Friday, November 19, 2010

bunga-bunga cinta???







cuci mata je lah huhuhu...musim orang kawen n bertunang, sok sepupu aku bertunang, baju tunang dia dah siap aku jahit manik di ofis malam nanti nak tambah batu je lagi, lega dah siap.ngantoknye nak balik tido..

Thursday, November 18, 2010

aku dapat cuti lagi arinie

salam khamis.. bos aku baik ati kan bagi cuti 2 hari...so melepak  dirumah je, coz kak aku kena keja dah, tapi memang letih arr dok umah, nie je dapat berehat. pas nie nak p kedai lak cari manik untuk baju tunang sepupu aku, dia bagi last minit nak letak manik, ari sabtu dah nak pakai, selamat aku cuti ari nie. ok membelek manik lak ari nie. dah lama  tak menjahit nie...dpat tau cuti arinie pun coz bos aku msg kemarin gitau suruh dtg keja ari jumaat. wahhh seronok tak terkata masa dlm keta huhuhu

Tuesday, November 16, 2010

SALAM AIDILADHA kepada semua...


Sempena hari raya aidiladha esok aku nak mengambil kesempatan mengucapkan selamat berhari raya dan maaf zahir batin kepada semua kawan2, saudara mara, adik beradik, kawan2 blog, customer yang beli barang jualan aku, pembaca yang sudi membaca di blog aku dan orang yang tak mengenali aku heheheh....ada lagi yang tertinggal ke ek....semua sekali lah...untuk bf tak dak le pulak ek...tak yah tulis kat cini dia xbaca pun huhuhu.

yeahhhhh sok solat berjemaah hari raya ramai2 lagi, suka sangat kumpul ramai2 camtu....malam nanti ada jamuan raya umah bos aku, ada sape2 nak ikut tak??? meh join...tadi lembu untuk korban sok terbalik arr...depa call aku suruh call driver back hoe mai angkat, camna leh jatuh ek, lembu tu buat cubaan melarikan diri ek...?? aku tak p tengok pun malas arr panas2, lembu bos aku gak le tu jual untuk korban, minggu nie sibuk pasal lembu korban arr. kenapa aku tak cite travel aku ke johor ek...aku bukan p johor je, sempat p korea lagi tau, nanti aku tunjuk gambar k, leh caye ke aku p korea heheeh... nantikan kemunculan cite travel aku k, tak dak idea nak menulis n kesuntukan masa 2pasal tak tulis lagi....muhammad adam haris i mis u...muahhh...( anak buah aku le ) :p

.:viWy_gurLisH:. - GIVE AWAY

 Tetiba je aku join kan, aku kan spesis malas sikit, tengah dok cari2 handbag yang menarik ternampak lak GA nie, so ape lagi join arr...dah tu penaja nak bagi untuk 10 orang, best kan untung2 leh gak merasa bag free kan, lagipun syarat dia mudah je. so aku join arr. korang pun join gak tau, aku dah usya2 bag yang aku berkenan kat citu, harga pun ok gak, penghantaran free lagi, suka2 hehehe...

JOM BERKENALAN NGAN PENAJA

.:viWy_gurLisH:. - GIVE AWAY




Photobucket






 antara hadiah2 utk 10 bloggers terpilih...





Kata-kata penaja

TERM & CONDITION GIVEAWAY :-

- mesti jadi follower Viwy Gurlish
- wat special post mengenai give away ni n tinggalakn link kt komen post ini..
- letak banner kt sidebar (Banner tuh pic viwy gurlish yg kat atas sekali tuh ek)
- hadiah tajaan viwy gurlish..
- tag 2 org rakan blogger anda.

senang kan????JOMMMM JOIN!!!!!
DUE DATE PADA 26/11/2010

Kat sini aku nak tag semua followers yang baca en3 nie k. kalau aku tag individu cam terpaksa lak orang tu join kan, so sape2 nak join KLIK SINI K

Mee Bandung Asli Muar - jom cuba

 BAHAN-BAHAN

1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan Secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)  


 CARA

Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.

Pijarkan minyak dalam kuali

Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing

Masukkan sos tiram

Masukkan udang, daging rebus

Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat 


 CARA HIDANGAN

Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)

Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)

Panaskan dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.

Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan

Masukkan kedalam mangkuk leper, telur diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.

Hidangkan.



 

SUMBER DISINI
 

apa yang korang faham tentang Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji ?

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.


Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
 
Di petik dari Wikipedia

cuti raya haji takan sehari je kot ek

Assalammualaikum.... dan selamat pagi....yeahhhh sok raya..korang cuti berapa hari ek? aku tengok dalam kelender 2 hari, tapi kan tak termasuk penang rupanye...so cuti sehari je la kan. sebab xpuas hati lagi, msg my bos lak tanya cuti berapa hari...waaaaaa dia tak jawab pun, dia jawap soalan lain je, bab cuti dia tak jawap pun. tapi tak kisah le cuti sehari pun kan. tahun2 lepas cuti banyak hari gak... mungkin petang nanti baru dia jawap kot huhuhu...beria-ria je aku nak cuti banyak hari kan, padahal sama je aku cuti ngan tak cuti pun, aku still balik umah bezanye ari cuti aku tak online, banyak lak keja umah kena buat, keja lagi bagus dok relax heheheh.

Monday, November 15, 2010

testing banner GA sat ek





Photobucket


ngidam asam dari penang...



aku beli 10 bungkus asam, ada orang kat johor tengah ngidam nak makan asam dari penang, so aku p beli le untuk di pos ke johor, masa aku p johor ari2 aku bawa asam nie untuk makan atas keta, masa sampai umah mak mentua abang aku, ada balance lagi, kebetulan kak long kakak ipar aku tengah alah mengandung, so dia tak lalu makan apa2 mulut rase pahit je kalau makan, mak aku pun bagi la dia asam. kemarin dia msg aku tanya pasal asam tu, dia cakap sedap sangat,,,selamat dia ngidam benda senang nak cari kan hehehhe...sebenarnye aku pun tangah confuse gak tadi cari asam yg mana aku beli ari2, banyak asam lak tadi masa aku dok cari2. tapi rasenye yang nie kot, asam nie xmasam sangat masam2 manis. buat nye silap cian lak kat ibu mengandung yang sorang tu heheheh....harap2 betol le ek.


nak tengok hadiah GIVEAWAY  aku tengok SINI

sape nak hadiah nie...???



Assalammualaikum dan selamat pagi...cantik tak, ada sape2 nak tak?? aku nak bagi untuk pemenang pertama giveaway aku untuk katogeri pengomen terbanyak...tapi bukan colour yang atas tu ek, yg nie aku guna untuk bilik aku, yang aku nak bagi tu colour merah, cantik tau, aku beli masa travel ke johor, mesti singah air itam, suka sangat shoping kat c2. tengok gambar kat atas cam tak menarik sangat kan, tu sebab camera hp aku yg tak elok,tu pasal nampak camtu...waaa nak beli hp baru....nak tirai nie tunggu kemunculan GIVEAWAY AKU EK...dalam proses pembikinan....