Pages

Wednesday, September 8, 2010

Kuah Kacang nasi impit

 lagi sehari nak raya kan, abang aku kat johor dah request buat ketupat nasi impit untuk wife dia. kak ipar aku orang johor, so dia xbiasa makan ketupat pulut. so mak aku nak buat le sikit. sebenarnye bukan mak aku nak buat sendiri pun, nak tempah kat orang hehehe...so aku pun menawarkan diri untuk buat, memang xpernah buat pun, tapi kalau xbelajar buat sampai bila xreti kan. hahahah semangat je kan aku nak buat sendiri,  aku dah cari resepi kat google.cisss yakin je kan,  xsedap kena makan gak huhhuhhu...ketupat pulut pun mak aku tempah je...xyah buat susah2 heheh...

kat bawah nie ada resepi yang aku akan cuba esok.





Kuah Kacang ::

Bahan-bahan


1 cawan kacang tanah ~~ digoreng tanpa minyak hingga garing dengan api perlahan
3 sudu besar lada kisar/cili boh
Air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
gula secukup rasa (ikut suka)
sedikit gula merah/gula melaka

Bahan kisar :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
2 batang serai
1 inci halia
sedikit lengkuas


Cara:
1. Kacang dibuang kulit ari dan di tumbuk kasar/blender.
2. Tumis bahan kisar dan cili bohsehingga naik bau.
3. Masukkan air asam jawa, gula dan garam.
4. Setelah mendidih, bolehlah dimasukkan kacang tanah tadi.
5. Masak sehingga kuah tadi pekat sedikit dan pecah minyak. 


p/s: camna ek bila dah kawen nanti mak mentua suruh buat ketupat daun palas, hampeh aku xreti, asyik jadi ketupat betina je heheh...dah le mak aku asyik tempah je 2,3th lepas...nak belajar kat sape ek?

4 comments:

E.d.Y said...

hidup JOHOR...hehe..:p

izyanty collection said...

Apasal.. ko orang johor ek E.D.Y?

Myraroezlan said...

Kuah kacang + nasik himpit mmg the besh..

I like too..


p/s : Iz, myra cam nk mntk tlg iz la psl asgmnt myra tuh, klau Iz lh tlg ar..

Apapn camat ari raya..

izyanty collection said...

ok je,leh tolong...perlukan apa2 maklumat gitau la.

Newer Post Older Post Home