Friday, June 11, 2010

NAK CANTIK,BIJAK MAKAN PISANG...




Arini aku nak cite pasal pisang,apa yang best sangat pasal pisang nie ek...?aku xberapa suka sangat ngan pisang nie sebenarnye..tapi bila dah terbaca kat paper ari2 yang pisang ni rupanye ada banyak kelebihan...nak makan le pisang pas nie.. poyo tol dulu nampak pisang, pandang sebelah mata je ek...
jom baca info nie :

orang pempuan mesti suka nie - pisang mengandungi vitamin C - bukan sahaja membantu sistem imunisasi malah menggalakkan kulit yang sihat dan menawan. 
 
Buah dan kulit pisang sering digunakan untuk rawatan kecantikan terutamanya bagi menegang serta melembabkan kulit muka, menjadikan wajah lebih berseri.

kalau kita p serata dunia pun still pisang ada kan, memang mudah dapat, xpayah ikut musim, harga lak murah. kalau kat kampung2 leh dapat free je, tanam sendiri la heheh....lagipun pokok pisang nie senang tanam, xpayah jaga susah2.  tanam sepokok dah cukup nanti banyak anak pokok tumbuh,mudah kan.


Nie kelebihan pisang :

# Pisang mampu buat anda gembira

- protein dalam pisang dikenali sebagai triptofan ditukar kpd serotonin oleh badan manusia. serotonin adalah  
   sejenis bahan yg mampu menghasilkan :

 *perasan tenang, membangkitkan mood secara keseluruhanya membuat kita GEMBIRA. kalau rase    
   KECEWA cuba makan pisang ek, leh rase perubahan daripada NEGATIF kepada POSITIF.

# Meredakan ketidakselesaan perut

- masalah perut tidak selesa apabila bangun pagi akibat makan banyak sebelum tido. beberapa hirisan pisang  atau pun minum pisang yang dikisar mampu meredakan ' menenangkan' perut sekali gus memulihkan rasa tidak selesa.

# Hindari Stress

- Pisang mengandungi potasium yang tinggi untuk membantu mengembalikan kadar potasium dalam badan pada paras normal. dengupan jantung dan aliran oksigen dalam badan juga boleh kembali normal.


# Merangsang Otak

- Hasil penyelidikan mendapati potasium membantu seseorang menjadi lebih peka dan berhati-hati. cuba makan sebiji pisang sebelum menduduki peperiksaan atau menghadiri temuduga. ia mungkin membantu.

# Penampilan Menawan

- topeng kecantikan wajah, ini kerana kandungan anti penuaan yang dipercayai terdapat di dalam pisang.
   Jom cuba Resepi ini untuk mendapatkan kulit yang menawan.
          > kisar pisang + madu + beberapa titik oren.
          > sapukan pada muka,biarkan beberapa minit sebelum dibilas bersih. amalkan selalu untuk hasil yang   
              memuaskan.

SELAMAT MENCUBA K.\(*.*)/

1 comment:

Myra Jay said...

Ada yang cakapa kalau nak DIET tak leh makan pisang...huhuuu