Pages

Friday, February 25, 2011

KERABU ikan sardin


Buat peminat ulam-ulaman jom cuba buat, kerabu nie aku masukan 3 jenis ulam yang dikutip belakang umah, kalau korang nak buat satu jenis pun boleh, kerabu taugeh pun boleh ok. apa yang lainye kerabu nie ini adalah sebabnye kita masuk ikan sardin, sedap tau, oppps kat atas tu terlebih ulam, nak lagi sedap banyakan ikan dari ulam.

BAHAN-BAHAN

pucuk kaduk
daun pegaga
daun selom 
1 tin ikan sardin ( kecil ) hancurkan isi ikan, kuah sardin dibuang.
cili padi 5 biji ( ditumbuk )
bawang besar ( dipotong )
1 biji limau kasturi.nipis ( untuk hilangkan bau ikan sardin )

CARA MEMBUAT


potong 3 jenis ulam diatas, gaul ngan cili padi yang ditumbuk, bawang, ikan sardin yang dihancurkan, letak gula sedikit dan air perahan limau, kalau kurang masin tambah garam ok, ikan sardin dah masin sebenarnye. Gaul semua bahan sehinga sebati, then leh la dihidangkan. selamat mencuba.

0 comments:

Newer Post Older Post Home