAH
5 ULAS BAWANG PUTIH-DIKETUK
1 LABU BAWANG BESAR-DIKISAR
5 CM HALIA-DIKETUK
2 BATANG SERAI-DIKETUK
1 BATANG KULIT KAYU MANIS
1 POKOK DAUN SUP-POTONG HALUS
1 SUDU LADA HITAM IKUT PEDAS-DIKISAR
1 UNCANG SUP BUJUT
5 CAWAN AIR
GARAM SECUKUP RASA 

 CARA


1-AYAM YANG DIREBUS DICARIK KECIL-KECIL
2-BERAS DIMASAK BERSAMA 5 CAWAN AIR
SAMPAI MASAK.
2-MASUKKAN HALIA,BAWANG BESAR,BAWANG
PUTIH,SERAI,LADA HITAM.
3-MASUKKAN STOK AYAM,1 CAWAN AIR DAN
KACAU HINGGA MENDIDIH.
4-MASUKKAN SUP BUNJUT, KULIT KAYU
MANIS,LOBAK DAN DAUN SUP.KACAU SEBATI.
5-MASUKKAN AYAM DIRACIK,TAMBAHKAN GARAM
SECUKUP RASA.BIARKAN MENDIDIH
6-SIAP SEDIA UNTUK DIMAKAN.HIASKAN
DENGAN BAWANG GORENG. 







P/S : KALAU nak pedas buat sambal kicap tambah cili melaka potong, baru best heheh









kuar jalan2 ngan baju merah sok

Sabtu

Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus (NW19), Otot, Darah (NW18), Tulang dan Saraf (NW20). Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.
 
Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.

Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus (NW19), Darah dan Otot (NW18) atau Tulang dan Saraf (NW20), amat sesuai memulakan rawatan pada hari sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ merah ini pada hari yang lain selain sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasa kesakitan dalam proses penyembuhan.

gila kuasa...ohh no...


Kalau kamu mendapat kesusahan, ingatlah untuk menyimpan kesabaran.(Horatius).

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah,ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.(Umar Al Khatab).

Jika seseorang tidak dikuasai oleh perasaan benci,setiap pakaian yang dipakainya kelihatan indah.

Orang yang bercita-cita dan berazam besar, selalu bertemu halangan dan rintangan yang besar. Kebesaran halangan dan rintangan itu adalah ukuran kecil besar suatau cita-cita.

suprise tol petang nie..??

Dalam aku dok edit2 en3...member baik aku msg...xpe la aku pun balas la msg dia n tanya khabar...tiba2 kat luar ada keta colour hijau masuk office...ok pun dok fikir2, setahu aku xdak customer yang beli tanah lot kat aku keta camni...sape ek yang datang nie..xkuar pun dari keta..pas 2 ada msg dari member aku suruh kuar...memang sah le dia yang datang...happy sangat nie....selamat dia msg aku dulu tadi, selalunya time nie aku kat bank..ptg nie aku xp. kalau x memang sama2 suprise le kan heheh...dia singgah sat je, dah nak balik alor setar...teringat le pulak zaman study dulu. thank's ye najwa ingat nak singgah jumpa iz...dia dari lumut tadi so singgah jap jumpa aku sebelum balik a.setar.


pagi yang kecoh...


Pagi nie aku masuk office lambat kol 9 baru aku sampai….benda alah tu  buat hal lagi aarrr  pagi2 lak..penat tau cuba banyak kali  still xleh…selamat awal2 lagi aku dah msg bos aku cakap aku datang lewat pagi nie…masa aku msg tu aku lum tengok benda alah nie g pun…aku siap lambat pagi nie 2 pasal aku cakap aku masuk lewat…kan kebetulan benda alah tu  lak nak buat hal time tu…ari jumaat je ko suka cari pasal ngan aku kan ….jumaat bila thah ko buat  hal gak….geram tol ngan ko…nak suruh aku tukar baru le 2.  Aku takan tukar baru k….baik aku beli benda alah lain je kan dari tukar ko….tapi aku rase salah aku gak ko jadi cam2. Aku kurang prihatin kat ko, tu pasal ko merajuk ngan aku kan…korang nak tau x benda alah tu ape… meh aku gitau  benda alah yang selalu merajuk ngan aku tu…aku sayang benda alah tu tau…hahah ye la sebab dapat free huhuhu…tapi betol2 sayang le….


~


~


~


~


~


Haaaa nie la benda alah yang merajuk ngan aku pagi2 nie


-          motosikal buruk  -





plug moto rosak arr, aku memang xtau pun pasal2 moto nie, sejak abang aku tinggal moto tu 5th lepas aku memang xpernah tukar plug pun. Nak p servise lagi la xpernah…aku just tukar minyak hitam je tu pun abang aku gitau kena tukar…hampeh aku xtau pe pun…tayar pancit ada gak dua tiga kali aku tukar tu je aku buat. Almaklum le tempat keja ngan umah dekat xsampai 5 minit dah sampai, so aku xpeduli le sangat nak servise2 nie. Sebab xkuar jauh2 pun…bank pun dekat2 sini je.





So aku berjalan le masa datang keja tadi. Aku dah minta tolong indon tempat keja aku tolong p beli plug moto n pasang tapi still xleh gak. then suruh dia antar bengkel le. Selamat siap  sebelum time  orang solat jumaat, aku segan nak balik berjalan kena lalu masjid dulu. 





p/s : moto dah siap  alhamdulilah kena  rm35. Kol 12 baru siap moto..aku arr terkejar2 balik umah lak. En3 untk ptg xsiap pe lagi. Selamat aku auto publish dari ptg kemarin lagi untk en3 pagi tadi. Sempat ke siap ek untk  en3 ptg nanti berukband sangat pelahan nie…xmakan pe lagi nie dri pagi. Makan tengahari terus arr nie..kuih pg tadi ada lagi arr xsempat makan.