Wednesday, September 1, 2010

senarai peserta - CONTEST MERDEKA


 Dekat bawah nie 9 peserta CONTEST MERDEKA. aku lum pilih lagi sape pemenang, hadiah akan dihantar selepas raya. 9 nama peserta  kat bawah nie sila hantar alamat lengkap, untuk penghantaran hadiah. semua orang dapat k.untuk pemenang no 1-3 akan dipilih  oleh aku dan juri khas, sepupu sepapat aku heheh, orang lain nak jadi juri awam pun leh gak. sila komen kat en3 nie...siapa yang layak untuk pemenang 1-3. peserta tak boleh jadi juri awam hhuhuhu.

kat bawah nie aku just letak slogan sahaja yang perlu dipilih, contest nie ada soalan, semua orang jawap betol. kenapa aku letak soalan sekali ek, saja je coz soalan pengetahuan am. untuk slogan nie xkisah nak tulis berapa panjang pun. 

jom pilih slogan yang menarik, yang ada semangat merdeka. tiba2 jadi cikgu BM lak hik2..

PERSERTA PERTAMA




KEDUA : LENGKAPAN SLOGAN

SAYA BERSYUKUR MENJADI ANAK MALAYSIA KERANA NEGARA AMAN, BANGSA BERSATU, KEDAULATAN TERJAGA, MAJU MELANGKAH PENUH KETRAMPILAN.. KEUNGGULAN TERJAMIN DI MATA DUNIA..

PERSERTA KE-2

KEDUA : LENGKAPAN SLOGAN

SAYA BERSYUKUR MENJADI ANAK MALAYSIA KERANA saya tak sanggup nak jadi rakyat Sri Lanka..kekeke... okey, chup! chup! semula eh...
SAYA BERSYUKUR MENJADI ANAK MALAYSIA KERANA malaysia adalah negara yang cukup berdiplomasi.Sebolehnya, Malaysia sangat menolak permusuhan dan pergaduhan.Ini adalah rahsia keamanan negara malaysia selama ini walaupun hidup di dalam berbilang kaum dan agama.Kalau dahulu, saya tidak faham dan tidak pernah terfikir untuk menghargai negara Malaysia, tapi setelah menjadi anak perantau di Sri Lanka, persepsi saya turut berubah. Pemerhatian saya serta bacaan2 saya terhadap sejarah negara Sri Lanka membuatkan saya acapkali berfikir, tiada guna wang ringgit dan kekayaan jika negara berada di dalam peperangan dan permusuhan.Walaupun hanya ada 2 kaum sahaja di negara ini konflik antara kaum berlarutan sehingga 25 tahun lamanya.Kita lihat pula negara yg sedang berperang yang lain, seperti Palestin.Betapa kesakitan akibat peperangan terpaksa dirasai oleh segenap lapisan rakyat dek sengketa dan dendam kesumat yang berlarutan. Dari situ, saya benar benar menghargai betapa indahnya erti kemakmuran sesebuah negara. Malaysia, negara yang cukup kaya dengan segala hasil tanaman, ternakan dan keindahan alam anugerah tuhan. Malaysia negara yang kaya dengan pelbagai jenis makanan enak, sehingga di label sebagai 'syurga makanan dunia.' Malaysia, negara yang kaya dengan pelbagai kebudayaan dan kesenian pelbagai kaum, Malaysia negara yang penuh warna warni keceriaan hidup. Betapa saya sayangkan Malaysia, betapa saya cintakan Malaysia. Negaraku, tanah tumpahnya darahku...



PERSERTA KE-3
KEDUA : LENGKAPKAN SLOGAN
SAYA BERSYUKUR MENJADI ANAK MALAYSIA KERANA setelah 53 tahun merdeka, kita mampu mengekalkan kemakmuran dan identiti Malaysia melalui proses asimilasi antara kaum. dari geografinya alhamdulillah Malaysia masih lagi terhindar dari sebarang malapetaka yang buruk seperti letusan gunung berapi, kemarau teruk, gempa bumi dan sebagainya. aktiviti sosial juga tidak boleh dikesampingkan. kemajmukan dan sikap toleransi antara kaum menjadikan Malaysia antara negara yang unik. walaupun terdapat beberapa pihak yang ultra-kiasu, namun masih belum mampu menggugat keharmonian negara. Jika keutuhan dan ketaatan kepada Perlembagaan dan prinsip-prinsip yang terdapat pada Rukun Negara dapat dipertahankan, maka Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang kuat dan Jalur Gemilang akan tetap berkibar. saya juga bersyukur kerana di Malaysia kita masih lagi boleh mengamalkan kepercayaan masing-masing walaupun di negara lain kepercayaan bukan lagi lesen kebersamaan. keindahan alam merupakan aset bagi sesebuah negara dan Malaysia memilikinya. dan selagi Ali, Ah Cheong dan Rajan boleh berbuka puasa bersama, Malaysia kan tetap berjaya


PERSERTA KE-4



SAYA BERSYUKUR MENJADI ANAK MALAYSIA KERANA Malaysia adalah bumi bertuah yang disanjung seluruh pelosok dunia, mengamalkan demokrasi terbuka dan rakyat hidup penuh dengan keharmonian sehingga kini..




  PERSERTA KE-5          
KEDUA : LENGKAPAN SLOGAN SAYA BERSYUKUR MENJADI ANAK MALAYSIA KERANA aman damai dan hidup bagaikan sekeluarga walaupun hanya dialam maya.
PERSERTA KE-6  
KEDUA : LENGKAPAN SLOGAN SAYA BERSYUKUR MENJADI ANAK MALAYSIA KERANA kita semua dapat hidup dengan aman makmur dalam negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan etnik. Walaupun terdapat pelbagai bangsa dan etnik, kita semua masih lagi boleh mengamalkan kepercayaan masing-masing tanpa sebarang halangan daripada mana-mana pihak tidak seperti di negara-negara lain di mana warganegaranya disekat daripada mengamalkan kepercayaan mereka secara terbuka hanya disebabkan mereka merupakan golongan minoriti dalam negara tersebut. Sikap saling tolong-menolong, ziarah-menziarahi dan semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat dalam negara juga membuatkan saya berasa sangat bersyukur menjadi anak Malaysia. Selain itu, saya juga bersyukur menjadi anak Malaysia kerana kepimpinan Malaysia kini tidak memandang sepi suara-suara belia yang terdapat di dalam negara ini. Negara kita Malaysia semakin maju kehadapan sejajar dengan hasrat negara yang ingin menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 dan saya juga bersyukur kerana negara kita bebas daripada bencana dan malapetaka besar yang berlaku di negara-negara lain seperti banjir besar, kemarau, kebuluran, letusan gunung berapi dan sebagainya. Saya bangga menjadi anak Malaysia!!.
PERSERTA KE-7

http://kodiangboy.blogspot.com/2010/08/contest-merdeka.( Mr ShAReH)

KEDUA : LENGKAPAN SLOGAN
SAYA BERSYUKUR MENJADI ANAK MALAYSIA KERANA Malaysia terdiri dari berbilang bangsa, aman dan makmur serta mempunyai perpaduan kaum
PERSERTA KE-8
KEDUA : LENGKAPAN SLOGAN     
SAYA BERSYUKUR MENJADI ANAK MALAYSIA KERANA...
Lahirku ke dunia disinari keamanan negara... Membesar diriku bersama rakyat 1MALAYSIA... DEMOKRASI BERPARLIMEN rahsia kesejahteraan semua...  JALUR GEMILANG terus berkibar bangga...
Menambah semangat untuk berjasa... LAGU NEGARAKU berkumandang dimerata...
Satu dunia kini membuka mata...   BUNGA RAYA BUNGA KEBANGSAAN terus kekal berkembang berona warna... Tiada harum tapi masih terserlah impaknya...  Aku masih mampu mengalun irama sang 5 prinsip utama...  KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN yang pertama... KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA yang kedua... KELUHURAN PERLEMBAGAAN yang ketiga... KEDAULATAN UNDANG-UNDANG seterusnya.. KESOPANAN DAN KESUSILAAN mengakhirinya... Ku percaya ini kekuatan MALAYSIA kekal merdeka...    MELAYU, CINA, INDIA dan pelbagai etnik hidup bersama... Gelak tawa tangis duka dikongsi bersama... Indahnya hidup sebagai   ANAK MALAYSIA... Penuh tradisi, penuh warisan, penuh sejarah tersendirinya... Aku ANAK MALAYSIA...Aku ANAK MERDEKA... MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA... Laungan keramat tidak dilupa... Kekal dalam sanubari sang hamba... Doaku mengiringi kesejahteraan NEGARAKU MALAYSIA...
PERSERTA KE-9
SAYA BERSYUKUR MENJADI ANAK MALAYSIA KERANA Malaysia memberi nafas yang permai kepada saya sejak saya bermula melihat dunia. Saya sangat bersyukur.
Saya tidak pernah merasai persengketaan tatkala negara dijajah. Saya tidak pernah merasai penderitaan tatkala bangsa dihina.
Namun persengketaan dan penghinaan itulah saya susur dengan mendalami apa itu kemerdekaan.
Dahulu, disini tempat darah pahlawan tumpah mengalir tatkala mencengkam lumat hasad dan dendam meskipun dimesrai penjajah silih berganti. Walau begitu harapan kita tetap utuh, kita bersatu tak kira apa bangsa demi mencapai satu kata.
31 Ogos 1957, Bapa Kemerdekaan kita, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj melaungkan kata Merdeka, menjadi 1 kata keramat yang dinanti disetiap pelusuk anak bumi. Hilanglah sedih bangsa kita. Bermulalah demokrasi murni.
Sekarang 53 tahun sudah berlalu. Bumi kita semakin maju dan maju. Semakin utuh di mercu. Kerana Merdeka ini saya kenal perpaduan. Kerana Merdeka ini saya sanjung kedaulatan. Kerana Merdeka ini saya mensyukuri anugerah Tuhan              
p/s : mesti peserta contest nie tertanya2 apa hadiahnnye kan? korang akan tau setelah dipos....konon2nye misteri arr...tapi hadiah dia xlah seberapa pun. tapi bermanfaat. Terima kasih kepada perserta. nantikan pengemuman pemenang, bila2 masa je. akan diumumkan kemudian.   TINGGALKAN ALAMAT PENUH 9 PERSERTA DI SINI.  

7 comments:

aNiS tHe BumbleBee said...

ngahahhaa!smpai dua slogan letak.izyanty,saya dah email kt gmail izyanty alamat saya key.. :D

Anonymous said...

sy hantar alamat ke email je la. boleh?

izyantyPersonalTaste said...

Q : boleh antar kat e-mail. izyanty10@gmail.com.

kalau antar alamat kat komen pun leh coz sy tak publish alamat perserta kat komen, so jangan risau.

Unknown said...

saya dah hantar alamat saya kat email
izyanty10@gmail.com

Unknown said...

dah hntr kat email..

Mario said...

hantar ke email izyanty10@gmail.com.

izyantyPersonalTaste said...

saya dah dapat semua alamat 9 peserta...thank's atas kerjasama semua.