Thursday, September 30, 2010

2 banner dah siap tapi....


YANG NIE BANNER PERSONEL BLOG AKU, KONONNYE NAK TUKAR2 NGAN KAWAN2 BLOG, TAPI AKU XRETI LAK NAK LETAK CODE DIA, sok pula le buat ek, nak p tanya orang dulu hehe...aku sengal sikit, benda2 camni, semuanye aku xtau kan.


Photobucket


YANG NIE BANNER UNTUK AKU SIMPAN LINK. KORANG TINGGALKAN LINK KAT BLOG NIE K.

Photobucket

akhirnye link banner aku berjaya dilink

mood happy sangat nie, firtime buat banner le katakan, belajar dari tutorial, pening betol dah boleh buat pas2 mengalabah xleh link lak. sekarang dah boleh link terima kasih buat Salmia Punya Pasal aku tanya dia terus dia e-mail gitau buat camna. rupanya senang je ek buat banner.

bila dah siap buat banner kat photobucket. kena buat cam kat bawah nie. heheh...aku xtau pun, ingatkan main copy terus dari photobucket je, 2pasal xleh.

link bolg/" target="_blank">image link" />

 p/s : pas nie leh la main tukar2 banner kan, tapi ada ke orang nak tukar banner ngan aku ek?nak tukar banner baru untuk blog aku yg satu lagi lak nanti. tapi sekarang nak buat keja dulu.bye...



Photobucket

BANNER AKU XLEH LINK...TOLONG

aku baru buat banner untuk blog tapi masalahnye tak boleh link terus ke blog aku, pening tol ar...sape2 tolong le aku, nak buat camna lagi ek?


TOLONG TENGOK SAT COD HTML KAT MANA SILAP, SAMPAI XLEH LINK TERUS KE BLOG





http:__izyanty.blogspot.com

Wednesday, September 29, 2010

GUNUNG MENANGIS TAKUT TERGOLONG BATU API NERAKA


Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w.. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat berita ajaib yang menjadikan tetapi hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut. Peristiwa pertama adalah, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. akan mendatangi hajat yakni mebuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka Baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata; "Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya Baginda akan mengambil air wuduk dan buang air besar."

Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon sudah tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar
Baginda s.a.w. selesai dari hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu. 
Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka Baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, "Jika padamu ada air, berilah aku minum!"

Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan
Baginda s.a.w. itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya, "Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa aku sejak Allah s.w.t.  menurunkan ayat yang bermaksud : ("Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan batu)." "Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada lagi air padaku."

Peristiwa yang ketiga ialah, bahawa ketika Uqa'il sedang berjalan dengan
Nabi Muhammad s.a.w., tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat dan lari ke hadapan Rasulullah s.a.w., maka unta itu lalu berkata, "Ya Rasulullah, aku minta perlindungan darimu." Unta masih belum selesai mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus. Melihat orang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, "Hendak apakah kamu terhadap unta itu ?"

Jawab orang kampungan itu, "Wahai
Rasulullah, aku telah membelinya dengan harta yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau tidak mau jinak, maka akan kupotong saja dan akan kumanfaatkan dagingnya (kuberikan kepada orang-orang yang memerlukan)." Nabi Muhammad s.a.w. bertanya, "Mengapa engkau menderhakai dia?" Jawab unta itu, "Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak menderhakainya dari satu pekerjaan, akan tetapi aku menderhakainya dari sebab perbuatannya yang buruk. Kerana kabilah yang dia termasuk di dalam golongannya, sama tidur meninggalkan solat Isya'. Kalau sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan mengerjakan solat Isay' itu, maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi. Sebab aku takut kalau Allah s.w.t.  menurunkan seksa-Nya kepada mereka sedang aku berada di antara mereka."

Akhirnya
Nabi Muhammad s.a.w. mengambil perjanjian orang Arab kampung itu, bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isya'. Dan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. menyerahan unta itu kepadanya. Dan dia pun kembali kepada keluarganya.

100 terhangat my followers - edisi terjah ( 11-20 )

       Tuan blog nie namanye Hisyam,  minat dalam photography,animasi,production,web programming.   
      

       Sape ek tuan blog nie, sesi berkenalan lak hehe...Amy Syaquena IPOH, PERAK, Malaysia. amy nie suka  
       travel ek, banyak gambar dia masa g travel sampai luar negara, bestnye leh p merata kan.

      nie blog syazwani, student uitm penang rupanye...waaaa dekat dengan aku rupanye.orang kuala kubu  
      Selanggor.

       susah tol nak sebut nama mamat nie, pangil wan je lah, dia minat futsal dan satu lagi minat giler kat syarifah Amani, siap ada gambar lagi, hahahah cam awek dia lak huhuhu. jangan marah ek wan.harap2 1 day nanti u dapat le amani tu heheh xpun ada iras2 pun ok ape :p

       Empunya blog yang cute nie nama Nour Eyza. pencinta alam nie kan, sebab dia suka sangat ngan Hijau,  
       tol tak dik?

      Blog budak sekolah, tahun nie ambik PMR kalau xsilap aku, semoga berjaya dalam pelajaran ye dik  
      Farah.

        nie blog Erdila..dah lama xupdate ek....?

      Nama cam mat salleh, aku ingatkan mat salleh mana, rupanye mat dollah heheh...kat blog dia banyak info    dan tutorial untuk dishare.

       nie nadia punya blog lorr heheh...hobi suka bergambar kot, banyak je gambar kat blog dia. masuk tengok sendiri huhuhu...

20- MOMOKZ. 
       Sape ek momokz nie, aku xdapat kesan link dia.

BUAT SEMUA DI ATAS TERIMA KASIH KERANA SUDI FOLLOW AKU,
YANG BELUM TERSENARAI TU NEXT EN3 K. AMBIK MASA GAK NAK P TERJAH SETIAP 1 BLOG, HARAP SABAR MENANTI.


p/s : buat pengunjung blog aku sila tinggalkan Link korang kat blog list

Cerita Kemunculan dan Kedatangan Dajjal Berdasarkan Khutbah Rasulullah SAW


Cerita Dajjal merupakan cerita yang sangat fenomenal, bahkan agama islam sangat jelas menerangkan tentang cerita kedatangan dajjal di akhir zaman nanti. Tidak sedikit pula orangbayi mata satu di israel yang di kira bayi dajjal banyak masyarakat yang penasaran dengan adanya kedatangan dajjal di bumi nanti. yang meragukan tetang munculnya dajjal di akhir zaman nanti, tetapi setelah berita
Oleh karena itu kami akan mencoba memberikan cerita kedatangan dajjal yang mana cerita ini kami ambil dari salah satu buku yang membahas dajjal. Dan cerita ini merupakan khutbah Rasullulah s.a.w mengenai dajjal.


Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.


“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.


“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.” di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula.Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.” Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.


“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.


Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”


Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”


Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.” Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”


Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.
Wallahu A’lam.

Semoga dengan cerita tentang kemunculan dazal diatas mampu memberikan kepercayaan dan keimanan kita. Dan semoga dengan cerita ramalan datanya dajjal di akhir zaman nanti akan selalu menjadikan kita dekat dengan Allah SWT.


copy from here

eh cup cake ke camni???


mula2 aku terpandang igatkan cup cake, hahhah rupanye bekas cenderhati le, tengah ada promotion le, bakal2 pengantin or tukang sponser majlis kawen cepat2le p kat INANI CRAFT
 dekat inanicraft nia ada macam2 desing yang xdijual kat kedai biasa. lain dari lain le. p masuk tengok sendiri k.leh pilih yang mana berkenan.
 

*  Tawarn istimewa pada harga RM 2.00, utk 10,000 unt pertama sahaja mulai 1 oktober-30 november.
*  Tempahan boleh di buat mulai sekarang...!!!
*  Hubungi Pn.Zuraida ( 019-9219199 ) En Zaini ( 012-3629492 )


p/s : aku cam promoter lak kan, hahhah xdak keja nak buat so tulis pasal blog orang lain le, aku xdapat apa2 pun, suka2 menghabiskan masa.

GUBAHAN HANTARAN- MUSIM KAWEN

sekarang nie musim orang kawen kan,yang akan datang pun ramai gak kan, kalau korang tak tau keja2 mengubah hantaran n apa2 lagi yang berkaitan dengan perkahwinan leh rujuk kat TEPAK SIREH



Kat bawah nie adalah tempahan yang telah dibuat oleh tepak sireh, x berkaitan dengan aku pun, just suka tengok benda2 yang kretif dan cantik untuk dikongsi. bakal2 pengantin leh la rujuk kat tepak sireh ni untuk maklumat lanjut.


Gubahan Hantaran Perfume

Gubahan Hantaran Al-Quran

Gubahan Hantaran Baju Kemeja

MACAM MANA RUPA DAJAL?

 MAKSUD DAJAL

Dalam ajaran Islam, Dajal (b. Arab: الدّجّال al-dajjāl "pembohong, penyamar") ialah suatu makhluk jahat yang akan muncul sebelum Hari Kiamat. Dalam ajaran Kristian, Dajal dikenali sebagai Antichrist.

"Dajal" adalah kata Arab lazim, digunakan dalam kata "nabi palsu". Tetapi "Al-Dajal", dengan rencana pasti, merujuk kepada "Si Penyamar", satu pembohong spesifik akhir-masa. 

Ia adalah layak untuk nota yakni istilah Al-Masih Ad-Dajal (Bahasa Arab untuk "Si Masih Palsu") adalah terjemahan berkait dari istilah Suryani "Meshiha Deghala", dimana telah menjadi kosa kata lazim dari Timur Tengah selama lebih 400 tahun sebelum penurunan al-Quran, melalui Peshitta (dimana menggunakan istilah ini sebalik dari Greek "antichristos").


 SIFAT-SIFAT DAJAL

Dajal tidak disebut dalam al-Quran, tetapi pelbagai hadis Sunah menghuraikan sifat-sifat Dajal, seperti berikut (dimana lazimnya dipercayai oleh Muslim):
  • Dia (Dajal) adalah seorang pemuda yang rambutnya keriting, matanya menyembul keluar, menurut Rasulullah s.a.w. seperti Abdul Uzza bin Qathan. "Hendaknya diantara kamu bertemu dengannya,hendaklah membaca permulaan surat Al-Kahfi"(Sabda Rasulullah s.a.w). Sesungguhnya ia keluar dari jalan antara Syam dan Irak kemudian merusak kanan kirinya.
  • Dia akan fizikalnya berbentuk cacat, dan akan buta pada mata kirinya. Mata kanannya akan berkini tetapi ia akan jadi gelap (hitam). Dalam sebilangan hadith dia dirujuk sebagai satu-mata. Dia akan menunggang keldai putih dimana setiap langkah akan dibentang sebatu, akan makan api dan menghembus asap, terbang atas tanah dan menyeberang laut.
  • Dia akan menipu para imam, mengajar mereka bahawa Syurga ialah Neraka dan sebaliknya.
  • Huruf Arab kaf-fa-ra (kafara, bermaksud "kafir") akan muncul pada dahinya dan akan dibaca oleh Muslim sebenar samada mereka boleh baca ataupun tidak.
  • Dia boleh melihat dan mendengar pelbagai benda di banyak tempat pada masa yang sama.
  • Dia mempunyai kuasa untuk mengelirukan manusia.
  • Dia akan cuba meletakkan manusia pada takhta Tuhan.
  • Suatu hari pada musim kemarau, dia bakal menanya; adakah kau mahu api atau air? Jika anda memilih air itu bermakna yang anda minta adalah api, manakala jika anda minta api yang diberikan ialah air.
  • Dia akan mendakwa diri sebagai Tuhan dan akan menipu manusia dalam berfikir yakni dia telah bangun dari kematian. Salah satu orang khusus akan dia bunuh dan kemudian dia akan kini menghidupkan dia, sesudah itu Allah akan menghidupkan dia. Dia takkan mempunyai kuasa ini lagi. Pada sumber lain (menurut kepada siri Akhirat oleh Anwar al-Awlaki), seorang lelaki beriman akan datang dari Madinah terus ke Dajal, berdiri pada atas Uhud, dan dengan beraninya mendakwa Dajal adalah Dajal. Dajal kemudian akan menyoalnya: "Adakah anda akan percayakan saya (yakni sayalah tuhan) jika saya bunuh anda dan kemudian menghidupkan anda?". Dajal akan melakukan sedemikian dan selepas penghidupannya lelaki beriman akan berkata bahawa dia semakin tidak percayakan kepada ketuhanan Dajal.
  • Sesiapa yang menolak dan enggan percaya dengannya akan menderita kemarau dan kebuluran manakala sesiapa yang menerimanya akan hidup dalam kehidupan senang.
  • Sesetengah tradisi Islam mengaitkan yakni dia akan muncul pada Isfahan, dan dia akan membawa Yahudi Isfahan dan ramai bekas Muslim dan bekas Kristian menyokongnya.
  • Dia tidak berupaya memasuki Makkah atau Madinah.
  • Imam Mahdi akan menentangnya dengan nama Islam.
  • Dia akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. dekat pagar Ludd, di mana Israel terdapat kini.


Perlindungan dari Dajal

Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan para pengikutnya untuk membaca sepuluh ( 10 ) ayat dari Surah Al-Kahfi sebagai perlindungan dari Dajal. Baginda juga mengingatkan para pengikutnya untuk berdoa, "Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu dari musibah Dajal." Baginda juga menyatakan terdapat tiada musibah yang lebih hebat daripada Dajal sejak penciptaan Nabi Adam a.s. hingga Hari Kebangkitan.

Sumber di SINI

 

p/s: ada sumber menyata 

"DAJJAL" TELAH "MUNCUL" DI KHURASAN, INDIA SELATAN

 nanti en3 seterusnye bagaimana rupa yang muncul di khurasan  india, esok. semalam dalam halaqah pun ada mengatakan dajal nie adalah dalam rupa manusia yang datang untuk menjadi pembohong, penyamar". Dia muncul dalam rupa cam manusia jugak mengikut kesesuaian, mugkin teknologi yang ada sekarang nie, dicipta oleh dia untuk memusnahkan umat islam. sebagai contoh di boleh turunkan hujan, kan sekarang dengan adanye teknologi yg dicipta hujan boleh turun kan. info lanjut esok...

DARUSSYIFA...- TEMPAT RAWATAN CARA ISLAM


 
 
 
 
 
 
 


Fakta:
i. 17-April-1988: Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam (Darussyifa') ditubuhkan secara rasmi.
ii. 2-Januari-1990: Majlis pecah tanah pembinaan bangunan Darussyifa'.
iii. 17-Mac-1991: Bangunan Darussyifa' mula digunakan.
iv. 1-September-1991: Perasmian Bangunan telah dilaksanakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Azman Hashim.
Sejarah Darussyifa
 
Darussyifa' merupakan sebuah klinik rawatan yang terkenal di kalangan penduduk Bangi dan masyarakat luar terutamanya orang Islam ia menjadi satu altematif kepada orang ramai dalam usaha mencari kesembuhan penyakit selepas mendapatkan rawatan dari klinik dan hospital. kebanyakan pesakit yang datang bukan hanya mengalami penyakit fizikal tetapi juga melibatkan penyakit rohani seperti terkena ganguan makhluk halus dan seumpamanya. Dengan kaedah yang diamalkan oleh Darussyifa' iaitu menggunakan ayat-ayat al-Qur'an, Hadith dan Doa-doa menambahkan lagi keyakinan orang ramai terhadapnya.


Darussyifa' merupakan nama sebuah bangunan yang digunakan untuk kegiatan pengubatan Islam. Perkataan Darussyifa' adalah gabungan daripada perkataan dar (rumah) dan al-Syifa' (kesembuhan) yang bererti Klinik Rawatan. Idea penubuhan ini lahir daripada seorang pensyarah dan juga seorang ulama yang terkenal di tanah air. Beliau yang dimaksudkan ialah Yang Berbahagia Dato' Dr. Haron bin Din lebih dikenali dengan pangillan Ustaz Haron Din. Ustaz Haron Din bergiat dalam bidang rawatan dengan menggunakan doa-doa yang terdiri daripada ayat-ayat al-Qur'an, hadith serta sunnah Rasulullah s.a.w.

Ustaz Haron Din telah lama menceburkan diri dalam bidang rawatan tetapi tidak secara teratur dan serius berbanding dengan kegiatannya ketika di Kajang dan Bandar Baru Bangi. Selain memberi rawatan, Ustaz Haron Din juga merupakan tempat rujukan untuk mendapat khidmat nasihat oleh orangramai yang menghadapi pelbagai masalah. 


Ustaz Haron Din



. 






untuk maklumat lanjut mengenai darussyifa n lokasi tempat rawatan klik di SINI                                                                                  

aku suka blog nie?

aku saje dok cek balik sape yang baru follow aku baru2 nie, so bila aku dapat link dia aku pun masuk le baca kat dalam tu, ada satu en3 yang aku berminat nak baca n share dengan semua orang KERANA ISLAM,KITA DIKATAKAN KOLOT.


en3 lain pun menarik juga sesuai untuk dijadikan renungan n iktibar, sape2 yang masuk blog aku mesti dengar sesuatu yang lain dari kebiasaan aku kan, jangan labelkan aku alim lak ek, tetapi hakikatnya tidak pun aku insan biasa yang sedang memperbaiki diri dan mencari saham untuk akhirat, ada yang salah faham pasal hadiah merdeka aku, jangan label aku alim,lum sampai tahap tu lagi, kontroversi pun ada gak...ok aku belajar dari kesilapan. terima kasih buat yang menegur,  ada zikir dalam blog aku, sebabnye aku mencari ketenangan dan satu lagi bila dengar zikir nie aku rindu zaman sekolah menengah teknik Kulim, setiap petang budak hostel kena p surau, sebelum mahrib kami ramai2 akan berzikir...waaaaaa rindunye saat tu. zaman sekolah je kita berpeluang berkumpul ramai2 camtu kan. bila dah berkerja masing2 buat hal sendiri, maybe dulu kita fikir, terpaksa p surau sebab tu dah peraturan, kalau nak solat buat sorang2 pun boleh kan. tapi hakikatnye bila berkumpul ramai2 sambil mengalunkan ayat2 suci, perasaan dia lain sangat. 

kali terakhir aku dapat berkumpul ramai2 di masjid waktu solat terawih n solat hari raya, memang perasaan yang berbeza sangat rasa lebih tenang n bersyukur sebab kita masih diberi peluang untuk berkumpul ramai2 untuk bersolat, ada sesetengah negara, hak diorang disekat kan,tengah solat ramai2 dibom dan lain2.masjid lak dimusnahkan. kat malaysia nie masjid banyak n cantik2 tapi orang pulak xdak. kalau ari jumaat aku dok tengok orang bangladesh sangup jalan kaki jauh2 n panas nak datang solat jumaat, rasanya depa lagi ramai datang,orang tempatan yang umah dekat n ada kenderaan sendiri xnak pulak datang solat.
( ofis aku dekat ngan masjid 2pasal aku nampak)

ulam- ulaman



korang pernah tengok ulam2 camni, kat umah aku xdak pun heheh... nie orang yang bagi, yang aku makan kacang kelisa je, tempat lain paggil pe ek, kacang botol ek.? yang tengah tu buah peria jenis kecik, yang berdaun tu lak peria bantal, tol ke ek...leh buat sayur lemak, tapi aku xmakan pun bagi kat orang lain lak.

DAJAL DAH MUNCUL?

Selamat pagi semua, sape tengok halaqah semalam, ada bincang pasal dajal kan, topic yang menarik, sebelum nie aku ingat dajal nie cam binatang yang terbang bermata satu, sebenarnye salah anggapan aku, sekarang pun dajal tu dah wujud, korang faham tak kalau dajal dah muncul maksudnye ape? sebenarnya aku nak kupas sikit pasal dajal nie daripada apa yang aku dengar semalam,insyaallah next en3 aku  bagi fakta yang betol dari hadis, ia sememangnya wujud sekarang, sekarang aku nak kuar ada urusan keja.

Tuesday, September 28, 2010

Zaquan dan Ayu




Kematangan Zaquan yakinkan Ayu





TARIKH 10 Oktober 2010 sepatutnya menjadi hari bahagia kepada aktres jelita, Ayu Raudhah bersama kekasih hatinya, Mohd. Zaquan Adha Abdul Razak. Dikhabarkan akan bertunang pada hari tersebut, penyebaran berita itu bagaimanapun dinafikan oleh tuan punya badan.
Penafian itu bukan membawa maksud sesuatu buruk telah terjadi pada hubungan mereka. Cuma buat masa ini, pasangan itu terutama Zaquan tidak mempunyai masa secukupnya untuk meneruskan perancangan mereka.
Sungguhpun rancangan pertunangan itu perlu ditunda, Ayu yang ditemui pada sesi fotografi bersama Kosmo! tampak gembira. Mengukir senyuman, Ayu mengaku dirinya amat bahagia di samping pemain bola sepak kebangsaan itu.





baca lanjut di kosmo online

sape nak kawen kat Cameron Highlands (Hotel Heritage)

Pakej perkahwinan di tanah tinggi


SHAMSHIDAR (kiri) dan Saye Chin menunjukkan sebahagian daripada peralatan perkahwinan yang akan dipamerkan pada sidang akhbar di Ipoh semalam.


IPOH - Ingin mencari kelainan dalam melangsungkan majlis perkahwinan anda dengan mengadakannya di kawasan pelancongan tanah tinggi berhawa dingin di Cameron Highlands? Jika ya, sebuah hotel di sana menawarkan pakej perkahwinan yang berpatutan.

Hotel Heritage Cameron Highlands (Hotel Heritage) dekat sini bukan sahaja menawarkan pakej perkahwinan ala Barat tetapi juga akan memenuhi keperluan pelanggan dengan menyediakan pakej yang sama untuk kaum Melayu, Cina dan India.

Lebih menarik lagi, pakej yang ditawarkan adalah serendah RM500 untuk satu meja yang boleh memuatkan seramai 10 orang.

Semua promosi menarik ini boleh didapati sempena Karnival Perkahwinan 1Malaysia yang dianjurkan hotel berkenaan dengan menampilkan pelbagai pakej perkahwinan pelbagai kaum selama dua hari bermula Jumaat ini.

Eksekutif Perhubungan Awam Hotel Heritage, Shamshidar Mohamad Khirudin berkata, karnival yang akan diadakan di hotel berkenaan bermula dari pukul 11 pagi hingga 9.30 malam itu bakal disertai lebih 20 agensi seluruh negara.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. sumber kosmo

memang patut Disiasat pun kan?

35 peguam disiasat polis


Noryah pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam.


KUALA LUMPUR - Kes jual beli tanah di Pulau Pinang yang dikendalikan oleh peguam K. Patmanaban merupakan antara 290 kes membabitkan peguam yang disenaraikan dalam siasatan kes-kes jenayah komersial yang sedang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.
Timbalan Pengarah JSJK, Datuk Noryah Md. Anvar berkata, polis sedang menyiasat kes-kes jenayah komesial itu yang membabitkan peguam di seluruh negara termasuk penipuan penjualan tanah dan rumah.
"Salah satu kes yang sedang disiasat oleh JSJK ialah kes jual beli tanah yang dikendalikan peguam yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya," kata beliau kepada pemberita di Bukit Aman di sini semalam.


Menurut beliau, kesalahan lain ialah menipu, pemalsuan dokumen, geran tanah dan afidavit serta pecah amanah.
Difahamkan pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain berkait rapat dengan wang deposit penjualan dua bidang tanah bernilai lebih RM25 juta di Pulau Pinang.

Sosilawati, pengasas produk kecantikan Nouvelles Visage, dan pemandu peribadinya, Kamarudin Shansudin, 44, perunding kewangan CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

sumber kosmo online