Showing posts with label BILA SAYA RAJIN MEMASAK. Show all posts
Showing posts with label BILA SAYA RAJIN MEMASAK. Show all posts

Friday, June 7, 2013

masak ala Restoran seafood


Assalammualaikum....

hari minggu bila thah,kemain lama baru nak post...huhu percaya tak aku masak semua nie...tak percaya le 2 kan...
of coz aku tak masak semua tu, aku masak 3 jenis je,2 jenis lagi akak ipar aku masak tapi dia tlong masak part aku gak goreng sotong  tepung ( aku buat bancuhan tepung je )




 yg ni k.ipar aku masak sedap bangat nie chili crepe teringat2 sampai sekarang.




ikan siapkap stim pun akak ipar aku masak.sedap lah cam kat kedai je


   tomyam aku masak guna pes adabi, pes nie paling sedap..tips untuk sedap kena letak banyak2  baru sedap, aku tak lah gigih sangat nak buat pes sendiri, taw kan aku pemalas.....tomyam nie walaupun guna pes segera kena ada skill gak untuk buat dia sedap taw...bukan hanya bergantung pada perencah semata-mata kita kena pandai mix ngan bahan lain, dan setiap orang masak guna bahan yg sama tapi rasa tak sama. nak sedap masak ngan kasih sayang hahah....Over tak aku punya penerangan huhuhu sila tambah air limau dan cili padi sama ok...
                                       


siakap 3 rasa, nie aku main masak je...tak ingat resepi pun...janji jadi 3 rasa

sotong goreng tepung...aku guna tepung jagung tambah oat untuk bagi rangup...yg tak bestnya sotong suka meletup sib baik bukan aku yg goreng...dan dpt 1 mangkuk je sebab meletup-letup..thanks k.ipar take over goreng hehehe..


bajet rm 100 je beli bahan-bahan, tu pun ada extra yang tak masak lagi...ketam dalam 17 ekor gak lah dpt..boleh  2 kali masak lagi yg extra tu taw...kalau makan kat kedai dalam rm 200++ dah kan..

Wednesday, February 6, 2013

Resepi : sotong goreng tepung crunchy



Assalamualaikum...sapa peminat makanan laut yang dicelup tepung leh cuba resepi nie. serius sangat senang of coz lah aku kan pemalas, masak yang simple2  dan barang yang ada dlm umah je. sebenarnya aku tak suka pun sotong, sebab selalu makan kat kedai tak sedap pun. so di hari cuti yg hening itu, akan ngan tak berapa ikhlas nak masak hahah...fikir pnya fikir nak buat apa ngan sotong so dpt idea buat goreng tepung letak oat, kenapa oat sebab nampak 2 balang oat kat umah tak terusik nak makan tak lalu so reka resepi sesuka hati he3..Rasa dia boleh tahan lah sedap yang penting ranggup sampai confuse makan sotong ke keropok...ayat over kan puji diri sendiri huhu..tapi kan akak aku yg cerewet bab makanan cakap sedap kira sedap arr kan. :p

meh aku kongsi resepi mudah


sotong dipotong bulat-bulat

Bahan untuk bancuhan tepung

6 sudu tepung beras
4 sudu oat
 sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk kunyit
air garam

cara :
masukan tepung beras, oat, serbuk lada hitam dan air garam, bancuh sehingga pekat last masukan serbuk kunyit untuk warna. bila bancuhan dah sebati dan pekat gaul sotong dalam bancuhan tepung tadi. so goreng bila minyak dah panas. ok mudah kan.

p/s : aku masuk lauk lain gak hari tu, tapi nie je aku nak kongsi he3,

Tak pe tak pandai masak pun yang penting kena rajin dan tak pentingkan diri sendiri ok. Kenapa aku cakap camtu sebab kalau kita pandai masak pun tapi kita malas, still tak masak gak kan. lain lah kalau sibuk, ari cuti kalau ada masa boleh masak kan, apa yg penting bila kita masak adalah air tangan tu yang akan mengeratkan hubungan keluarga dan kasih sayang taw.
kita masak untuk makan ramai2...kalau kita fikir perut sendiri tak payah masak pun xpa kan. so kalau tak pandai masak ditambah malas itu yg jadi masalah :p. kalau tak pandai masak tapi rajin kita akan ada inasetif untuk belajar dan cari resepi. dalam internet nie macam2 ilmu kita boleh belajar, bab masak nie belambak2 kot just malas n rajin je kan....ok...selamat mencuba, kan aku dah membebel banyak2...masalahnya  org yg aku nak bebel tak baca pun blog aku, sound direct mau gaduh nie hahha....so merugut dlm hati je lah.

Friday, October 19, 2012

Resepi spaghetti rahsia atok kita dari eropah :p






















Assalammualaikum...selamat hari jumaat. sapa suka makan spaghetti leh cuba resepi senang je kot main campak2 je. tadi adik aku minta resepi rahsia atok kita dari eropah taw, poyo tak letak atok kita yg dok kat eropah tu, minta lah sendiri kan hahahha...percaya tak kita ada atok yg dok kat eropah tu?...ok sila jgn pencaya :p.

sebenarnya aku masak tak ikut resepi bila ada bahan baru aku reti masak, nie resepi aku ingat2 lupa apa yg aku masak. by the way resepi kat bawah nie adalah resepi tekak orang melayu. aku tak suka sangat makanan wasten nie, cam biasa masak bila ada orang request.




Bahan

1 paket spaghetti 
Air

Cara-cara


1. Panaskan air dalam periuk. Bila mendidih masukkan  sedikit garam, minyak masak dan spaghetti.

2. Spaghetti direbus hingga lembut kemudian toskan ( minyak masak dimasukan untuk mengelakan spaghetti melekat ok )


Bahan-bahan

500gm daging kisar ( beli kat tesco )
1 tin besar pati tomato (puree)
1 tin air (gunakan bekas puree tomato tadi)
4 biji tomato -dipotong dadu

1 biji cabai cameron hijau/oren- dipotong dadu
10 btg sosej -dicincang dadu kecil

1 tin cendawan butang -dipotong 

garam (ikut citarasa masing-masing)
5 sudu makan tomato sos
2 sudu makan sos cili

4 sudu cili belender


cara masak :

1- panaskan minyak, tumiskan bawang kecil dan putih, dah wangi masukkan cili belender biar sampai pecah minyak.

2- masukan daging kisar dan sosej...gaul rata masukan tomato puree dan sedikit air, masukan cendawan butang, biar sampai mendidih masukan tomato n cabai cameron yg dipotong dadu, sos tomato, sos cili dan garam,sedikit gula. 

3-ok siap cuba rasa dah cukup masam n masin belum, kalau tak cukup masam tambah sos tomato lagi. resepi asal ner ada letak cili belender pun kan, saja nak letak sebab tekak org melayu nak pedas gak hahahah

Wednesday, August 29, 2012

kek coklat moist just kukus



Tahun nie aku sangat rajin buat kek masa raya, tahun2 lepas kek coklat beli je, tapi sejak harga kek naik ngan mendadak pastu rasa lak kureng coklat terus tak nak beli dah, nak buat sendiri. nasib baik jumpa resepi paling senang dan mudah.

sapa2 nak buat kek untuk open house or raya haji nanti leh cuba resepi nie ok KLIK SINI

Friday, August 10, 2012

Dah berjaya buat puding karemel tapi...


Assalammualaikum....ahad lepas buat puding karemel banyak sangat orang dok post pasal puding nie, tengok cam sedap, aku memang tak pernah makan pun sebelum nie. so carilah resepi paling senang nak buat n then jumpa, aku buat time dekat buka puasa ok,  kelam kabut gak lah sebab petang tu p shopping kain buat veil. balik pun dah 6.30ptg, tapi sempat je masak siap buat mee kari lagi taw, sapa cakap masak tu susah, senang n cepat je taw. so dalam masa yg terhad aku dpt siapkan 2 masakan he3... y semua benda aku yg buat bajet cam orang penting je kan...hahahah...harap2 pas ni akak n adik aku tu leh pandai masak huhuhu...tak suka ok aku sorang dlm adik beradik yg reti buat semua keja perempuan huhuhu ( asyik jadi asst aku je next year tukar ek :p ). by the way aku tak suka buat keja berat hahah...so adik n akak aku akan take over :p...balance kan..

eh sebenarnya nak cite pasal puding karemel tapi ada sesi luahan perasaan lak kan, isk2..dari segi rupa n bentuk semua menjadi ok. Tapi bila aku rasa, tak kena ngan taste aku rupanya....wah puding nie sangat manis rupanya, aku tak suka benda manis so tak memenuhi selera aku pun. maybe kalau nak buat lagi leh kurangkan gula ke pada 1/2 cawan je kan. makan sejuk2 sedap gak sebab dia lembut cam taufu fah, ke letak gula merah lagi sedap kot, leh cuba nanti.


kat bawah nie resepi paling senang n jimat masa aku rasa.




PUDING KAREMEL
bahan2 :

untuk puding

1- telur 3 biji
2- susu cair ( 1/2 tin je sebab nak buat sikit )
3- esen vanila ( 1 sudu kecil )
4- tepung jagung / kastard ( 1 sudu. klu lebih nanti puding keras )

gula hangus

1 cawan gula ( 1/2 cawan pun dah ok, tak terlalu manis sgt )
sedikit air ( lebih kurang secawan )


Cara2 :

1- Bahan2 untuk puding di blender - ketepikan

2- masak gula dengan api perlahan , bila gula mula cair masukkan air sedikit demi sedikit
( perlu kesabaran ye kawan2 sebab awal2 gula akan berketul.. API SLOW ye )

3 - bila gula dah hancur , cair sampai kaler perang ,tutup api 
( jangan lelama sangat sebab nanti rasa gula hangit time makan )
then boleh masukkan gula hangus dalam loyang

4 - masukkan puding yang di blender ke dalam loyang

5- kukus puding dalam 15-20 minit



p/s resepi nie aku ambik kt blog sapa thah, tak sure nak kredit pun sebab aku copy resepi  yg senang2 pastu simpan kat word, bila bulan puasa baru aku buka he3... tuan punya resepi harap jgn marah ek :)...

Friday, June 29, 2012

RESEPI -Mee kicap Korea

Aku tengah bosan nie, so buat2 rajin taip resepi yg dah lama buat, ingat2 lupa he3..mee kicap korea rasa teringin nak makan tak bila layan drama korea ek...of coz teringin kan sebab nampak sedap giler diaorang makan kan, so meh cuba buat sendiri.


bahan paling penting kicap nie chinese Black Bean Paste...nie beli kat kl kedai yg jual bahan makanan korea halal.

daging yg dipotong dadu



timun jepun, carrot, ubi kentang dan bawang besar semua nie potong dadu ok.
mee kuning of coz wajib ada kan.



mula-mula panaskan minyak, goreng daging sampai empuk nak cepat empuk rebus daging lebih awal ok.



pasti masukan bahan2 sayur yg tadi tu bersama kicap kacang hitam tu.
kicap tu agak2 korang lah nak kuah banyak mana, yg penting bagi pekat letak air sikit .



ok biar mendidih dan letak bahan perasa.




gaul mee so boleh makan. apa rasa ek? sila tanya orang korea ok he3..tekak melayu aku cakap tak sedap sebab kicap dia rasa pahit sikit terbantut selera ok. tapi akak n adik aku ckap sedap....tol le tu org korea celup huhuhuu....kenapa kicap tu pahit sebabnya diorang guna kicap kacang hitam apa thah, orang m'sia guna kicap kacang soya tu pasal sedap kan.

Wednesday, June 27, 2012

ayam patprik n kangkung goreng belacan







Bila aku malas nak cari bahan masakan kat kedai, aku akan buat masakan yg simple2 camnie je, kangkung kutip tepi rumah, kacang panjang kutip tepi umah gak ...disebabkan ada ayam je paling senang buat patprik.  bahan paling penting kena ada perencah tomyam n sos. nak resepi ke? sila goegle sendiri ek he3...resepi aku mesti lah ringkas n senang je, sebab masak ikut suka hati janji ada rasa sama he3..

Tuesday, June 26, 2012

Dinner ala korea style


1 - JAPCHAE - mee sejuk
2-  PAJEON   - pancake 
3 - GYERAN MARI - egg roll
4 - Nasi putih letak dlm mangkuk


ni semua buat sendiri ok, yg no 1 tu je lama tol masak, Japchae tu kena letak minyak bijan n 2,3 jenis sayur gak lak, nama je mee sejuk, bukan guna mee pun, guna ta"hun jenis besar.
 kalau ikut selera aku makanan korea nie tak lah sedap pun, sedap lagi mee goreng malaysia ok hahah...disebabkan pengaruh kuat drama2 korea di m'sia n makan depa nampak cam sedap je kan. 
 padahal tak pun huhhuhu....aku tukang masak n dibantu oleh akak n adik aku yg suka sgt makanan korea. bahan2 of coz lah akak aku beli peminat tegar ok makanan korea, tang masak serah kt aku, walaupun aku tak minat makanan korea aku still tlong masak taw. 


no 2
Pajeon ala korea tu bahan2 dia sama cam buat cucur udang. yang bezanya kita kena buat cam lempeng. guna minyak sikit je tak lah macam cucur udang. sebab tu kulit orang korea cantik kan.tak makan makanan berminyak.

no 3

egg roll lak buat cam biasa telur dadar just roll, kalau suka letak apa dalam tu pun ok. 

p/s : susah gak nak dapatkan bahan2 halal utk masak makanan korea but yg kat ats nie senang.dah masak lama dah sebenarnya baru hari nie nak update huhuhuhu.

Tuesday, March 20, 2012

ayam masak kicap mamak



BAHAN-BAHAN UNTUK PERAP AYAM goreng BEREMPAH

Belender serai,bawang besar, halia,cintan manis dan bawang putih


masukan serbuk kari ayam

perap ayam dan ubi kentang dalam bahan yang dibelender diatas dan serbuk kari, gaul ayam bagi sebati, biar setengah jam. selepas itu boleh goreng ayam.


 cara masak kicap mamak

tumis bawang kecil, daun kari dan kulit kayu manis sehingga garing. then masukan bahan lebihan perap ayam tadi bersama cili yang siap dibelender, letak kicap n sos cili sedikit. bila dah mendidih masukan ayam goreng berempah tadi letak sedikit gula n garam.

ok siap

p/s: resepi nie senang sangat sebabnya aku guna bahan yang ada kt umah je. pastu aku masak sesuka hati aku. kalau resepi asal banyak bahan lagi kot. buat spoil nak masak je kan.so kita buat yg mudah-mudah dah lah, janji sedap n ada rasa iras2 hahah...

Tuesday, February 28, 2012

udang masak sos


menu yang masak last minute, paling senang buat masak sos le kan...


Bahan-bahan

udang
bawang besar
sos cili
air asam
bahan perasa
buah tomato

cara masak

tumis bawang putih, masukan udang, air asam jawa, sos cili bahan perasa. pastu udang dah masak baru masuk buah tomato dan bawang besar. ok siap. tak sampai 10 minit kan.biar sampai mendidih le kan he3..

Monday, February 27, 2012

masak lemak pucuk ubi kayu



dari minggu lepas lagi teringin nak makan masak lemak nie, disebabkan pucuk ubi kat pokok dah habis...kena tunggu naik pucuk baru, so minggu nie dapat le makan, pucuk ubi kutip belakang umah je, tu le untungnye dok umah kampung kan, leh petik dan cari sekeliling umah je.

aku nak bagi resepi paling senang nak buat masak lemak pucuk ubi


bahan-bahan

pucuk ubi - direbus dulu then potong kasar
1 biji bawang besar dan 8 biji cabai melaka - dibelender 
2 cawan santan pekat
udang besar / ikan bilis
serbuk kunyit
1 batang serai

cara masak
tumis minyak dengan bahan yang dibelender tadi, masukan santan, serbuk kunyit, udang/ikan bilis then masukan pucuk ubi yang direbus tadi dan serai.last sekali letak perasa garam n gula. 


Wednesday, December 21, 2011

ikan operate


 pernah dengar tak ikan operate, sebelum nie aku tak pernah dengar pun, nie pun sebab aku terbaca kat blog masakan mana thah tak ingat, ke kat blog mat gebu kot hik2...aku panggil ikan belah belakang je. dalam perut ikan tu sumbat cabai kan, ada setengah orang suka letak kelapa parut pedas n lain2 lagi lah.

aku paling suka bila mak aku yang buat, cabai dia sedap lain macam he3...air tangan mak le katakan.


 Tapi yang dalam gambar nie versi aku yang buat, ikut selera sendiri he3...

kesedapkan ikan nie terletak pada cabai dia kan, aku suka manis pedas,jom tengok resepi mudah

 masak cabai sampai kering camni

Bahan-bahan ikan belah belakang


ikan cencaru ( dibelah tepi )
cabai kering yang dikisar
bawang besar ( dipotong )
terung ( dipotong dadu ) * kalau ada



cara masak cabai

- Tumis bawang putih sampai garing
- masukan cabai kering yang dikisar, biar sampai masak dan pecah minyak. 
- masukan bawang besar dan terung, letak gula, garam dan kicap. masak sampai  kering.

cara mengoreng ikan

 - letak garam dan kunyit atas ikan
-sumbat cabai yang siap di masak tadi dalam perut ikan
- goreng ikan dalam minyak panas

# Tips ikan masak sempurna- goreng ikan dalam api yang perlahan sehingga garing.
ini disebabkan ikan cencaru kulit tebal, api yg terlalu kuat leh hangit tapi isi tak masak.

 

Tuesday, December 20, 2011

Kerabu mangga


sekarang nie musim buah pelam kot, ada mangga lebih dalam peti ais, aku dengan rajinnya buat kerabu pada hari cuti. sebenarnya aku beli buah pelam nie 2 biji untuk buat menicah, sebiji je aku buat menicah tu pun seminggu baru habis he3... then ada lagi sebiji, teringin lak nak makan kerabu. sapa nak resepi kerabu mangga tengok bawah ok

RESEPI KERABU MANGGA ( cara aku )

*1 biji buah mangga / pelam
*bawang besar
*5 biji cili padi/ cabai melaka
*buah tomato
* daun jangus

# udang kering
# belacan

yang bertanda * potong halus memanjang
yang bertanda # tumbuk

gaul semua bahan * # letak bahan perasa garam dan gula

selamat mencuba \(*_*)/

Thursday, September 22, 2011

sapa nak makan kek coklat yang moist sangat


 Raya lum habis lagi kan...mari kita bercerita tentang cake yg senang giler nak buat..sangat sesuai dengan aku yang pemalas nie. dah le senang bahan dia pun xbanyak leh buat sambil sembang2 lagi taw. masuk nie dah kali 3 aku buat atas permintaan orang. bukan  buat jual makan sendiri je. aku bukan pengemar kek, tapi suka buat cake untuk orang lain je...makan skit pun aku dah mual...

nak buat cake nie xpayah pun kita perlu kukus je...kan senang xpayah risau kalau hangit he3...korang kena cuba taw senang dan sedap. by the way resepi nie aku dapat kat internet tak tau resepi sapa coz aku main redah je masa tu dok kumpul2 resepi..kepada tuan punya resepi nie jangan marah ek kita tak mention nama awak,thank's tulis resepi nie. 




 ini rupa cake pertama kali aku buat, kek nie naik sampai jadi tinggi camni taw...asal loyang aku nipis je sekali kukus jadi tinggi...ok kita suka...kalau korang rajin letak coklat atas cake lagi sedap kan...aku pemalas mmg tak letak pun, nak ngap terus je hahaha....



kek coklat kukus

Bahan2:

2 cawan tepung blue key ( tepung naik sendiri )

1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat manis
1 cawan milo
1 cwn serbuk koko
4 biji telur ayam
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

dan juga..periuk kukus

Cara2:

Campurkan semua bhn satu persatu. Just pakai wisk , xyah pakai mixer..takut terlalu naik nanti...bancuh rata then kukus dlm masa 40 minit camtu...senang taw! sedap & moist lagi!


*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 
whipping cream ( dlm kotak biru cair ) kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.                                                      


p/s : tepung naik sendiri tu satu kotak leh buat berbiji-biji cake lagi...satu kek just guna 2 cawan je...see jimat kan.

Tuesday, June 28, 2011

sambal petai versi aku rajin ^___^



sekarang nie musim petai xdak isi...kalau nak isi banyak kena tunggu bulan 7 betol ke camtu, aku pun dengar orang cakap he3..tajuk tak boleh blah kan versi aku rajin tu, tengok betol2 aku siap kopek ambik isi sahaja. dalam 6 keping aku kopek dapat dalam segengam pun tak sampai, siap leh bilang lagi. selalunya aku memang malas, xdaknya aku nak kopek2 ambik isi je, selalu dengan kulit sekali masak potong dua sebiji, tang kulit tu la banyak khasiat kan, tapi sedikit pahit. tapi kalau nak makan puas ambik isi je cam kat atas tu. kalau malas nak kopek beli isi yang siap kopek dah pun ada jual.

kali nie aku buat sambal petai nie versi lain, tiru cam kat kedai makan tomyam, jenis kuah pekat lagi sedap, cis perasan sedap lak kan huhuhu. selalu bukan buat camni, stail kuah cair.



meh aku bagi resepi mudah tahap gaban nie

Bahan-bahan
-  cabai kering yang siap dibelender
-  isi petai
- udang 
- kicap
- sos cili
dan bahan perasa garam n gula

cara masak:

-Tumis bawang merah dan putih, masukan cabai yang siap dibelender ( suka ati nak letak banyak mana).
- biar sampai naik minyak, masukan udang, sedikit garam, gula, kicap dan sos cili,masak sehingaa kuah pekat.
bila mendidih masukan isi petai.  ok siap...mari makan *^__^*

Wednesday, May 11, 2011

mari belajar masakan korea Tteokbokki


Gara-gara terpengaruh drama korea yang konanya nampak sedap je bila depa makan kan. so masa akak aku p KL aritu dia beli bahan2 untuk masak tteokbokki nie, kat  kl je kot yang ada jual bahan masakan korea halal. kat mana thah aku pun tak tau sebab aku tak p masa tu.

mari kita buat sesi berkenalan dengan bahan dari korea di bawah ini

ini cili korea yang siap diblender, dia tulis pe thah xfaham pun huhu..




ini bukan keropok lekor tau, nie le bahan utama. nak sebut pe thah dalam bahasa melayu jejari beras kot :P




sayur ni dari malaysia le kobis n carrot




senang betol nak masak benda alah nie, jom tengok kitaorang buat camna

panaskan air dalam periuk, masukan kiub ikan bilis kacau sehingga rata
then masukan 2 sudu cili




bila dah sebati cili masukan jejari beras tu, potong 2.
sila rase dahulu ok...kalau tak cukup rasa baru letak garam n gula.

ini disebabkan cili n kiub bilis dah ada perasa.




bila dah mendidih baru masukan sayur kobis n carrot.
jangan masak terlalu lama, kang hancur le jejari beras tu, kuah akan pekat ngan sendiri disebabkan kanji dr beras.




 dan hasilnya macam nie. nak tau rase cam pe tak??
rase dia pedas2 manis, jejari beras (ttoekbokki ) tu bila makan kenyal

pada pendapat aku kira sedap jugak lah sebab lebih kurang cam masakan kita gak lak sebab ada rasa pedas hahahah...
 cam makan nasi gak lah, boleh kenyang, sebab bahan asas dia beras gak.



p/s : kitaorang tengok kat yutube cara masak sebelum memasak benda alah nie ok :p

next episod kita belajar masak makanan korea yang lain pulak ok. next episod tu tak tau bila, kalau rajin nanti arr he3

yang sebelum nie buat KIMBAP
nak cuba buat leh tengok SINI