Sangat suka straws camni comel bangat...tu je motif aku nak beli straws camni...nak guna of coz sayang kan he3..terjumpa dalam blog luar negara.
Thursday, March 29, 2012
Wednesday, March 28, 2012
FRAME GAMBAR- COMING SOON
saiz frame A4 gambar boleh pilih 4R,5R dan lain-lain saiz
yg nie belum siap sepenuhnya lagi
Untuk 9 orang membuat tempahan terawal akan mendapat harga promosi contat saya di 019-4290584
Thursday, March 22, 2012
adakah lari dari rumah boleh selesaikan masalah?
sejak akhir2 nie banyak tol kan kes culik dan lari dari rumah, kat malaysia nie banyak kot remaja yang suka lari dari rumah. bila lari dari rumah depa rasa semua masalah leh selesai le kononya, padahal buat mengusahkan semua orang je. lain kali kalau nak lari sangat lari dekat tempat joging ok, sure badan sihat n otak pun cergas he3...
macam aku walaupun ada masalah kat umah, tak dak maknanya aku nak lari dari rumah, aku lari p umah abang aku je pun he3...itu bukan lari sebenarnya aku p teman akak ipar aku lah, abg aku p kursus.aku suka dok umah of coz lah aku takan lari dari umah hahahah.
so bila aku tengok muka 2 orang anak buah n main2 ngan depa, segala masalah aku cam selesai n aku pun tak terfikir sangat dah. perancangan Allah sangat sempurna kan, dan kebetulan kena p dok seminggu kat sana so tak lah aku serabut dok umah dan dapat berfikir dengan waras he3...
wafiy yg suka isap jari
abg long yg sangat nakal, malam2 asyik kena rebut ipad ngan adam. pantang tengok org pegang ipad dia pun nak sibuk gak huhuhu
Wednesday, March 21, 2012
tips hilangkan bau ayam
perap ayam dengan tepung gandum, asam jawa n garam. kalau letak asam jawa n garam je, ayam still berbau dan rasa tak lalu nak makan kan, bahan yang leh hilangkan bau ayam adalah tepung gandum.
Tuesday, March 20, 2012
saya sangat bosan
bila bosan buat benda merapu nie
bau kek gulung ini sangat sedap, buat tak sabar nak makan, tapi kenyang lagi.ex-bos yang bagi sebab tolong buat keja dia kot.
ayam masak kicap mamak
BAHAN-BAHAN UNTUK PERAP AYAM goreng BEREMPAH
Belender serai,bawang besar, halia,cintan manis dan bawang putih
masukan serbuk kari ayam
perap ayam dan ubi kentang dalam bahan yang dibelender diatas dan serbuk kari, gaul ayam bagi sebati, biar setengah jam. selepas itu boleh goreng ayam.
cara masak kicap mamak
tumis bawang kecil, daun kari dan kulit kayu manis sehingga garing. then masukan bahan lebihan perap ayam tadi bersama cili yang siap dibelender, letak kicap n sos cili sedikit. bila dah mendidih masukan ayam goreng berempah tadi letak sedikit gula n garam.
ok siap
p/s: resepi nie senang sangat sebabnya aku guna bahan yang ada kt umah je. pastu aku masak sesuka hati aku. kalau resepi asal banyak bahan lagi kot. buat spoil nak masak je kan.so kita buat yg mudah-mudah dah lah, janji sedap n ada rasa iras2 hahah...
Monday, March 19, 2012
baru siap draft veil
coming soon akan siap..yg nie untuk disewa bln 5 keatas...awl blan 6 dah ada org book. lum mula jahit lg...veil nie soft pink + lace putih...
Friday, March 16, 2012
rezeki di hari jumaat
Alhamdulilah ada gak rezeki terpijak hari nie.boleh gak beli sehelai tudung baru kan, cite dia camni indon kat tempat keja aku nie minta tolong aku bank in duit kat acc adik dia. so aku ok je pun sebab bank dekat je.Setiap kali dia minta tolong aku dia akan bagi upah duit RM 10. Sebenarnya aku tak nak ambik pun, bukan jauh pun hari2 aku p bank tu dan satu lagi keja tu tak susah pun kan. aku dah cakap tak payah bagi duit upah, tapi dia nak bagi gak, so terpaksa gak lah aku ambik he3...rasanya dah dekat rm100 kot aku dok himpun duit dia bagi.
p/s: pendatang sekarang lg kaya dari org m'sia taw. camna thah org bangla yg kja kt cini leh pakai mecedes huhu..
Monday, March 12, 2012
memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur.
Waktu Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati:
Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.”
oleh Dr Fadzilah Kamsah.
Friday, March 9, 2012
lelaki tak akan korbankan cita-cita demi seorang perempuan
Tiba-tiba nak tulis pasal nie, nie gara-gara tengok drama cina semalam. betol tak kaum lelaki?u all takan korbankan cita-cita korang untuk perempuan yang korang cintai. eh jap blog aku ner ada orang laki baca pun :p.
Bagi lelaki kerjaya adalah segala-galanya, selagi matlamat mereka tak tercapai selagi tu lah dia takan mengalah. then kalau perempuan harap untuk kawen cepat, tapi lelaki tak nak pun kawen cepat selagai matlamat tak tercapai. so perempuan lah yang terpaksa berkorban masa tunggu kan, pastu tu korang terfikir tak, lama mana nak kena tunggu sampai matlamat n cita-cita dia tercapai dan semuanya stabil. then bila kita tanya dia berapa lama kena tunggu dia tak boleh nak bagi jawapan.so girls kalau u all tak boleh nak buang masa tunggu lama-lama, y not bila ada peluang lebih bagus berjumpa ngan lelaki yang satu matlamat ngan korang kawen je ngan laki tu kan. pandai-pandai je aku nak tukar skrip tu, drama tu bersambung so aku lum taw apa akan jadi hahahah..
Tapi kan kalau leh tunggu pun, kalau si lelaki buat kita cam tunggul kayu je...cam sia-sia je le pulak kan. dalam cite tu girl tu tinggalkan laki tu buat sementara waktu, sebab dia taw laki tu tak leh nak komitment dalam hubungan sekarang, then bila laki tu berjaya kejar cita-cita dia girl tu akan muncul semula.
girls boleh je tunggu aku rasa, tapi kalau laki tak bagi perhatian sgat n sibuk dengan kerja, sangat membosankan nak tunggu kan.
girls boleh faham lelaki, tapi lelaki tak pernah nak faham girls.
lagi satu aku ada terbaca kt satu blog yang bloger lelaki tulis lebih kurang camni arr. kenapa girls yang ada bf tak nak kawan ngan lelaki lain, kononya cam setia arr kan, padahal baru bf je pun, lum tentu laki tu nak kawen ngan dia kan. so mamat tu nak menyeru kat girls camni kot berkawan je lah ngan semua lelaki, sebab kita tak taw pun sapa jodoh kita hahahah.(.aku tolong sambung sendiri he3 )
minum kopi leh jd kulit hitam..
sapa suka minum kopi ek, jangan terkejut lak tgok tajuk tu ok, tak leh jadi hitam pun kan. by the way bila dah mula minum kopi dah jadi ketagih kan. masa dulu-dulu aku tak suka minum kopi pun. teringat lak kisah dulu-dulu bila p umah tok aku, time petang tok aku bancuh kopi, tapi aku tak minum sebabnya tadi dah minum air ais yang tok aku jamu. so aku tak nak le minum lagi sebab aku spesis tak suka minum air banyak-banyak.taw tak tok aku ingat apa, tok aku ingat aku takut nak minum kopi sebab nanti kulit jadi hitam, hahahah kelakar tol kan. padahal aku tak suka minum air manis n panas tu je. air apa-apa pun sama gak, asyik minum tak habis. kalau terlampau dahaga je kot aku minum habis. sekarang nie 1 kali sehari je minum air manis. tekak aku susah tol nak telan. bila dah biasa ok je leh minum sekali sehari he3...air kosong je selalu aku minum, sebab senang tak yah bancuh, terserlah kemalasan disitu he3..
kopi yang aku suka indocafe tapi kena letak susu + ais baru leh minum :p.
Drama : Bunga-bunga syurga
malam nie episod pertama, nak kena tengok nie he3..kol 9.00 malam kat Tv3
Menyusuli drama bersiri “Dingin Lavenda” di slot Zehra, sebuah drama siri bertajuk “Bunga-Bunga Syurga” menampilkan Johan As’ari, Wawa Zainal, Hilal Azman, Rozita Che Wan, Bea Rameshan, Eyka Farhana, Eira Hazali, Daniel Hakim, Dato’ Eizlan Yusof dan ramai lagi bakal menemui penonton bermula 9 Mac ini. Bunga-Bunga Syurga terbitan Suhan Movies merupakan hasil karya pengarah, Jet Lee atau nama sebenar M. Nazir Juhan dan penulis skrip, Sharifah Abu Salem.
Drama ini mengisahkan tentang perjuangan seorang pemuda memberi pendidikan agama kepada kanak-kanak dan menyelamatkan kehidupan tiga anak yatim piatu yang dipelihara oleh ibu saudaranya yang kejam selepas ibubapa mereka mati dibunuh. Emilia (Eyka Farhana), 17, Nadia (Eira Hazali), 13 dan Haziq (Daniel Hakim), 12, terpaksa diserahkan kepada bapa saudara mereka, Azmin (Hilal Azman), selepas ibubapa mereka, Imran dan Mira mati dibunuh. Kematian Imran dan Mira masih misteri walaupun kes sudah bertahun berlalu.
Bapa saudara mereka, Azmin sanggup menerima amanah untuk memelihara anak-anak saudaranya tetapi isterinya, Baidah (Rozita Che Wan) berasa terpaksa. Apabila Baidah mengetahui Emilia, Nadia dan Haziq mewarisi harta jutaan ringgit, barulah dia tersenyum untuk menerima kedatangan mereka. Bagaimanapun Azmin mengkhianati amanah tersebut apabila memakan sebahagian daripada harta anak-anak yatim itu kerana hasutan Baidah. Baidah tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya, dia memaksa Azmin mengambil lagi walaupun Azmin tidak berani kerana peguam mula mengesyaki pengeluaran wang yang berlebihan.
Dalam satu pertengkaran, Azmin ditembak oleh Baidah menyebabkan dia lumpuh. Sewaktu lumpuh, Azmin sering bermimpi perkara-perkara buruk seperti dibakar dalam api neraka, meminum darah busuk dan banyak lagi. Ini membuatkan Azmin mula insaf akan perbuatannya dan kembali ke jalan Allah s.w.t. Dia juga enggan menandatangani borang pengeluaran wang yang diminta oleh Baidah. Baidah yang marah pada waktu itu telah menolak kerusi roda Azmin menyebabkan Azmin terjatuh.
Namun kepulangan anak kedua Azmin, Aiman (Johan As’ari) selepas tamat pengajian di Australia memberi sinar harapan buat Emilia, Nadia dan Haziq. Aiman pulang ketika Baidah dan kakak Aiman, Zila (Bea Rameshan) sedang menyeksa mereka bertiga. Aiman bertindak membawa ketiga-tiga anak ini keluar dari rumah tersebut. Walaupun menuntut dalam bidang perakaunan, Aiman banyak menimba ilmu agama di madrasah pengajian Islam di Australia. Aiman mula mengadakan kelas tuisyen dan menghafaz al-Quran bagi pelajar yang berhampiran dengan rumahnya.
Atas bantuan Haji Halim (Dato’ Eizlan Yusof), Aiman pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan tauliah dari Jabatan Agama bagi meneruskan kelas hafazannya. Haji Halim banyak menceritakan tentang anaknya, Shaffiyah yang terpaksa bekerja di bandar untuk membantu membiayai pusat pengajiannya. Haji Halim menceritakan sahsiah Shaffiyah sebagai gadis baik dan pandai mengaji. Bagaimanapun, apabila melihat gambar Shaffiyah, Aiman terkejut kerana Shaffiyah adalah Sofia (Wawa Zainal), perempuan simpanan bapanya, Azmin.
Sofia enggan pulang ke kampung kerana malu dan dihantui rasa bersalah dengan bapanya. Oleh kerana dendam yang menebal, Zila bertindak mencederakan Sofia sehingga Sofia terpaksa menerima rawatan selama sebulan di hospital. Haji Halim membawa Sofia pulang walaupun masih lemah dan memerlukan masa untuk Sofia sembuh sepenuhnya. Pertemuan di surau mengejutkan Sofia kerana Aiman tidak pernah membangkitkan tentang hubungan Sofia dengan bapanya. Akhirnya, Sofia sendiri menceritakan kepada Aiman bagaimana hubungan sulit itu terjadi.
Aiman mahu Sofia berterus-terang tentang perkara sebenar kepada bapanya walaupun Sofia cuba untuk terus merahsiakannya. Apakah yang berlaku seterusnya setelah Haji Halim mengetahui hal sebenar? Apa pula yang bakal dilakukan oleh Baidah dan Zila untuk menuntut ‘hak’ mereka? Saksikan barisan pelakon, Johan As’ari, Wawa Zainal, Hilal Azman, Rozita Che Wan, Bea Rameshan, Eyka Farhana, Eira Hazali, Daniel Hakim, Dato’ Eizlan Yusof dan ramai lagi dalam Bunga-Bunga Syurga di slot Zehra, setiap hari Jumaat jam 9.00malam bermula 9 Mac ini. Penonton yang terlepas menyaksikan Bunga-Bunga Syurga boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.
sumber :http://www.tv3.com.my
Thursday, March 8, 2012
menulis adalah dari hati kita?
Assalammualaikum
kalau nak kenal orang tu lebih dekat kita kena baca apa yang dia tulis dan dari c2 kita dapat kenal peribadi dia secara tak langsung betol tak.? bagi aku lah dengan menulis apa yang kita rasa n fikir akan dapat diluahkan. sangat berbeza bila kita bercakap, bila kita bercakap benda yang kita cakap tu adalah spontan dan terlalu mengikut emosi. bila kita menulis kita sempat lagi nak berfikir kan. setiap orang ada 2 watak yang berbeza.luaran lain dalaman lain.
macam aku sendiri kat luar susah tol orang nak dengar aku bercakap, ko tanya 10 patah, maybe aku jawap sepatah je. kat bog je kot aku banyak membebel. kalau cakap telefon pun aku tak reti nak sembang.kalau msg banyak lak aku nak cakap.
pastu kalau orang marah2 aku, malas aku nak balas balik sebab nanti aku marah balik ikut emosi pastu aku gak yg nagis hahahah...rasa cam nak lempang diri sendiri sebab sensetif sangat. tapi sekarang bila ada masalah dah kurang nagis sebab cepat2 ingat Allah, kalau dah tak kuat sangat baru nagis pastu rasa lega sangat.
kat blog aku guna perkataan 'aku' sebab cam cakap dengan diri sendiri. cuba kat luar aku guna perkataan aku bila cakap ngan kawan-kawan or saudara mara mesti orang cakap aku nie kasar giler cakap camtu kan. kat luar aku tak guna perkataan aku..just ngan adik aku je pastu kawan girl 1 negeri utara je leh guna "aku" untuk org yg betul2 rapat je.
p/s: cuba tengok kat fb ramai yg tulis status yg emosi bermacam2 kan, semua tu dari hati. so sebab tu aku tak suka tulis apa yg aku rasa kt wall fb, nanti semua orang akan dapat taw apa yang ada dalam hati aku hahah.ada yang boleh dikongsi, dan ada yang tak boleh dikongsi kan. sama lah cam blog jugak.
pencinta terbaik
nie lagu soundtrack cinta kura-kura oleh sofaz, best gak lagu nie. filem nie aku tak tengok pun. tunggu ada kat youtube nanti baru tengok he3...
Berikan ku peluang terakhir sekali lagi
Untuk membukti kasih sejujurnya di hati
Maafkan seandainya cintaku tidak sempurna
Kaulah insan pertama berpacaran dengan ku
Dan bersama ku mahu masa depan yang kukuh
Maafkan seandainya ku masih amatur cinta
Luahkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik
Bukan dengan sengaja tidak cukup prihatin
Ku harap kau bersabar dan rasa lebih yakin
Maafkan seandainya masih amatur cinta
Luahkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik
Maafkan seandainya masih amatur cinta
Luahkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta oo pencinta terbaik
jakun tol pakai benda alah nie...
firstime pakai masker cam nie, teruja sangat bila barang dah sampai, apa yang menarik sangat pasal masker nie sebab bila dah kering leh tarik masker nie cam topeng dan blackheads & whiteheads pun akan melekat kat topeng tu. Tapi kan masa nak tarik masker nie air mata dah mula mengalir lak hahah...by the way best kot pakai benda alah nie, pas buang masker muka jadi bersih je, sebab semua kotoran ditarik keluar.
Masker yang membersih secara mendalam unutk kulit yang bersih tanpa cela.
Masker kupas berevolussinari membersih secara mendalam yang memberi kesan serta
merta untuk menanggalkan bintik-bintik putih serta sel-sel mati yang terkumpul.
Clear Pore Deep Cleansing Mask bertindak tidak seperti yang lain untuk mengambalikan
kecerahan,seri dan kegebuan kulit.
✿ Clear Pore Deep Cleansing Mask :
-Berkesan untuk menanggalkan bintik-bintik hitam & putih dengan serta merta.
-Berkesan untuk rawatan pembersihan mendalam setiap minggu.
-Berkesan untuk kulit yang cenderung bermasalah di bahagian belakang badan.
-Berkesan untuk kulit yang berminayk dan berjerawat.
-Berkesan unutk lelaki dan wanita.
✿ Clear Pore Deep Cleansing Mask di formulasi dengan :
- Arang :
Menyerap minyak berlebihan dan kotoran kulit wajah yang lebih bersih, tidak berminyak.
- Aloe, Chamomile, ekstra Mentimun dan Asid Hyaluronik :
Melega dan dan melembap agar kulit kekal lembut dan terhidirat semasa rawatan pembersihan mendalam.
- Ekstra Whitch Hazel :
Mengetatkan pori-pori yang telah dibersihkan untuk tekstur yang lebih halus dan untuk mencegah pembetukan bintik-bintik hitam dan putih.
p/s :dah dpat barang baru perasan nie produk cosway, padahal cosway dekat je ngan umah aku hari2 lalu c2, rugi caj pos hahahah...
Wednesday, March 7, 2012
mari bayar cukai tanah online
cukai tanah kena bayar setahun sekali je, tak mahal mana pun. cam aku lak ada tanah kena bayar kan. padahal nak cite kemalasan aku nak p bayar cukai tanah bos aku punya. cukai tanah nie sangat leceh taw boleh bayar dekat pejabat tanah daerah masing-masing je. leceh tol tak leh bayar kat pejabat pos cam bil-bil yang lain. aku dah le malas nak p pejabat tanah tu, jauh ok pastu bayaran dia sikit je pun. ada dalam 6 keping bil tak sampai seratus pun.
so aku pun cuba lah google cara nak bayar online, alhamdulilah mudah sangat dan menjimatkan masa.bayaran secara online kena ikut negeri masing-masing jugak. apa yang korang perlu ada adalah akaun bank yang didaftar secara online. aku guna Maybank2u.
so kalau nak bayar cukai tanah secara online bagi negeri Pulau Pinang boleh rujuk SINI
RESIT RASMI akan diproses dalam 1 hari bekerja, so kalau korang buat pagi nie, sok pagi baru korang dapat print Resit Rasmi tu ok. setiap bil bayaran secara online akan dicaj RM 0.50 je.
bila hati tak bahagia
Assalammualaikum.... kenapa lah aku tak boleh menulis sekarang idea langsung tak dak, nak sambung ayat pun tak boleh, serius ini sangat teruk aku rasa. tido malam pun tak lelap sangat asyik terjaga 2, 3 kali setiap pagi...macam mana nak bagi tido normal balik nie. dah sebulan aku asyik terjaga tengah2 malam then nak lelap balik susah. selalunya kalau tukar tempat baru je akan jadi camni, tapi aku still dok umah tak pindah mana pun.
p/s: sekarang dah tak bebas nak menulis di blog or fb, banyak hati yg nak kena jaga, n xnak semua org tahu. Just boleh mengadu dan bercerita ngan Allah.
Monday, March 5, 2012
tempat chat dulu-dulu
Selamat petang....ampa ingat tak zaman dulu2 tempat chatting paling popular adalah MIRC. pada zaman tu facebook tak wujud lagi. ngan mirc nie kita leh chat ngan ramai orang tapi tak nampak muka n tak kenal cam fb kan. dalam tahun 2002 cam2 le zaman aku study...balik cuti ujung minggu giler nak chatting he3...itu dulu zaman remaja, sekarang tak minat dah huhuhu. rupanya dia dulu cam lain, sekarang dah lain lambang dia. thah ada orang guna lagi ke mirc nie ek? aku google tadi jumpa le lambang kt atas tu, kalau nak guna mirc kena download dulu.
Friday, March 2, 2012
masjid pas vs masjid umno?
Aku bukan nak cakap pasal politik, just nak cite apa yang aku nampak....dekat satu kawasan nie ada 2 buah masjid yang berdekatan...lebih kurang bertentang lah, satu orang pangil masjid papan dan satu lagi masjid batu. tak pasti napa ada dua masjid berdekatan sangat. antara dua masjid nie masjid yang fames dan selalu buat majlis agama dan selalu mendapat sambutan ramai adalah masjid batu, sekarang masjid batu nie sangat cantik taw, walaupun dulu biasa sangat tapi penuh je orang sampai kat luar.
so korang dah dapat tangkap lum, masjid batu n masjid papan dimonopoli oleh parti mana?...by the way kalau nak ikut kita saudara sesama islam gunalah masjid sama- sama kan.walaupun berbeza fahaman politik bab agama sama je kan.
p/s: tanda pilihanraya makin dekat dapat paper berita harian percuma kat masjid tadi, (kalau dapat berita harian tu mesti umno yg bagi. mguan depan kalau dapat harakah lak, mesti pas lak yang bagi kan.
aku parti apa ek? tak sokong mana-mana pun. tak suka politik.
Thursday, March 1, 2012
sunny Girl (Sunshine Angel )
Drama nie tengah ditayang dekat 8tv setiap hari sabtu jam 6.30ptg. seminggu sekali je lambat tol nak kena tunggu bagi habis kan. so aku download lagi senang, leh tengok cepat he3...
Subscribe to:
Posts (Atom)