Wednesday, February 23, 2011

aku dah mula ketagih baca novel


Dah lama tak baca novel, sejak ada blog  nie. Bila aku dah bosan ngan blog aku cari novel balik hehehe. aku baru habis baca novel yang kat atas nie, dah lama aku cari novel nie, orang cakap best, cari punya cari habis dah  dijual, my bf cari kat tempat dia pun habis gak, so dia belikan aku novel lain. bulan 12 aritu aku p umah tok aku, kebetulan sepupu aku ada novel nie, so aku pinjam le. tapi bukan aku terus baca pun, baru malam sabtu lepas aku baca ngan sungguh2 sampai kol 3 pagi, ciss buat ketagih tol arr novel nie, baca tak leh behenti lak sebab nak tau kesudahan dia camna, aku biasa kol 10.30 dah tido sebab novel nie sampai kol 3 pagi baru tido, tu pun kalau boleh nak baca lagi, sampai kol 3 aku baca baru sampai setengah, lambat lagi nak habis so aku pun tido dulu, malamahad baru sambung n pagi isnin kat tempat keja baru habis baca. yang kelakarnye aku leh nangis2 sambil baca novel nie, sedih tau dah le hati aku hati tisu bertambah2 sedih baca hehehe. 

Kepada peminat2 novel, leh tak gitau aku novel baru mana yang tengah hot sekarang nie, aku nak baca novel yang best2 je. bila masuk kedai buku aku jadi rambang mata tengok novel banyak2, pastu tak tau yang mana best, takut terbeli novel yang tak best je, buat  hilang mood nak baca je kan.


p/s: novel yang aku suka ulang2 baca masa zaman pelajar sekolah menengah tajuk dia NABILA 1 & NABILA 2. semua orang pakat rebut2 nak baca pinjam kat libry sekolah huhuhu..masa Nabila 2 kuar time tunggu spm kot, masa tu dah ada duit beli sendiri. paling suka nabila 1.

2 comments:

sue said...

Wahh..best ka novel ni..Mmg kalau dah ngadap novel..ssh nak berhenti..Hee..
I sekarang tengah habiskan novel Hingga Ke Akhirnya..memang best..tp sblum tu baik baca Novel Akhir Sebuah Cinta dulu..sbb tu yg first..Karya Siti Nur Dhuha..Pada i mmg best..Mcm2 emosi ada bila baca buku tu..heee..

izyantyPersonalTaste said...

sue :best novel nie, try le baca..thank's for cadangan nanti nak cari 2 novel tu, tak sabar nk baca, baca novel feeling dia lain kan, siap leh image cam ada dlm novel tu lak kan hehehe..