KOLEKSI VEIL HANDMADE


Pages

Wednesday, November 30, 2011

BUBUR ASYURA UTARA

- hari ini dah 4 muharram-

korang perasan tak bubur asyura nie akan dibuat pada hari tertentu je kan. biasanya bubur asyura akan dibuat pada 1- 10 muharram. kita digalakan berpuasa sunat pada 10 muharram (6/12/2011 selasa) dan pada hari tersebut biasanya ramai yg masak bubur asyura. membuat bubur asyura bukanlah perkara wajib yang dituntut. ia sekadar manisan yang dibuat untuk menjamu ahli keluarga dan disedekah kepada jiran tetangga.

 bubur asyura dah jadi cam perkara wajib lak bagi sesetengah kita kan, sebenarnya dalam al-quran dan sunnah nabi tak sebut pun pasal bubur asyura. Tapi kalau nak buat pun tak salah, dengan membuat bubur asyura kita boleh menjamu orang yang berpuasa dan bersedekah pada hari tersebut, dan pahala memberi makan orang berpuasa pada hari tersebut sama seperti memberi makan kepada semua umat muhammad. satu hal yang berkait dengan hari asyura ialah Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.

untuk info lebih lanjut KLIK BAWAH
 
   
Kuih ini harus dikacau lama di atas api agar ia tahan lama dan cantik.


RESEPI BUBUR ASYURA

Bahan-bahan:500gm tepung beras
250gm kacang hijau
250gm kacang merah
4 ketul ubi keledek - dipotong dadu
1 sisir pisang raja
1/2kg nangka
2 biji jagung - diambil isinya
4 ketul gula melaka
4 helai daun pandan
500ml santan

Cara memasak:1. Masukkan tepung dan santan ke dalam kuali dan kacau sebati.
2. Keluarkan dan masukkan santan dan garam. Gaul sebati
3. Setelah agak sudah lembut, masukkan jagung, nangka, dan pisang satu persatus.
4. Kemudian masukkan gula melaka dan kacau hingga masak di atas api perlahan.
5. Angkat dan sejukkan di dalam loyang.

 kredit : untuk resepi dan gambar

5 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

sedapnya bubur ni..

Myra Jay said...

Iz, myra suka sangat makan bubur asyura nieh..

Teringat masa dok Poli ritu kami buat bubur asyura nieh :)

izyantyPersonalTaste said...

nuyui: memang sedap he3...

myra: boleh le buat banyak2 antar sini skit heheh...masa sem 1 ek buat bubur asyura nie...

Cik Jingga said...

wah..lama xmakan bubur nie..selalu kalau ada sambutan maal hijrah kat skolah ja dpt makan.. hehehehe

Myboiler said...

sedap bubur asyura, dah lama tak makan...

Newer Post Older Post Home