Friday, October 19, 2012

Resepi spaghetti rahsia atok kita dari eropah :p






















Assalammualaikum...selamat hari jumaat. sapa suka makan spaghetti leh cuba resepi senang je kot main campak2 je. tadi adik aku minta resepi rahsia atok kita dari eropah taw, poyo tak letak atok kita yg dok kat eropah tu, minta lah sendiri kan hahahha...percaya tak kita ada atok yg dok kat eropah tu?...ok sila jgn pencaya :p.

sebenarnya aku masak tak ikut resepi bila ada bahan baru aku reti masak, nie resepi aku ingat2 lupa apa yg aku masak. by the way resepi kat bawah nie adalah resepi tekak orang melayu. aku tak suka sangat makanan wasten nie, cam biasa masak bila ada orang request.




Bahan

1 paket spaghetti 
Air

Cara-cara


1. Panaskan air dalam periuk. Bila mendidih masukkan  sedikit garam, minyak masak dan spaghetti.

2. Spaghetti direbus hingga lembut kemudian toskan ( minyak masak dimasukan untuk mengelakan spaghetti melekat ok )


Bahan-bahan

500gm daging kisar ( beli kat tesco )
1 tin besar pati tomato (puree)
1 tin air (gunakan bekas puree tomato tadi)
4 biji tomato -dipotong dadu

1 biji cabai cameron hijau/oren- dipotong dadu
10 btg sosej -dicincang dadu kecil

1 tin cendawan butang -dipotong 

garam (ikut citarasa masing-masing)
5 sudu makan tomato sos
2 sudu makan sos cili

4 sudu cili belender


cara masak :

1- panaskan minyak, tumiskan bawang kecil dan putih, dah wangi masukkan cili belender biar sampai pecah minyak.

2- masukan daging kisar dan sosej...gaul rata masukan tomato puree dan sedikit air, masukan cendawan butang, biar sampai mendidih masukan tomato n cabai cameron yg dipotong dadu, sos tomato, sos cili dan garam,sedikit gula. 

3-ok siap cuba rasa dah cukup masam n masin belum, kalau tak cukup masam tambah sos tomato lagi. resepi asal ner ada letak cili belender pun kan, saja nak letak sebab tekak org melayu nak pedas gak hahahah

2 comments:

JaSSNaNi said...

owhhh.. sedapnya spageti ni... suka gak wat.. hari tu wat 2 jenis kuah terus.. 1 tomato.. 1 cheese.. hehehehe.. alhamdullillah.. makan sampai puas..

izyantyPersonalTaste said...

he3...buat sendiri makan lg puaskan leh ulang mkn...jimat pun jimat kan