ramai tol yang cari key word pasal anak tudung dhia pakai semalam kan episod akhir, rasanya lebih kurang cam anak tudung kat atas nie, so kepada yang tengah mencari anak tudung tu korang leh beli dekat
Friday, December 30, 2011
mengharap sinar 2012
Assalamualaikum....tinggal 2 hari kita akan meninggalkan 2011. then 2012 pula muncul rasa cepat tol masa berlalu tapi aku still tak berlaku perubahan apa2 lagi dalam hidup. kadang-kadang aku rasa napa susah sangat aku nak melepasi satu fasa baru, sungguh tak faham bila dibandingkan dengan orang lain, dah cam kena sumpahan lak family aku. tapi kalau Allah tak izinkan semua benda takan jadi kan. apa yang boleh buat just bersabar dan tawakal je. Harap tahun 2012 akan lebih baik dan berlaku perubahan yang besar dalam hidup aku dan adik beradik aku yang lain. semoga tahun 2012 kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t.
p/s : sebenarnya bosan tak taw nak tulis pe. Selamat Tahun Baru 2012...yeahhh cuti 3 hari tapi yang tak best gaji lum dapat, kena sabar lagi nak shoping, dugaan2...:)
Tuesday, December 27, 2011
Friday, December 23, 2011
kad kredit untuk orang yang tak dak duit je?
Sapa setuju ngan pendapat aku? cepat angkat tangan heheheh....uiks mesti ramai yang marah ngan kenyataan aku kan. betol pe kan dengan mengunakan kad kredit menggalakan kita berhutang, padahal berhutang tu tak baik ok. orang yang ada duit guna kat debit je :p.
walaupun korang cakap korang mampu bayar hujung bulan, setelah tolak hutang..tengok2 duit gaji tak cukup lagi, hutang lagi sebab tu ramai yang muflis pada usia muda, sebab belanja melebihi kemampuan, kadang2 benda tu semua bukan keperluan pun kan just kehendak.
kalau nak guna kad kredit jugak, just guna 1 je, tu pun guna waktu terdesak sangat dan untuk perkara yg betol2 penting. paling bagus jangan ada kat kredit lansung, so senang nak manage kewangan sendiri dan berbelanja ikut kemampuan.
p/s : zaman dah berubah orang tak pakai kad kredit lagi, orang pakai kat debit je he3...setiap masalah pasti ada jalan keluar yang terbaik, sila jauhi kad hutang ini he3...katakan TIDAK...dah cam kempen tak nak merokok lak kan.
kadang-kadang menangis itu lebih baik
Assalamualaikum...dan selamat hari Jumaat, semoga kita semua berada dalam redha Allah s.w.t
korang pernah alami tak situasi yang macam nie, tiba-tiba kepala jadi berat, sampai nak berfikir pun rasa jem hati berdegup tak senang hati. sebab apa jadi camni, mungkin sebab banyak berfikir atau tekanan dalam diri atau tekanan dari orang lain.
cara penyelesaian paling baik adalah dengan mendekatkan diri pada Allah dengan mengaji dan berzikir dan lepas buat semua tu korang rasa nak menangis ok tak pa teruskan menangis ini kerana korang akan rasa lega bila menangis. pastu comfim tak nak kuar bilik kan hehe...tido terus je then bila bangun pagi sok korang akan rasa segar dan lega sangat. dan perlu banyak berfikiran positif :)
nie anak buah aku yang kedua baru lahir je 30/11/2011 mohamad adam wafiy
adik kepada mohamad adam haris.
nie le abg long ( muhamad adam haris) beza setahun ngan adik dia
by the way thank's to Allah atas kurniaan dua cahaya mata nie, pas nie aku tak bosan lagi dok umah sebab ada adam n wafiy diorang akan pindah balik penang ujg minggu nie. akhir abg aku dapat tukar jugak alhamdulilah.
Thursday, December 22, 2011
tak cuba rugi - murah je
kemarin aku p kedai sorang akak nie, dia bagi aku cuba produk baru, keluaran muslim dijamin halal lagi ok. aku dapat le 1 peket untuk cuba. dah free ambik je lah kan he3...produk baru nie nama dia Bio Prune. sama le fungsi dia macam InnerShine- bery & prune tu.
yang best pasal BioPrune natural mengandungi khasiat vitamin A,C dan E,potassium, kalsium dan serat fiber yang tinggi. Manfaat ini juga disokong oleh khasiat buah manggis, Ekstrak Aprikot dan cuka Epal dengan kombinasi sunnah iaitu madu dan dan habbastussauda.
jus pelengkap istimewa untuk semua
Bioprune Natural :
Membantu Melawaskan Pembuangan Air Besar , Mencantikkan Kulit / Wajah Berseri-seri , Membantu Mencegah Sel Kanser (B17) , Membantu Melawan Penyakit , Kaya dengan Antioksidan , Membantu Masalah Hyportension (Tekanan Darah Rendah) , Baik Untuk Kandungan Bagi Ibu Yang Mengandung Kerana Kaya Dengan Vitamin , Baik Untuk Mata / Silau
1 pc = 10ml
aku dah minum 1 paket nie, buka dan terus minum je. cara minum nie masa perut kosong, sebelum sarapan pagi dan sebelum makan malam. By the way aku pun cam tak caya baru minum 1 peket je, cepat tol efek dia...masa tengah hari tadi nak siap p keja nak pakai bedak, pesal muka aku nampak lembab then masa nak pakai bedak just sapu sekali dah ok. ..ok pas nie nak beli sekotak lah baik untuk kulit n mata gak, aku kan rabun huhuhu
rasanya harga nie murah dari innershine dan efek dia cepat, jangan risau bahan2 dia buah-buahan je.
HARGA : RM 45.00 SEKOTAK, ADA 25 PC
KEPADA YANG NAK CUBA DULU BOLEH BELI 10 PC DULU = RM 20
PM DI FB OR 019-4290584
p/s: akak tu cakap baki minum tu try sapu kat muka, jadi tegang. tapi aku tak buat sebab aku minum kat ofis.
Wednesday, December 21, 2011
best jugak drama vanila coklat
Tarikh mulai siaran: 20 Disember setiap hari selasa jam 9.00 malam
ampa tengok tak drama nie semalam, aku tak tengok pun semalam, pagi tadi baru tengok siap downloads lagi he3..malas nak tengok semalam nanti kena tuggu iklan lama. seminggu sekali je drama nie. by the way menarik gak cite nie ada komedi skit.
SINOPSIS DRAMA CINTA COKLAT
Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara dan Aamir yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Zara dan Aamir saling membenci antara satu sama lain dan sering berselisih faham memandangkan Zara merupakan pelajar cemerlang manakala Aamir pula dilabel seorang kaki perempuan.
Liana, rakan sekelas Zara menganggap Aamir adalah hak miliknya. Liana sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka seperti bercinta. Liana juga seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Berlainan dengan Zara yang mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, jejaka yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.
Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka. Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.
Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.
Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.
Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.
Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?
ikan operate
pernah dengar tak ikan operate, sebelum nie aku tak pernah dengar pun, nie pun sebab aku terbaca kat blog masakan mana thah tak ingat, ke kat blog mat gebu kot hik2...aku panggil ikan belah belakang je. dalam perut ikan tu sumbat cabai kan, ada setengah orang suka letak kelapa parut pedas n lain2 lagi lah.
aku paling suka bila mak aku yang buat, cabai dia sedap lain macam he3...air tangan mak le katakan.
Tapi yang dalam gambar nie versi aku yang buat, ikut selera sendiri he3...
kesedapkan ikan nie terletak pada cabai dia kan, aku suka manis pedas,jom tengok resepi mudah
masak cabai sampai kering camni
Bahan-bahan ikan belah belakang
ikan cencaru ( dibelah tepi )
cabai kering yang dikisar
bawang besar ( dipotong )
terung ( dipotong dadu ) * kalau ada
cara masak cabai
- Tumis bawang putih sampai garing
- masukan cabai kering yang dikisar, biar sampai masak dan pecah minyak.
- masukan bawang besar dan terung, letak gula, garam dan kicap. masak sampai kering.
cara mengoreng ikan
- letak garam dan kunyit atas ikan
-sumbat cabai yang siap di masak tadi dalam perut ikan
- goreng ikan dalam minyak panas
# Tips ikan masak sempurna- goreng ikan dalam api yang perlahan sehingga garing.
ini disebabkan ikan cencaru kulit tebal, api yg terlalu kuat leh hangit tapi isi tak masak.
Tuesday, December 20, 2011
bayar bil di BSN boleh menang myvi baru
kampen sampai 31 disember 2011 nie je...kena isi form untuk join...sapa2 yang yang ada bill atas nama sendiri leh le join. aku memang p bayar bil kat c2 tapi bukan atas nama aku pun. so tak leh join pun...
Kerabu mangga
sekarang nie musim buah pelam kot, ada mangga lebih dalam peti ais, aku dengan rajinnya buat kerabu pada hari cuti. sebenarnya aku beli buah pelam nie 2 biji untuk buat menicah, sebiji je aku buat menicah tu pun seminggu baru habis he3... then ada lagi sebiji, teringin lak nak makan kerabu. sapa nak resepi kerabu mangga tengok bawah ok
RESEPI KERABU MANGGA ( cara aku )
*1 biji buah mangga / pelam
*bawang besar
*5 biji cili padi/ cabai melaka
*buah tomato
* daun jangus
# udang kering
# belacan
yang bertanda * potong halus memanjang
yang bertanda # tumbuk
gaul semua bahan * # letak bahan perasa garam dan gula
selamat mencuba \(*_*)/
Friday, December 16, 2011
Zhifilia – Menunggu (Aishiteru)
Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…
*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan
reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru
Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali
kembali ke *)
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…
*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan
reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru
Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali
kembali ke *)
ada apa dengan purple?
sebab ternampak iklan yang kat belah kanan tu ada kaler purple terus klik tengok pe benda, kaler tu yang menarik perhatian hik2.. Just Klik
Thursday, December 15, 2011
tudung cantik di JELITASARA.....
dulu aku tak berkenan tudung express camni, maybe sebab desing dia biasa je kot, tapi bila tengok tudung fesyen camni dekat jelitasara terus jadi suka n teringin nak pakai, sekali tengok harga...erkkk xnak beli rasa cam nak buat sendiri je he3...padahal tak reti pun jahit renda dia, aku berkenan dekat renda2 tu je hik2
.
kebetulan satu hari tu aku p pasar malam then terjumpa tudung ala2 cam bawah2 nie terus beli, murah lak tu je, kalau ikut harga dekat jelitasara leh dpat 3 helai ok...so beli kat pasar malam je lah tapi kualiti biasa je lah n tak dak jenama yg penting murah kan then leh tukar2 selalu.
TAPI bagi yang mementingkan kualiti dan jenama korang harus beli kat JELITASARA, desing dia cantik dan xclusive, cantik sangat, teringin gak nak cam kat sini, tapi rasa tak berbaloi lak nak beli tudung mahal2 he3.. salah satu faktor tudung nie nampak cantik sangat adalah disebabkan model yang pakai tudung tu pun cantik gak...
aku pun ada tudung biru camni gak
Wednesday, December 14, 2011
dah mula suka dengan LIFEBUOY
kredit utuk gambar
www.mywomenstuff.com
aku dah mula jatuh cinta ngan body wash dari lifebuoy, yang tudung botol kaler merah tu lagi wangi dari lain, rasa cam nak makan hahahah....dan yang paling best dia melindungi kita dari kuman, cam yang selalu iklan tu.
dulu2 aku tengok iklan nie aku ingat produk ni mahal, memang mahal kalau beli yang botol kecil, beli botol paling besar, tak mahal mana pun, dekat tesco sekarang tengah buat offer rm 14.90...tapi aku dah terbeli lebih awal kat tempat lain rm 16.90....botol paling besar baru berbaloi. selamat mencuba :)
p/s : gambar kat atas tu botol kecil
Tuesday, December 13, 2011
melabur 1gram emas dalam maybank
akhirnya aku dapat juga buka acc nie he3...setelah berfikir panjang pastu rasa rugi tak buka awal2 lagi.
dari awal tahun lagi aku dok surve pasal benda alah nie, n macam2 pendapat orang bagi, klau masa tu aku buka acc gold nie harga emas rendah lagi, tapi orang cakap baik beli barang kemas lagi bagus so aku pun beli lah gelang tangan.
masa mula2 acc nie keluar kita kena deposit 5gram tapi hari nie aku p, maybank dah tukar 1 gram pun dah boleh buka acc, so lagi mudah nak melabur kan, sikit2 lama2 jadi bukit. aku melabur berapa gram;;;rahsia2 he3.
bagi aku maybank adalah bank yang terbaik untuk melabur sikit2....ada duit je leh beli 1,2 gram dulu...kalau bank lain 20 gram keatas untuk permulaan.
sebenarnya aku tak lah berapa faham sangat pasal pelaburan jual beli nie, yang aku taw aku nak simpan je.
kalau korang nak buka acc gold nie sila rujuk emas semasa di web maybank ok. untuk hari nie harga dia RM 172.99/g pada kol 1:16PM tapi masa aku buka acc tadi dalam kol 11 A.M lebih dapat harga nie
RM 172.12 ada beza dekat sen tu aku pun tak faham huhhuhhu...Korang hanya akan dapat taw harga sebenar emas kt kaunter je.
kalau aku jual ( ambil duit) dalam bulan nie gak rugi ok sebab harga dia rendah dari aku beli RM 165.92...bulan akan datang harga jual baru tinggi so masa tu baru sesuai untuk jual.tapi aku nak simpan je....tak nak usik pun saving nie...maybe one day bila terdesak baru gunakan, tu pun kena pasti kan harga jual tu lebih tinggi dari harga beli sekarang kan, baru untung.
kalau korang pening apa aku tulis nie sila RUJUK SINI
p/s : mari buka banyak acc, untuk masa depan anda he3...kalau aku ada banyak duit memang nak buka yg acc gold AGRO BANK, tapi sebab aku tak banyak duit maybank lebih sesuai untuk menabung emas.daripada nak kumpul2 bagi ckup harga emas dah naik lagi tinggi so Maybank pilihan aku.
Friday, December 9, 2011
Thursday, December 8, 2011
REVIEW VEIL - BATCH 2
untuk TEMPAHAN 019-4290584 @ PM FB
Terima Kasih kepada Jamilah kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menyiapkan veil persandingan beliau. Selamat pengantin baru :)
Friday, December 2, 2011
coming soon review..
frame gambar-by Quilling
guestbook ( kat tengah tempat letak gambar pengantin)
veil persandingan softpink
p/s: minggu depan baru leh review semua nie majlis berlangsung ari sabtu dan isnin nie...
Wednesday, November 30, 2011
BUBUR ASYURA UTARA
- hari ini dah 4 muharram-
korang perasan tak bubur asyura nie akan dibuat pada hari tertentu je kan. biasanya bubur asyura akan dibuat pada 1- 10 muharram. kita digalakan berpuasa sunat pada 10 muharram (6/12/2011 selasa) dan pada hari tersebut biasanya ramai yg masak bubur asyura. membuat bubur asyura bukanlah perkara wajib yang dituntut. ia sekadar manisan yang dibuat untuk menjamu ahli keluarga dan disedekah kepada jiran tetangga.
bubur asyura dah jadi cam perkara wajib lak bagi sesetengah kita kan, sebenarnya dalam al-quran dan sunnah nabi tak sebut pun pasal bubur asyura. Tapi kalau nak buat pun tak salah, dengan membuat bubur asyura kita boleh menjamu orang yang berpuasa dan bersedekah pada hari tersebut, dan pahala memberi makan orang berpuasa pada hari tersebut sama seperti memberi makan kepada semua umat muhammad. satu hal yang berkait dengan hari asyura ialah Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.
untuk info lebih lanjut KLIK BAWAH
Kuih ini harus dikacau lama di atas api agar ia tahan lama dan cantik.
RESEPI BUBUR ASYURA
Bahan-bahan:500gm tepung beras
250gm kacang hijau
250gm kacang merah
4 ketul ubi keledek - dipotong dadu
1 sisir pisang raja
1/2kg nangka
2 biji jagung - diambil isinya
4 ketul gula melaka
4 helai daun pandan
500ml santan
Cara memasak:1. Masukkan tepung dan santan ke dalam kuali dan kacau sebati.
2. Keluarkan dan masukkan santan dan garam. Gaul sebati
3. Setelah agak sudah lembut, masukkan jagung, nangka, dan pisang satu persatus.
4. Kemudian masukkan gula melaka dan kacau hingga masak di atas api perlahan.
5. Angkat dan sejukkan di dalam loyang.
250gm kacang hijau
250gm kacang merah
4 ketul ubi keledek - dipotong dadu
1 sisir pisang raja
1/2kg nangka
2 biji jagung - diambil isinya
4 ketul gula melaka
4 helai daun pandan
500ml santan
Cara memasak:1. Masukkan tepung dan santan ke dalam kuali dan kacau sebati.
2. Keluarkan dan masukkan santan dan garam. Gaul sebati
3. Setelah agak sudah lembut, masukkan jagung, nangka, dan pisang satu persatus.
4. Kemudian masukkan gula melaka dan kacau hingga masak di atas api perlahan.
5. Angkat dan sejukkan di dalam loyang.
kredit : untuk resepi dan gambar
Tuesday, November 29, 2011
dapat offer dari U MOBILE
Assalamualaikum.....pagi nie mai keja, tengok ada surat bawah pintu, aku pun baca le tulis apa, tulisan tangan guna A4...sapa suruh datang ari Ahad ofcoz tak dak orang, dalam surat tu dia cakap nak sewa tapak ofis untuk letak pencawang Umobile ada sekali no hp suh contat dia balik.
aku pun call le my boss tanya nak bagi tak, bos aku cakap dia tak nak sebab radioaktif. diorang nak bayar sewa rm 1000 sebulan. kalau ada umobile belah cini pun ok...harga broadband leh tahan murah gak. diaorang kena cari tempat lain le camtu.
UNTUK MELIHAT PAKEJ MANARIK DARI U MOBILE KLIK SINI
Monday, November 28, 2011
sekian lamanya baru boleh dapat 5 star
lama tol baru dapat, tu pun dekat leaderboard je ( alhamdulilah) hal ini kerana aku sangat lah malas meng update blog hehehe... lain2 tu still 3 lagi. sebenarnya tak taw pun fungsi bintang tu.
p/s : isnin cuti lagi kan semua, hari cuti lagi lah aku tak update blog he3...autopublish tiba2 terbuat :p
Friday, November 25, 2011
tak payah p pejabat pos lagi- BSN kan dah ada
Sebelum nie kalau p bayar bil2 aku selalu kena p pejabat pos, separuh mati gak lah nak melintas balik kan, ngan kecut perut semua ada. jalan tu banyak lori2 besar dan traler antara jalan tersibuk lah kat c2.
asal ke p bayar je aku liat giler nak p dah tugas kena p jugak kan he3...Sekarang tak payah risau tak payah melintas jalan sibuk tu lagi, sebab BSN ( Bank Simpanan Nasional) baru buka dekat kawasan aku, semua bil2 boleh bayar dekat Bsn je...just ambik no je, tak yah isi borang pun. orang pun tak ramai.
BSN tu pulak sebelah ngan KFC, AYAMAS DAN KEDAI2 untuk shoping2...suka-suka he3. see dekat kg aku ada kfc dan ayamas lagi tu...jangan tak percaya hahaha
p/s: tapi bila nak pos barang kena p pejabat pos gak :p
DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH
Assalamualaikum... hari ahad nie merupakan 1 muharam 1433 (27/11/2011) so kita baca doa akhir tahun pada sabtu petang ( 26/11/2011 ) selepas waktu Asar dan Doa awal tahun selepas waktu mahrib pada hari yang sama.
kebanyakan semua masjid di tempat kita akan buat majlis nie, bagi sapa2 yang berpeluang pergi masjid p le ramai2 ok, boleh buat secara berjemaah, setahun sekali je kan. insyaallah sabtu nie aku nak p.
bagi yang tidak berkesempatan pergi masjid, korang boleh je baca doa akhir tahun dan awal tahun dirumah.
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram ( HARI ASYURA )
10 Muharram adalah disunatkan berpuasa. ( 6 /12/2011)
Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
1. Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram
Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali (Ap abi la sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu” kita berdoa di dalam hati tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak. Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum.
2. Puasa sunat pada hari 9 Muharram (Tasua’) dan 10 Muharram (Asaura). Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah.
3. Menyapu kepala anak yatim. Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan. Allah akan mengangkat darjat kita.
4. Memberi makan kepada orang yang berpuasa. Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.
5. Mandi sunat. Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit.
6. Menziarahi rumah orang alim.
7. Menziarahi orang sakit. Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam
8. Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.
9. Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata
10. Menziarahi kaum keluarga
11. Mengerat kuku
12. Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali. Allah akan memandang dengan belas kasihan.
13. Sembahyang sunat 4 rakaat – 2 salam (2 rakaat x 2). (Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala) Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat. Allah akan mengampunkan dosa 50 tahun yang lalu
14. Banyakkan bersedekah. Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700.
15. Beri makan/pakaian kepada fakir miskin. Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga.
16. Berzikir (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali
sumber SINI
Wednesday, November 23, 2011
berilah barang yang berguna....
sekarang kan musim orang kawin so en3 aku pun berkisar kearah tu sekarang, camna thah aku jadi bidan terjun dalam menyediakan persiapan perkawinan lak sekarang, rezeki orang kawen, fikir2 balik y not i buat bisnes kedai pengantin je kan hehehe....bisnes secara online je.
setakat nie aku ada 2 produk je yang berkaitan perkawinan
-menerima tempah menjahit Veil
dan
- menerima tempahan doorgift bodyscrub
Bercakap pasar doorgift mesti ramai yang pening nak cari barang apa yang sesuai kan, bagi aku le kan y not kita bagi barang yang berguna dan boleh dipakai oleh tetamu kita, sebagai contoh bodyscrub ( ciss promosi barang sendiri hehehe) AKU TENGAH BUAT PROMOSI NIE RM 1 JE KLIK SINI
Selain tu korang leh bagi uncang tea ke, leh gak minum 1 family lagi hehe...pendek kata barang yang berguna lah dan ada fungsi ok.
Tahun depan Insyaallah aku nak hasilkan produk baru untuk IZYANTY COLLECTION SPA....produk baru nie nanti leh buat doorgift gak taw. yang pasti produk baru tu nanti bahan asas dia bahan semulajadi. sekarang aku nak buat exprimen dulu......bila dah siap nanti insyaallah aku akan bgi sample PERCUMA.
Tuesday, November 22, 2011
tips gambar perkahwinan nampak cantik
i1.pemilihan baju yang terang/ kontra
kenapa perlu baju yang terang lak, padahal ada yg suka colur yang soft je kan, penting taw baju yang terang bila dalam gambar nampak cantik dan menyerlah.
kalau yg soft kontra kan baju korang sekali ok kalau semua kaler sama tak nampak menarik sangat, cuba match kan 2 kaler, kalau boleh veil jangan sama ngan kaler baju, baru leh nampak kecantik veil tu kan.
2. pemilihan kaler pelamin
kalau u all pakai baju pengantin biru pelamin tu jangan le banyak biru lak, nanti bila tangkap gambar pengantin tak nampak, kaler dah sama, so gambar pun tak cantik huhuhhu...
3. pemilihan make-up
pemilihan make-up nie penting jugak taw...apa beza make-up murah dan mahal, serius banyak beza rupanya...sebelum nie aku tak taw sangat pun, nie hasil pemerhatian aku je.make-up yang mahal sikit tu ada teknik tersendiri, leh ubah rupa lak tu, kalau pipi tembam leh bertukar jadi slim je, then pengantin nampak cantik je dan berseri2.
dan satu lagi kalau nak make-up u all nampak berseri jangan le dok meke-up tebal dan berlebihan sangat,2,3 bulan sebelum majlis korang. korang perasan tak artis bila kawen nampak biasa je kan gambar kawen diorang tu sebab kita dah selalu sagat tengok diaorang make-up....seri tu dah tak ada.
4. pemilihan juru photo
sila upah juruphoto yang menghasilkan gambar yang cantik2, camna nak buat pemilihan ek....buat server dulu dekat internet baru pilih yang terbaik n murah huhuhu...
p/s: 3 yang kat atas tu sangat penting ok...nie atas pemerhatian aku je. kalau ada nak tambah boleh komen kat sini ok
gambar sekadar hiasan ini bukan gambar op k, digital je so tak berapa cantik
UNTUK TEMPAHAN VEIL KLIK SINI
HARGA MURAH DARI BIASA
gambar dr Op
Subscribe to:
Posts (Atom)