Wednesday, November 30, 2011

BUBUR ASYURA UTARA

- hari ini dah 4 muharram-

korang perasan tak bubur asyura nie akan dibuat pada hari tertentu je kan. biasanya bubur asyura akan dibuat pada 1- 10 muharram. kita digalakan berpuasa sunat pada 10 muharram (6/12/2011 selasa) dan pada hari tersebut biasanya ramai yg masak bubur asyura. membuat bubur asyura bukanlah perkara wajib yang dituntut. ia sekadar manisan yang dibuat untuk menjamu ahli keluarga dan disedekah kepada jiran tetangga.

 bubur asyura dah jadi cam perkara wajib lak bagi sesetengah kita kan, sebenarnya dalam al-quran dan sunnah nabi tak sebut pun pasal bubur asyura. Tapi kalau nak buat pun tak salah, dengan membuat bubur asyura kita boleh menjamu orang yang berpuasa dan bersedekah pada hari tersebut, dan pahala memberi makan orang berpuasa pada hari tersebut sama seperti memberi makan kepada semua umat muhammad. satu hal yang berkait dengan hari asyura ialah Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.

untuk info lebih lanjut KLIK BAWAH
 
   
Kuih ini harus dikacau lama di atas api agar ia tahan lama dan cantik.


RESEPI BUBUR ASYURA

Bahan-bahan:500gm tepung beras
250gm kacang hijau
250gm kacang merah
4 ketul ubi keledek - dipotong dadu
1 sisir pisang raja
1/2kg nangka
2 biji jagung - diambil isinya
4 ketul gula melaka
4 helai daun pandan
500ml santan

Cara memasak:1. Masukkan tepung dan santan ke dalam kuali dan kacau sebati.
2. Keluarkan dan masukkan santan dan garam. Gaul sebati
3. Setelah agak sudah lembut, masukkan jagung, nangka, dan pisang satu persatus.
4. Kemudian masukkan gula melaka dan kacau hingga masak di atas api perlahan.
5. Angkat dan sejukkan di dalam loyang.

 kredit : untuk resepi dan gambar

Tuesday, November 29, 2011

dapat offer dari U MOBILE


Monday, November 28, 2011

sekian lamanya baru boleh dapat 5 star


lama tol baru dapat, tu pun dekat leaderboard je ( alhamdulilah) hal ini kerana aku sangat lah malas meng update blog hehehe... lain2 tu still 3 lagi. sebenarnya tak taw pun fungsi bintang tu.


p/s : isnin cuti lagi kan semua, hari cuti lagi lah aku tak update blog he3...autopublish tiba2 terbuat :p

Friday, November 25, 2011

tak payah p pejabat pos lagi- BSN kan dah ada

Sebelum nie kalau p bayar bil2 aku selalu kena p pejabat pos, separuh mati gak lah nak melintas balik kan, ngan kecut perut semua ada. jalan tu banyak lori2 besar dan traler antara jalan tersibuk lah kat c2.

asal ke p bayar je aku liat giler nak p dah tugas kena p jugak kan he3...Sekarang tak payah risau tak payah melintas jalan sibuk tu lagi, sebab BSN ( Bank Simpanan Nasional) baru buka dekat kawasan aku, semua bil2 boleh bayar dekat Bsn je...just ambik no je, tak yah isi borang pun. orang pun tak ramai.


BSN tu pulak sebelah ngan KFC, AYAMAS DAN KEDAI2 untuk shoping2...suka-suka he3. see dekat kg aku ada kfc dan ayamas lagi tu...jangan tak percaya hahaha

p/s: tapi bila nak pos barang kena p pejabat pos gak :p

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH

Assalamualaikum...  hari ahad nie merupakan 1 muharam 1433 (27/11/2011) so kita baca doa akhir tahun pada sabtu petang ( 26/11/2011 ) selepas waktu Asar dan Doa awal tahun selepas waktu mahrib pada hari yang sama.

kebanyakan semua masjid di tempat kita akan buat majlis nie, bagi sapa2 yang berpeluang pergi masjid p le ramai2 ok, boleh buat secara berjemaah, setahun sekali je kan. insyaallah sabtu nie aku nak p.

bagi yang tidak berkesempatan pergi masjid, korang boleh je baca doa akhir tahun dan awal tahun dirumah.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"




DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan 
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram  ( HARI ASYURA )


10 Muharram adalah  disunatkan berpuasa. ( 6 /12/2011)

Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.



1.    Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram

      Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak    7 kali (Ap abi la sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu”  kita berdoa di dalam hati  tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak.  Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum.

2.    Puasa sunat pada hari 9 Muharram  (Tasua’) dan 10 Muharram (Asaura). Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah.

3.    Menyapu kepala anak yatim.  Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan.  Allah akan mengangkat darjat kita.

4.    Memberi makan kepada orang yang berpuasa. Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.

5.    Mandi sunat.  Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit.

6.    Menziarahi rumah orang alim.

7.    Menziarahi orang sakit.  Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam

8.    Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.

9.    Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata

10.   Menziarahi kaum keluarga

11.   Mengerat kuku

12.   Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali.  Allah akan memandang dengan belas kasihan.

13.   Sembahyang  sunat 4 rakaat – 2 salam  (2 rakaat x 2). (Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala) Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat.  Allah akan mengampunkan dosa  50 tahun yang lalu

14.   Banyakkan bersedekah.  Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700.

15.   Beri makan/pakaian kepada fakir miskin.  Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga.

16.   Berzikir  (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali
sumber  SINI
 

Wednesday, November 23, 2011

berilah barang yang berguna....

sekarang kan musim orang kawin so en3 aku pun berkisar kearah tu sekarang, camna thah aku jadi bidan terjun dalam menyediakan persiapan perkawinan lak sekarang, rezeki orang kawen, fikir2 balik y not i buat bisnes kedai pengantin je kan hehehe....bisnes secara online je. 

setakat nie aku ada 2 produk je yang berkaitan perkawinan

 dan

- menerima tempahan doorgift bodyscrub

Bagi bakal2 pengantin terutamanya dan sesiapa saje korang digalakkan mencuba produk nie, sangat baik untuk kulit, cara penggunaan perah limau nipis dalam lulur dan sedikit air, kemudian lulur seluruh badan biar kering dan sental sehingga kuar daki.


Bercakap pasar doorgift mesti ramai yang pening nak cari barang apa yang sesuai kan, bagi aku le kan y not kita bagi barang yang berguna dan boleh dipakai oleh tetamu kita, sebagai contoh bodyscrub ( ciss promosi barang sendiri hehehe) AKU TENGAH BUAT PROMOSI NIE RM 1 JE     KLIK SINI


Selain tu korang leh bagi uncang tea ke, leh gak minum 1 family lagi hehe...pendek kata barang yang berguna lah dan ada fungsi ok.

Tahun depan Insyaallah aku nak hasilkan produk baru untuk IZYANTY COLLECTION SPA....produk baru nie nanti leh buat doorgift gak taw. yang pasti produk baru tu nanti bahan asas dia bahan semulajadi. sekarang aku nak buat exprimen dulu......bila dah siap nanti insyaallah aku akan bgi sample PERCUMA.

Tuesday, November 22, 2011

tips gambar perkahwinan nampak cantik

i1.pemilihan baju yang terang/ kontra

kenapa perlu baju yang terang lak, padahal ada yg  suka colur yang soft je kan, penting taw baju yang terang bila dalam gambar nampak cantik dan menyerlah.

kalau yg soft kontra kan baju korang sekali ok kalau semua kaler sama tak nampak menarik sangat, cuba match kan 2 kaler, kalau boleh veil jangan sama ngan kaler baju, baru leh nampak kecantik veil tu kan.

2. pemilihan kaler pelamin

kalau u all pakai baju pengantin biru pelamin tu jangan le banyak biru lak, nanti bila tangkap gambar pengantin tak nampak, kaler dah sama,  so gambar pun tak cantik huhuhhu...

3. pemilihan make-up

pemilihan make-up nie penting jugak taw...apa beza make-up murah dan mahal, serius banyak beza  rupanya...sebelum nie aku tak taw sangat pun, nie hasil pemerhatian aku je.make-up yang mahal sikit tu ada teknik tersendiri, leh ubah rupa lak tu, kalau pipi tembam leh bertukar jadi slim je, then pengantin nampak cantik je dan berseri2.

dan satu lagi kalau nak make-up u all nampak berseri jangan le dok meke-up tebal dan berlebihan sangat,2,3 bulan sebelum majlis korang. korang perasan tak artis  bila kawen nampak biasa je kan gambar kawen diorang tu sebab kita dah selalu sagat tengok diaorang make-up....seri tu dah tak ada.


4. pemilihan juru photo

sila upah juruphoto yang menghasilkan gambar yang cantik2, camna nak buat pemilihan ek....buat server dulu dekat internet baru pilih yang terbaik n murah huhuhu...


p/s: 3 yang kat atas tu sangat penting ok...nie atas pemerhatian aku je. kalau ada nak tambah boleh komen kat sini ok



gambar sekadar hiasan ini bukan gambar op k, digital je so tak berapa cantik
UNTUK TEMPAHAN VEIL KLIK SINI
HARGA  MURAH  DARI  BIASA

gambar dr Op


Monday, November 21, 2011

air soya + air jagung sedap.....

       


           

semalam baru taw yang yeos ada kuarkan produk baru untuk soya, then aku pun beli le sekotak, emmm rasa dia sedap gak, xlah bosan asyik minum soya je heheh....ada 2 produk baru satu lagi + rose. yang rose tu aku tak nampak lak kemarin, yang rose rasa camna lak tak taw le, nanti nak cuba gak...untuk awet muda makan bunga rose huhuhu

Friday, November 18, 2011

Bakal-bakal pengantin sila amal tips ini

Bunga Mawar





Untuk menaikkan seri muka, bakal pengantin boleh mengamalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya.
* kalau xdak bunga rose minum je air rose he3....
 

TIMUN
http://kimraena.files.wordpress.com/2009/08/cucumber-slices1.jpg




Lekapkan mata dengan hirisan timun selama setengah (1/2) jam. Petua ini juga dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta menghilangkan rasa lesu dan letih. Ia juga berguna untuk menegangkan otot bawah mata.

Lobak





Lobak yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk meningkatkan kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam.

Tomato
Tomatoes

                                                         


Bagi masalah kulit kurang bermaya, gunakan tomato yang telah diasingkan bahagian dalamnya. Sapukan lendir dan biji di dalamnya pada seluruh wajah, lalu dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas

Avocado

                                        


Bagi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi serta wajah, anda boleh mencuba buah Avocado yang ditempek isinya pada seluruh wajah. Rawatan ini mampu menghalang tumbuhnya jerawat baru.

p/s : buah ni mahal sayang tol nak letak kat muka huhu
 

Limau Purut




 
                                    
Bagi menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur, sapukan hirisan limau purut pada rambut di kepala. Limau purut juga juga dapat mencantikkan kuku dengan menyapukan jusnya pada kuku secara kerap

yang mana harus memilih...




Assalamualaikum dan selamat pagi...korang pernah ada dilema camni tak....semalam kan ada pasar malam, sebelum nak sampai tu dalam kepala otak aku dah dok fikir2 nak beli makanan apa, rasa nak makan nasi ayam, nasi kerabu...so dengan lajunya sebelum hujan turun aku bergegas le cari nasi kerabu, sekali tengok orang yang jual nasi kerabu lum datang lagi, xpa2 cari lak nasi ayam, bila dah sampai teringin lak nasi daging...cancel nasi ayam masa tu still berat hati nak tinggal kan nasi ayam, then aku pun beli sup ayam lah senang, sebenarnya suka sup n ayam gerai tu, sedap dari kedai lain.




masa dok jalan2 kat pasar malam jumpa lak ulam kesukaan aku, daun pegaga pergggghhh sedap giler kalau cicah ngan budu, kebetulan ada orang bagi budu so tengahari nanti leh balik makan huhuhu...tapi yang tak best je bila aku makan budu nie, jerawat suka naik....jahat tol arr kan jerawat tu kan....kulit nie nape thah tak leh nak terima budu n belacan, sentap tol hahahah...tapi nak makan gak sebab pegaga cicah budu sangat mengoda hati aku :p





        
daun pegaga adam banyak jenis taw, aku suka yang macam nie untuk buat ulam coz dia  lemak2 sikit bila makan, dan daun dia tebal.

yang jenis bulat dan nipis sangat sesuai buat jus.


mari berkenalan dengan budu lak
                          

                 
 aku syor kan budu cap KETEREH memang sedap taw, berbanding cap lain, camna aku leh expert pasal budu lak nie....hehehe...dulu housmate aku ramai orang kelantan. budu nia bahan asas dia ikan bilis yang diperam.


meh aku ajar camna nak makan budu, rupa budu cam air milo kan,

 masukan budu dlm piring then potong cili padi dan perah limau, pastu cicah le ngan ulam atau ikan bakar or ikan rebus, sedap kalau makan ramai2...selamat mencuba


kredit sini untuk gambar

Thursday, November 17, 2011

dress dan baju cantik murah lak tu...



aku suka design nie kalau dress labuh dh tentu aku beli, lagi berbaloi beli dress sebab kalau dh bosan leh potong pendek untuk pakai ngan seluar lak huhuhu

 suka gak dress nie, napa thah aku suka je dress hitam....dah ada dress hitam so xnak dah :p
 
ada banyak lagi dress n blous cantik2 dan murah2 kat SINI

Wednesday, November 16, 2011

awat comel sangat nie

              
              image imageimage   image image  imageimage image imageimage 

sumber : GOOGLE
  
serius aku suka tengok benda2 yang comel2 camni, pastu sayang nak makan kan....aku suka desing cup dia menarik sangat, kat malaysia dah ada jual ke...thah le...aku tak suka makan cup cake deko je cantik tapi tak sedap pun huhuhuhu.... maybe sebab aku tak suka manis2 kot. cake secret recipe suka sedap n tak manis sangat...


JOM LAYAN





    •                                                                             Chocolate Fudge 







      •                                                              Strawberry Marshmallow Cheese 

        p/s : ada sape2 ngidam cake leh terjah SINI

        carta hati

        hmm--
        hoo---
        haaa---
        hmmm--

        Engkau duduk di situ
        Diam tersipu malu
        Mahu mendekati aku

        Aku mulai resah
        Hati ku jadi kebah
        Melihat diri mu aku rebah

        Tapi hati ini kuat menyatakan
        Kau terkini duduk di carta hati
        lagu cinta kita bermula
        dari mata turun ke jiwa
        dari teman menjadi cinta
        dan berjanji untuk setia
        sehidup semati kita
        menjanji kan bahagia
        untuk kita berdua selamanya

        hmmm----
        hoo---
        lalala----
        hmmm---

        jangan engkau jangan pergi
        jangan tinggal ku sendiri
        jangan tinggal kan carta hati

        kau janji kan bahagia
        ku janji kau tak terluka
        teruslah berada di carta hati kita

        lala---
        hooo---
        lala---
        hmmm--
         
        -Najwa Latif-

        Tuesday, November 15, 2011

        betol ke REMY ISHAK dah kawen?


         
         aku suka je tengok isteri Remy nie cantik tol bertudung....ok aku suka dia kawen ngan pempuan dalam gambar nie heheheh



        aku sangat terkejut membaca tajuk kat blog orang lain yang tulis Remy dah kawen, eh bukan dia couple ngan tiz zakiah ke...kesianya kat Tiz sampai camtu aku leh terfikir kan hahaha tu baru baca tajuk je dah leh buat andaian macam-macam kan....untuk mendapat kepastian aku pun klik le LINK kat SINI



        tempat shoping tudung bawal kesukaan aku...

        aku tak dak idea untuk menulis pun, so baik aku cite kat korang dekat mana boleh dapat tudung bawal fesyen terkini, en3 ini untuk peminat tudung bawal je ok he3...yeahhh aku salah sorang dari ampa...tapi aku tak suka bawal 1...sebab lembut sangat, nak bentuk tudung susah sikit bagi aku le, 



        me with adam haris ( anak buah) nabil ( sepupu ) dah macam anak2 aku lak colour sama, semua orang ingat aku ibu adam masa p kenduri umah p.ngah aku. bawa adam sekali sebab ibu dia keja aritu huhuhu

        opppsss lari topik, ai nak cite pasal tudung bawal kerawang yang aku pakai tu le...

        untuk yang suka shoping online nie boleh le shoping dekat


        Aku rasa harga dia berpatutan dari kedai online lain
        kalau beli kat kedai lagi mahal

        Thursday, November 10, 2011

        nora danish sangat comel bertudung- Tentang dhia

                                         



        drama baru dah mula, aku dok layan sebab suka tengok nora danish bertudung comel sangat he3...dulu drama yang dia jadi puteri bunian pun aku layan sebab suka tengok dia bertudung...aku rasa nora danish nie lagi cantik bila bertudung kan...




        Sinopsis cerita Tentang Dhia:


        Bermula kisah sedih c
        inta tiga segi antara Dhia lakonan Nora Danish dan dua orang lelaki yang sangat dicintainya, Raffi (lakonan Irfan Roslan) dan Azmi (lakonan Ako Mustapha). Dhia dicemburui oleh Melly (Izreen Azminda) kerana Dhia menjadi rebutan dua lelaki tersebut.


        Dhia seorang gadis kampung yang disukai ramai kerana perwatakan yang ayu, lembut dan cantik. Dhia sudah lama jatuh hati kepada Azmi lakonan Ako seorang  anak kepada Imam di kampung dan bekerja sebagai kerani biasa saja. Manakala Raffi seorang pemuda yang berasal dari keluarga kaya dan berkelulusan dari luar negara menjadi teman rapat Dhia.



        Dhia bakal melangsungkan pertunangan dengan Azmi, Raffi sedih , namun tetap redha dengan keputusan Dhia walaupun dia masih mencintai Dhia.



        Kisah sedih Dhia bermula apabila Melly cuba memerangkap Raffi  dengan memaksa Raffi menidurinya dalam keadaan mabuk. Melly mengandung tapi Raffi tidak mahu bertanggugjawab. Melly cuba pulak memerangkap Azmi dan akhirnya mereka ditangkap khalwat.



        Dhia terkejut dan kecewa amat sangat apabila mengetahui tentang hal itu, lebih lebih lagi majlis pertunangan sudah hampir. Dhia yang jujur dan baik hati sanggup memaafkan Azmi dan mereka bertunang juga akhirnya. Melly tak mengaku kalah dia menyerang Azmi semasa majlis pertunangan dan mahu Azmi bertanggungjawab. Melly berjaya disatukan dengan Azmi tanpa kerelaan Dhia.



        Dalam keadaan masih sedih mengenangkan nasibnya ,
        Dhia didatangi pula Zikir (lakonan Ady Putra) dalam hidupnya. Zikir seorang arkitek dari Kuala Lumpur.


        Perkenalan Zikir dengan Dhia bermula apabila Zikir berkunjung ke kampung Dhia kerana Zikir menziarahi pengebumian  kawan baiknya. Di situlah Zikir jatuh cinta pandang pertama dengan Dhia.
        Zikir sebenarnya digilai oleh Rose (lakonan Tasha Shila).


        Selepas Dhia kehilangan Azmi dapatkah Zikir merebut hati dan cinta Dhia, adakah cinta Dhia dan Zikir akan terhalang lagi dengan kehadiran Rose pulak? Ok sama sama nantikan drama
        Akasia Tentang Dhia , 26 episod di TV3 jam 7 malam.

        Thursday, November 3, 2011

        petua hilangkan selsema








        1. Ambik limau nipis perah di dalam air tea ( tanpa gula & susu ) yang panas/ suam lalu diminum.






        2. minum air rebusan daun kaduk/sirih duduk








        untuk bayi


        3 helai daun sireh
        sebiji limau nipis ( diperah dan ditapis ambik air sahaja )
        ramuan air limau dan sireh dicampur dan di sapu pada dada dan leher bayi.





        sumber : http://petualama.blogspot.com/

        p/s : balik nanti nak cuba lah, makan ubat farmasi tak lega pun...

        Tuesday, November 1, 2011

        DIY Dress lama kepada baru

                     



        Bagi korang yang pening kepala nak fikir nak cari baru untuk p mana2 majlis, apa kata korang mix n match je baru lama kepada baru, selain dapat menjimatkan kos tak lah penuh almari ngan baju lama-lama. buatnya ada 10 majlis dalam sebulan takan nak beli 10 helai lak kan. selagi boleh berjimat y not kita berjimatkan...

        gambar model dress kat atas tu adalah dress yang aku beli secara online, kosong je kan dress tu, ok mari kita DIY supaya dia nampak lebih cantik untuk menghadiri majlis penikahan sepupu aku  pada 29 Oktober 2011.

        BAHAN-BAHAN

        - kain lace ( aku guna lebih kain lace mak aku huhu)
        - benang, jarum dan gunting
        - last sekali sifat kerajinan yang diperlukan heheheh

        TOTAL KOS = 0 he3...






         sedang buat2 sibuk betolkan veil pengantin ( veil tu aku jahit gak taw leh tengok kat SINI,

        Sebenarnya nak tunjuk bahagian tangan pun aku jahit gak dress hitam aku he3...yeahh aku nampak tinggi dan kurus bila pakai dress hitam nie...muka memang tak leh buat pe memang tembam semulajadi walaupun badan kurus huhuhu...

        lepas jahit manik nie kat baju aku rase pelik tol baju nie dah macam misai sotong lak kan...tapi kan bila aku pakai je ramai pulak yang tegur cantik siap tanya beli mana lagi. sampai mak saudara aku pun suruh jahit untuk dia jugak.