1. Sediakan semangkuk salad sebelum anda masuk tidur. Keesokan harinya, hidangan ini
boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat dan rendah lemak.
2. Roti bakar boleh menjadi enak dan berkhasiat jika anda bijak menyediakannya. Gunakan
roti tinggi serat, bukannya roti putih. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega
kacang dan taburkan sedikit kismis.
3. Muffin juga pilihan yang baik jika ia mengandungi bijirin atau cebisan buah-buahan. Bagi
menjimatkan masa, cubalah luangkan masa seminggu sekali untuk membakar hidangan
ini. Muffin boleh disimpan lama, tidaklebih dua minggu.
4. Jika ingin cepat, sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan
baik. Kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan
tengahari.
5. Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampur dengan susu segar merupakan sajian
sarapan sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan.Untuk menambah selera,
masukkan beberapa hirisan buah seperti epal, pisang atau strawberi.
6. Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun seleri,

atau cendawan jug pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protein.
7. Untuk melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar
sendiri. Campurkan sedikit susu segar ke dalam jus untuk mendapat sedikit kalsium.

No comments:
Post a Comment