Friday, December 30, 2011

anak tudung macam nora danish pakai -dlm tentang dhia

 
 ramai tol yang cari key word pasal anak tudung dhia pakai semalam kan episod akhir, rasanya lebih kurang cam anak tudung kat atas nie, so kepada yang tengah mencari anak tudung tu korang leh beli dekat

 
 

mengharap sinar 2012

Assalamualaikum....tinggal 2 hari kita akan meninggalkan 2011. then 2012 pula muncul rasa cepat tol masa berlalu tapi aku still tak berlaku perubahan  apa2 lagi dalam hidup. kadang-kadang aku rasa napa susah sangat aku nak melepasi satu fasa baru, sungguh tak faham bila dibandingkan dengan orang lain, dah cam kena sumpahan lak family aku. tapi kalau Allah tak izinkan semua benda takan jadi kan. apa yang boleh buat just bersabar dan tawakal je. Harap tahun 2012 akan lebih baik dan berlaku perubahan yang besar dalam hidup aku dan adik beradik aku yang lain. semoga tahun 2012 kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t.


p/s : sebenarnya bosan tak taw nak tulis pe. Selamat Tahun Baru 2012...yeahhh cuti 3 hari tapi yang tak best gaji lum dapat, kena sabar lagi nak shoping, dugaan2...:)

Tuesday, December 27, 2011

Friday, December 23, 2011

kad kredit untuk orang yang tak dak duit je?



Sapa setuju ngan pendapat aku? cepat angkat tangan heheheh....uiks mesti ramai yang marah ngan kenyataan aku kan. betol pe kan dengan mengunakan kad kredit menggalakan kita berhutang, padahal berhutang tu tak baik ok. orang yang ada duit guna kat debit je :p. 

walaupun korang cakap korang mampu bayar hujung bulan, setelah tolak hutang..tengok2 duit gaji tak cukup lagi, hutang lagi sebab tu ramai yang muflis pada usia muda, sebab belanja melebihi kemampuan, kadang2 benda tu semua bukan keperluan pun kan just kehendak.

kalau nak guna kad kredit jugak, just guna 1 je, tu pun guna waktu terdesak sangat dan untuk perkara yg betol2 penting. paling bagus jangan ada kat kredit lansung, so senang nak manage kewangan sendiri dan berbelanja ikut kemampuan.

p/s : zaman dah berubah orang tak pakai kad kredit lagi, orang pakai kat debit je he3...setiap masalah pasti ada jalan keluar yang terbaik, sila jauhi kad hutang ini he3...katakan TIDAK...dah cam kempen tak nak merokok lak kan.

kadang-kadang menangis itu lebih baik

Assalamualaikum...dan selamat hari Jumaat, semoga kita semua berada dalam redha Allah s.w.t
korang pernah alami tak situasi yang macam nie, tiba-tiba kepala jadi berat, sampai nak berfikir pun rasa jem hati berdegup tak senang hati. sebab apa jadi camni, mungkin sebab banyak berfikir atau tekanan dalam diri atau tekanan dari orang lain.

cara penyelesaian paling baik adalah dengan mendekatkan diri pada Allah dengan mengaji dan berzikir dan lepas buat semua tu korang rasa nak menangis ok tak pa teruskan menangis ini kerana korang akan rasa lega bila menangis. pastu comfim tak nak kuar bilik kan hehe...tido terus je then bila bangun pagi sok korang akan rasa segar dan lega sangat. dan perlu banyak berfikiran positif  :)

nie anak buah aku yang kedua baru lahir je 30/11/2011 mohamad adam wafiy
adik kepada mohamad adam haris.

nie le abg long ( muhamad adam haris) beza setahun ngan adik dia
by the way thank's to Allah atas kurniaan dua cahaya mata nie, pas nie aku tak bosan lagi dok umah sebab ada adam n wafiy diorang akan pindah balik penang ujg minggu nie. akhir abg aku dapat tukar jugak alhamdulilah.

Thursday, December 22, 2011

tak cuba rugi - murah je

kemarin aku p kedai sorang akak nie, dia bagi aku cuba produk baru, keluaran muslim dijamin halal lagi ok. aku dapat le 1 peket untuk cuba. dah free ambik je lah kan he3...produk baru nie nama dia Bio Prune. sama le fungsi dia macam InnerShine- bery & prune tu.

yang best pasal BioPrune natural mengandungi khasiat vitamin A,C dan E,potassium, kalsium dan serat fiber yang tinggi. Manfaat ini juga disokong oleh khasiat buah manggis, Ekstrak Aprikot dan cuka Epal dengan kombinasi sunnah iaitu madu dan dan habbastussauda.


 jus pelengkap istimewa untuk semua

 




Bioprune Natural : 

Membantu Melawaskan Pembuangan Air Besar , Mencantikkan Kulit / Wajah Berseri-seri , Membantu Mencegah Sel Kanser (B17) , Membantu Melawan Penyakit , Kaya dengan Antioksidan , Membantu Masalah Hyportension (Tekanan Darah Rendah) , Baik Untuk Kandungan Bagi Ibu Yang Mengandung Kerana Kaya Dengan Vitamin , Baik Untuk Mata / Silau

1 pc = 10ml

aku dah minum 1 paket nie, buka dan terus minum je. cara minum nie masa perut kosong, sebelum sarapan pagi dan sebelum makan malam. By the way aku pun cam tak caya baru minum 1 peket je, cepat tol efek dia...masa tengah hari tadi nak siap p keja nak pakai bedak, pesal muka aku nampak lembab then masa nak pakai bedak  just sapu sekali dah ok. ..ok pas nie nak beli sekotak lah baik untuk kulit n mata gak, aku kan rabun huhuhu


rasanya harga nie murah dari innershine dan efek dia cepat, jangan risau bahan2 dia buah-buahan je.

HARGA : RM 45.00 SEKOTAK,  ADA 25 PC

KEPADA YANG NAK CUBA DULU BOLEH  BELI 10 PC DULU = RM 20
PM DI FB OR 019-4290584


p/s: akak tu cakap baki minum tu try sapu kat muka, jadi tegang. tapi aku tak buat sebab aku minum kat ofis.

Wednesday, December 21, 2011

best jugak drama vanila coklat

 

Tarikh mulai siaran: 20 Disember setiap hari selasa jam 9.00 malam


ampa tengok tak drama nie semalam, aku tak tengok pun semalam, pagi tadi baru tengok siap downloads lagi he3..malas nak tengok semalam nanti kena tuggu iklan lama. seminggu sekali je drama nie. by the way menarik gak cite nie ada komedi skit.


SINOPSIS DRAMA CINTA COKLAT


Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara dan Aamir yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Zara dan Aamir saling membenci antara satu sama lain dan sering berselisih faham memandangkan Zara merupakan pelajar cemerlang manakala Aamir pula dilabel seorang kaki perempuan.

Liana, rakan sekelas Zara menganggap Aamir adalah hak miliknya. Liana sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka seperti bercinta. Liana juga seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Berlainan dengan Zara yang mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, jejaka yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.

Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka. Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.

Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.
Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.


Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.

Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?

ikan operate


 pernah dengar tak ikan operate, sebelum nie aku tak pernah dengar pun, nie pun sebab aku terbaca kat blog masakan mana thah tak ingat, ke kat blog mat gebu kot hik2...aku panggil ikan belah belakang je. dalam perut ikan tu sumbat cabai kan, ada setengah orang suka letak kelapa parut pedas n lain2 lagi lah.

aku paling suka bila mak aku yang buat, cabai dia sedap lain macam he3...air tangan mak le katakan.


 Tapi yang dalam gambar nie versi aku yang buat, ikut selera sendiri he3...

kesedapkan ikan nie terletak pada cabai dia kan, aku suka manis pedas,jom tengok resepi mudah

 masak cabai sampai kering camni

Bahan-bahan ikan belah belakang


ikan cencaru ( dibelah tepi )
cabai kering yang dikisar
bawang besar ( dipotong )
terung ( dipotong dadu ) * kalau ada



cara masak cabai

- Tumis bawang putih sampai garing
- masukan cabai kering yang dikisar, biar sampai masak dan pecah minyak. 
- masukan bawang besar dan terung, letak gula, garam dan kicap. masak sampai  kering.

cara mengoreng ikan

 - letak garam dan kunyit atas ikan
-sumbat cabai yang siap di masak tadi dalam perut ikan
- goreng ikan dalam minyak panas

# Tips ikan masak sempurna- goreng ikan dalam api yang perlahan sehingga garing.
ini disebabkan ikan cencaru kulit tebal, api yg terlalu kuat leh hangit tapi isi tak masak.

 

Tuesday, December 20, 2011

bayar bil di BSN boleh menang myvi baru

kampen sampai 31 disember 2011 nie je...kena isi form untuk join...sapa2 yang yang ada bill atas nama sendiri leh le join. aku memang p bayar bil kat c2 tapi bukan atas nama aku pun. so tak leh join pun...

Kerabu mangga


sekarang nie musim buah pelam kot, ada mangga lebih dalam peti ais, aku dengan rajinnya buat kerabu pada hari cuti. sebenarnya aku beli buah pelam nie 2 biji untuk buat menicah, sebiji je aku buat menicah tu pun seminggu baru habis he3... then ada lagi sebiji, teringin lak nak makan kerabu. sapa nak resepi kerabu mangga tengok bawah ok

RESEPI KERABU MANGGA ( cara aku )

*1 biji buah mangga / pelam
*bawang besar
*5 biji cili padi/ cabai melaka
*buah tomato
* daun jangus

# udang kering
# belacan

yang bertanda * potong halus memanjang
yang bertanda # tumbuk

gaul semua bahan * # letak bahan perasa garam dan gula

selamat mencuba \(*_*)/

Friday, December 16, 2011

Zhifilia – Menunggu (Aishiteru)

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…


*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan


reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali
kembali ke *)

ada apa dengan purple?


sebab ternampak iklan yang kat belah kanan tu ada kaler purple terus klik tengok pe benda, kaler tu yang menarik perhatian hik2.. Just Klik

Thursday, December 15, 2011

tudung cantik di JELITASARA.....

 dulu aku tak berkenan tudung express camni, maybe sebab desing dia biasa je kot, tapi bila tengok tudung fesyen camni dekat jelitasara terus jadi suka n teringin nak pakai, sekali tengok harga...erkkk xnak beli rasa cam nak buat sendiri je he3...padahal tak reti pun jahit renda dia, aku berkenan dekat renda2 tu je hik2 
 .

kebetulan satu hari tu aku p pasar malam then terjumpa tudung ala2 cam bawah2 nie terus beli, murah lak tu  je, kalau ikut harga dekat jelitasara leh dpat 3 helai ok...so beli kat pasar malam je lah tapi kualiti biasa je lah n tak dak jenama yg penting murah kan then leh tukar2 selalu.


TAPI bagi yang mementingkan kualiti dan jenama korang harus beli kat JELITASARA, desing dia cantik dan  xclusive, cantik sangat, teringin gak nak cam kat sini, tapi rasa tak berbaloi lak nak beli tudung mahal2 he3.. salah satu faktor tudung nie nampak cantik sangat adalah disebabkan model yang pakai tudung tu pun cantik gak...



 









aku pun ada tudung biru camni gak





Wednesday, December 14, 2011

dah mula suka dengan LIFEBUOY

 

kredit utuk gambar
www.mywomenstuff.com



 aku dah mula jatuh cinta ngan body wash dari lifebuoy,  yang tudung botol kaler merah tu lagi wangi dari lain, rasa cam nak makan hahahah....dan yang paling best dia melindungi kita dari kuman, cam yang selalu iklan tu.

 dulu2 aku tengok iklan nie aku ingat produk ni mahal, memang mahal kalau beli yang botol kecil, beli botol paling besar, tak mahal mana pun, dekat tesco sekarang tengah buat offer rm 14.90...tapi aku dah terbeli lebih awal kat tempat lain rm 16.90....botol  paling besar baru berbaloi. selamat mencuba :)




p/s : gambar kat atas tu botol kecil

 

Tuesday, December 13, 2011

melabur 1gram emas dalam maybank

 akhirnya aku dapat juga buka acc nie he3...setelah berfikir panjang pastu rasa rugi tak buka awal2 lagi.
dari awal tahun lagi aku dok surve pasal benda alah nie, n macam2 pendapat orang bagi, klau masa tu aku buka acc gold nie harga emas rendah lagi, tapi orang cakap baik beli barang kemas lagi bagus so aku pun beli lah gelang tangan.

masa mula2 acc nie keluar kita kena deposit 5gram tapi hari nie aku p, maybank dah tukar 1 gram pun dah boleh buka acc, so lagi mudah nak melabur kan, sikit2 lama2 jadi bukit. aku melabur berapa gram;;;rahsia2 he3.
bagi aku maybank adalah bank yang terbaik untuk melabur sikit2....ada duit je leh beli 1,2 gram dulu...kalau bank lain 20 gram keatas untuk permulaan.

sebenarnya aku tak lah berapa faham sangat pasal pelaburan jual beli nie, yang aku taw aku nak simpan je.



 kalau korang nak buka acc gold nie sila rujuk emas semasa di web maybank ok. untuk hari nie harga  dia RM 172.99/g pada kol 1:16PM  tapi masa aku buka acc tadi dalam kol 11 A.M  lebih dapat harga nie 
RM 172.12 ada beza dekat sen tu aku pun tak faham huhhuhhu...Korang hanya akan dapat taw harga sebenar emas kt kaunter je.

kalau aku jual ( ambil duit) dalam bulan nie gak rugi ok sebab harga dia rendah dari aku beli RM 165.92...bulan akan datang harga jual baru tinggi so masa tu baru sesuai untuk jual.tapi aku nak simpan je....tak nak usik pun saving nie...maybe one day bila terdesak baru gunakan, tu pun kena pasti kan harga jual tu lebih tinggi dari harga beli sekarang kan, baru untung.


kalau korang pening apa aku tulis nie sila RUJUK SINI





p/s : mari buka banyak acc, untuk masa depan anda he3...kalau aku ada banyak duit memang nak buka yg acc gold AGRO BANK, tapi sebab aku tak banyak duit maybank lebih sesuai untuk menabung emas.daripada nak kumpul2 bagi ckup harga emas dah naik lagi tinggi so Maybank pilihan aku.

Thursday, December 8, 2011

REVIEW VEIL - BATCH 2












SoftPink veil exclusive by IZYANTY COLLECTION

batch 1 rujuk SINI

untuk TEMPAHAN 019-4290584 @ PM FB
Terima Kasih kepada Jamilah kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menyiapkan veil persandingan beliau. Selamat pengantin baru :)


Friday, December 2, 2011

coming soon review..

 frame gambar-by Quilling


 guestbook ( kat tengah tempat letak gambar pengantin)


veil persandingan softpink



p/s: minggu depan baru leh review semua nie majlis berlangsung ari sabtu dan isnin nie...