Wednesday, September 29, 2010

aku suka blog nie?

aku saje dok cek balik sape yang baru follow aku baru2 nie, so bila aku dapat link dia aku pun masuk le baca kat dalam tu, ada satu en3 yang aku berminat nak baca n share dengan semua orang KERANA ISLAM,KITA DIKATAKAN KOLOT.


en3 lain pun menarik juga sesuai untuk dijadikan renungan n iktibar, sape2 yang masuk blog aku mesti dengar sesuatu yang lain dari kebiasaan aku kan, jangan labelkan aku alim lak ek, tetapi hakikatnya tidak pun aku insan biasa yang sedang memperbaiki diri dan mencari saham untuk akhirat, ada yang salah faham pasal hadiah merdeka aku, jangan label aku alim,lum sampai tahap tu lagi, kontroversi pun ada gak...ok aku belajar dari kesilapan. terima kasih buat yang menegur,  ada zikir dalam blog aku, sebabnye aku mencari ketenangan dan satu lagi bila dengar zikir nie aku rindu zaman sekolah menengah teknik Kulim, setiap petang budak hostel kena p surau, sebelum mahrib kami ramai2 akan berzikir...waaaaaa rindunye saat tu. zaman sekolah je kita berpeluang berkumpul ramai2 camtu kan. bila dah berkerja masing2 buat hal sendiri, maybe dulu kita fikir, terpaksa p surau sebab tu dah peraturan, kalau nak solat buat sorang2 pun boleh kan. tapi hakikatnye bila berkumpul ramai2 sambil mengalunkan ayat2 suci, perasaan dia lain sangat. 

kali terakhir aku dapat berkumpul ramai2 di masjid waktu solat terawih n solat hari raya, memang perasaan yang berbeza sangat rasa lebih tenang n bersyukur sebab kita masih diberi peluang untuk berkumpul ramai2 untuk bersolat, ada sesetengah negara, hak diorang disekat kan,tengah solat ramai2 dibom dan lain2.masjid lak dimusnahkan. kat malaysia nie masjid banyak n cantik2 tapi orang pulak xdak. kalau ari jumaat aku dok tengok orang bangladesh sangup jalan kaki jauh2 n panas nak datang solat jumaat, rasanya depa lagi ramai datang,orang tempatan yang umah dekat n ada kenderaan sendiri xnak pulak datang solat.
( ofis aku dekat ngan masjid 2pasal aku nampak)

No comments: