Friday, December 28, 2012

veil bertunang dan nikah

veil bertunang aziah- Pahang

customer request : design simple
veil putih + lace putih + pearl biru









veil nikah Nadiah - Perak
customer request : design ala2 veil  blogger  Irine Nadia Marcell  (puas gak lah aku dok belek bahagian bawah                   
                            belakang  veil irine nak buat bunga camna he3 ) selamat bila dh siap customer puas hati.
                              
veil putih + lace putih krim +pearl putih dan baby pink+ bunga 3D putih dan baby pink.







TERIMA KASIH buat Aziah dan Nadiah coz telah memberi kepercayaan kepada izyanty collection untuk melengkapkan hari bahagia korang. selamat bertunang dan selamat pengantin baru semoga bahagia selalu dan mendapat barakah di dunia dan akhirat.


Kepada yang berminat nak tempah veil UNTUK 2013 dengan harga kurang dari RM 100 cepat2 PM DI FB  izma yanti or email izyanty10@gmail.com @ 019-4290584 TAWARAN HARGA DISKAUN  SAH SEHINGGA 31/12/12 ini sahaja. 



p/s : perasan tak watermark baru izyanty collection kali nie buat sendiri taw.

Thursday, December 27, 2012

perkara yang best bila mak saya ada kat rumah



Assalamualaikum....nie adalah menu breakfast aku...bukan main lg pagi2 dah sarapan udang celur tepung kan....mak aku sekarang suka buat sarapan yg best2 sejak dua menjak nie taw. kalau ada ketam, ketam celur tepung lak, makan time breakfast ok...yg nie mak  aku  bekalkan utk aku makan kt ofis...jimatkan...dah mak aku suka masak  anak dia ambik kesempatan lah hahaha...

 3 minggu lepas mak aku bukan ada kat umah pun tinggal aku sorang2, pe lagi menumpang kat umah abg aku lah kan.  Hari2 kena makan beli...selalu tengahari makan panas n sedap, sekali mak aku tak dak breakfast + lunch = makan sekali je. pastu untuk mlm aku masak simple2 je  janji homemade...aku lebih suka makanan yg dimasak kat umah dari makan kedai. 

Bila dah malam baru aku gerak p tido umah abg aku, tak dan nak main lama2 ngan anak buah aku sangat sebab aku sibuk siapkan tempahan veil.

 adam yg makin nakal
 wafiy dah boleh jalan, tp malas nak pratis jalan...sabar je lah budak manja nie, asyik nak melekat kat ibu dia je





Friday, December 21, 2012

Pengalaman 3 minggu bersama Felinna inch loss




Assalamualaikum.....korang teruja tak bila dengar ada produk ajaib leh kuruskan badan ngan cepat....of coz girls kat luar sana teruja kan. mungkin orang yg kenal aku akan cakap y aku sibuk nak beli produk nie kan, memang lah aku tak besar sgt tapi perut aku buncit then bila pakai dress or jubah nampak perut buncit, pas2 adik aku dok sibuk cakap, wei ang buncit arr....memang nak kena lempang tol, taw arr dia tu kerimping sampai cam papan hahahah....bila keja asyik duduk je of coz paha pun besar ok...so nak kuruskan paha sama. Pipi tembam memang dah sejak azali lg tak leh kurus hahah  badan kurus pipi still gak camtu.   boleh kuruskan pipi gak kan losen nie, tapi jarang pakai kat muka...so tak berapa nampak kesan lagi.

sebenarnya nak gitaw dalam seminggu pakai dah leh nampak kesan, so sebelum pakai produk nie sila ukur dulu ok. dalam masa 3 minggu nie aku pakai 2 inci kurang. walaupun 2 inci kurang berbaloi ok...sebab dah tak nampak perut buncit sgt. Kenapa aku nak cuba sangat produk nie sebab aku perasan 1 perkara pada diri aku, tido malam tak selesa sebab perut berlipat so sekarang tak boleh tido ngan selesa. sebelum nie pakai baju saiz s ada ruang kosong lagi, sejak bilah thah aku baru perasan pesal baju - baju aku kecik sangat nie muat2 pakai je, nampak tak kena tukar saiz baju S ke M lak.

so pasni nak cuba baju lama muat lagi ke tak. lagi pun produk nie baru kat pasaran je kan, dekat 2 bulan. By the way aku tak risau pun berat badan aku naik ke apa, yang penting bila pakai baju selesa. bila rasa tak selesa baru perasan badan dah naik rupanya....aku memang tak pernah amalkan diet ok...hari2 kena makan nasi 2 x sehari. so kalau nak kecilkan bahagian2 tertentu tanpa makan ubat n pantang boleh cuba produk Felinna inch loss nie ok. Apa yang menarik pasal produk nie losen dia tak panas pun,kalau letak banyak2 panas gak lah, pengasas dia sarankan sapu nipis je, kalau teruja sangat nak kurus, 1 hari sapu lah banyak kali hahah.  Yang paling best losen nie wangi sangat ok...boleh pakai time p keja lagi haahah...

aku nak share satu lagi yang nie aku sendiri cuba, girls2 yang selalu segugut sakit perut macam aku, cuba sapu kat perut n belakang pinggang..insyaallah tak lah menderita senggugut sangat kan, letak banyak sikit bagi panas disamping tu dapat bakar lemak kan he3..


daripada apa yg aku baca ibu mengandung pun leh pakai tapi jangan sapu kat badan n belakang pinggang sangat bahaya untuk baby...panas cian baby....ibu-ibu lepas bersalin sangat sesuai pakai nak kuruskan balik badan. aku rasa paha aku kurus sikit, tapi tak taw berapa inci sebab aku dah confuse bahagian mana aku ukur, tak ke senggal huhuhu..  


ooppss terpanjang lak membebel kan...
sapa2 yang berminat nak cuba produk nie leh PM fb or 019-4290584



APA KEISTIMEWAAN FELINNA BEAUTY INCHLOSS LOTION SEHINGGA MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT MASAKINI
Diformulasi dari bahan semulajadi yg selamat utk semua, termasuk wanita hamil (syarat nya jangan sapu pada perut dan belakang pinggang), untuk ibu menyusu atau mereka yang gastrik.
Yang sedang makan pil kurus atau dalam rawatan kurus pun boleh guna untuk menambahkan kecepatan proses pembakaran lemak.
Selain menghilangkan lemak2 berlebihan dan selulit, ia juga memperbaiki/merawat tekstur kulit badan agar lebih sihat, anjal, berseri serta memberikan wangian semulajadi.
Boleh disapu pada pipi dan dagu (sapuan nipis) untuk menjadikan dagu lebih runcing dan menghilangkan dagu tembam atau berlipat, kulit leher melendut)


Thursday, December 20, 2012

chili crab dan nasi ayam yg sedap


makan malam chili crab dan sayur campur
 chili crab letak daun limau perut so rasa ala2 tomyam sikit...sedap ok...kalau nak makan ketam sila tunggu bulan penuh taw, baru isi penuh..yg nie besar tapi isi kurang he3..






pencuci mulut buah nangka


menu tengahari nasi ayam madu



semua kat atas nie sedap-sedap ok...kak ipar aku yang masak....tambah2 makan free lagi lah sedap kan...malam sebelum tu makan free gak kat restoran puncak sempena birthday abang aku. disebab my mum xdak kat penang sekarang tak sambut sekali lah, mak aku 12/12/12  abang aku 13/12/12... dekat2 kan. nak tunggu mak aku balik nak celebrate birthday mak lak. 


p/s : alhamdulilah dapat makan free sedap2 aritu....pastu dapat baju free lak tu akak ipar aku bagi cantik ok...thank;s to my k.ipar..mesti adik aku jelous hahah lum tunjuk kat dia lg.

Wednesday, December 19, 2012

Bank Islam dan Ambank tolong lah upgrade mesin

Assalamualaikum.....sesi mengkomplen lak hahahah....baru-baru nie aku nak p bank in cheque kat dua2 bank nie. disebabkan time keja aku buzy nak kuar n jauh dari tempat keja, aku p lah ari cuti, kalau lalu leh singgah bank in. Tapi ari2 kitaorang tak kuar mana2 pun just p makan, lepak tgok movie kat umah abg aku je. Then bila petang tu p lah cari bank islam kat bagan, sekali sampai still guna mesin lama yg kena masukan cheque dlm sampul, yang malangnya sampul tu tak dak, so terpaksa lah balik ngan hampanya.

lepas balik dari Bank Islam singgah lak Ambank guna mesin jenis lama gak kena letak cek dlm sampul....so petang tu dua keja aku tak siap lah kan. Ambank tu kira ok lagi sebab dekat ngan aku. Bank lain dah pakai mesin canggih kan, terus leh bank in cheque .Kiranya dua2 bank nie time bank dah tutup mmg tak leh bank in cheque le kan, buat spoil orang je kan. begangnya aku. moral of story kena ambik sampul cheque banyak2 simpan kat ofis hahahah atau pun 2 bank nie kena cepat2 upgrade mesin korang, menyusahkan orang taw tak, dah lah aku jarang guna 2 bank nie so aku tak alert sgt.

idea paling best Bank islam silalah buka cawangan kecil kat kawasan sg dua he3...kawasan nie majaroti bank penting ada. aku rasa bank Islam perlu banyak cawangan untuk menggalakan orang islam mengguna perbankan secara islam dan mengikut syariah. 

Thursday, December 13, 2012

Telekung lace

kredit picture to Bella Ammara

Assalamualaikum....firstime aku tengok telekong yang cantik camni sebab colour yg soft dan ditambah pulak keliling tu lace, cantik sangat ok. salah ke pakai telekung cantik-cantik camni? pendapat aku tak salah kan. kalau nak kuar or jumpa orang kita nak pakai cantik2...tapi jumpa Allah tak nak pakai cantik2 lak ek. tapi yang penting niat dan khusuk dlm solat harap maklum. telekong putih selalu jarang kan. then kena pilih yg kain double bahagian tengkok, baru tak jarang ok.

Bagi aku kalau solat kat umah lebih sesuai pakai telekung colour soft camni kalau p masjid cam menganggu jemaah lain n ada rasa riak lak nanti kan, telekung tu lebih cantik buat orang sekaliling tak khusuk solat lak kan..hahahha... tak yah cakap orang lain, aku yg setahun sekali p time bln puasa n sembahyang raya pun  secara automatik tengok telekong yg colourful dan berkerawang menarik perhatian pastu tengok telekung sendiri biasa je he3..pastu terus terfikir next year dtg solat raya nak pakai telekung yang cantik2 camtu gak lah he3...

telekung nie guna kain satin yg tak jarang nampak cam sejuk je, pastu model yang pakai lak cantik of coz telekong tu bertambah cantik he3...pastu terus rasa nak beli gak huhuhu....tak silap aku harga dalam RM 150 murah le jugak kan dari beli tudung pendek yang 150 keatas tu nie leh tutup semua aurat huhuhu. nak buat telekung hantaran pun cantik, pastu leh solat berjemaah ngan suami kan.

Kalau u all nak beli leh tengok kat pages Bella Ammara dia tengah restock kalau sempat beli lah, kalau tak kena tunggu lagi he3. aku pun belum beli lagi  ke nak buat sendiri je ek he3.


Wednesday, December 12, 2012

nak mula rajin menulis balik lah







Assalamualaikum....perasan tak aku memang malas menulis...keterlaluan lak tu malas sebab tak dak idea, bila ada idea terfikir patut tak tulis macam tu, kang ada yang terasa lah, pastu tak jadi nak menulis. aktiviti pun dah kurang sekarang so tak taw nk merapu apa kt blog. kalau asyik review pasal veil orang pun bosan gak, xyah kata orang lain aku pun  bosan gak he3.... 

Baru-baru nie cuba cash out nuffnang, tapi aku tersilap kat nama lak tak tulis cam kat ic. kesalahan yang selalu orang akan buat tulis Bt, padahal kena tulis penuh Binti so aku punya cek tak dapat diproses lagi le kan. firstime nak cash out setelah 2 th jadi blogger, sikit je lah sebab aku malas update blog, follower pun tak ramai. Bila difikir2 balik dari 1 sen leh terkumpul jadi puluh dan ratus y not usaha lagi biar rajin menulis sikit dan dapat duit leh gak shoping kan he3....


p/s : hari nie 12/12/12 birthday  my mum....sekali lagi aku tak mampu nak hadiah sesuatu yang dah lama mak aku minta, nak buat macam mana kan Allah yang tak bagi lagi, walaupun macam mana kita usaha kalau Allah  kata belum masanya still tak akan berlaku kan. semoga Allah selalu melindungi mak dan diberikan kesihatan yang baik.  




Friday, December 7, 2012

ada sapa2 nak veil panjang ala2 Diana Danielle tak?










Assalamualaikum...cantik kan veil diana, aku rasa dalam 4m or lebih kot panjang veil dia. ada sapa2 berkenan nak pakai veil panjang camni tak? kalau ada yang nak tempah veil panjang or pendek leh pm FB Izma yanti Sebabnya izyanty collection tengah bagi harga diskaun 10% sampai 31/12/2012 nie je. so cepat2 buat tempahan utk 2013 pada tahun nie dan membuat bayaran deposit. kalau nak tempah veil panjang sila buat tempahan 6 bulan awal or lebih dari tarikh majlis korang ek. bagi veil pendek sebulan or lebih dari tarikh majlis korang. 

kenapa kena tempah awal2...of coz sebab tak nak tergesa2 n kalut, nak jahit veil nie perlukan masa dan ketelitian dan kasabaran yg tinggi he3...so sila faham dan berkerjasama dengan saya ok. last minute tempahan kalau ada masa n bahan sahaja akan diambil. menjahit veil adalah partime sahaja dan saya berkerja disiang hari macam orang lain jugak. so sila tempah awal ok.

apa-apa pun Terima kasih banyak2 kepada customer yang telah membuat tempahan dan bayaran deposit. veil yang dihasilkan adalah mengikut kehendak customer dan kalau nak pendapat dan idea dari izyanty collection saya tak caj extra apa-apa pun. free postage lagi taw. dan harga yang ditawarkan adalah lebih murah dari tempat lain. 


kalau RAJIN tolong like pages saya



kalau nak tempah PM FB personal saya  Boleh tengok gambar veil yg telah dihasil di album fb saya ok.
Terima Kasih kerana sudi membaca en3 ini :)


p/s : gambar semua diatas ihsan dari google

Thursday, November 29, 2012

bosannya tengok berita tv 3

Sekarang nie bila buka berita je semuanya nak cakap pasal politik je kan, mual ok tambah2 tv 3...dah lah berita 1 jam banyak dok ulang hal politik je aku tengok. so kena tgok berita tv 9,1/2 jam xdak lah politik banyak sangat. aku memang tak suka politik, serabut tol tengok politik malaysia nie, macam2 hal.baik buat tak taw je. janji p mengundi dah le dari tak p langsung. aku dok tengok ramai gak orang tak p mengundi daftar pun tak. kalau leh  mengundi online kan senang hahahh...tak suka taw tak keadan bila mengundi n minggu sebelum menggundi, jalan sesak je gaduh mulut sana, sini sangat serabut aku rasa.

 Time pilihanraya aku nak dok senyap2 kat umah, jangan suh aku join kampen pilihanraya tak berminat he3...masa pilihanraya yg lepas tu camna thah terpaksa join, bila suh kampen aku xp pun. Dah le aku spesis dok umah tak bergaul ngan orang sangat, suh aku kampen, memang tak ar kan.

Tuesday, November 27, 2012

harga veil kurang dari RM 100 tinggal sebulan je lagi


Assalamualaikum...tinggal lagi sebulan sebelum 31/12/2012 untuk tempah veil dengan harga kurang dari RM 100++...So kepada sapa2 yg nak tempah veil untuk tahun 2013 dan mendapat diskaun 10% sila buat tempahan sebelum 31/12/2012 dengan membuat bayaran deposit sekali..pada TAHUN 2013 harga veil dari Izyanty Collection yg ditempah akan mengikut harga pasaran, but still boleh runding harga. Yang telah membuat tempahan dan bayaran deposit Terima Kasih diatas kerjasama yg diberikan.

klik pada gambar..untuk melihat veil yg telah ditempah

KOLEKSI VEIL HANDMADE



kepada yang berminat nak tempah veil dari  izyanty collection boleh lah contat saya 019-4290584 atau PM fb personal

Friday, November 23, 2012

mencari keredhaan hidup dan kebahagian

Assalamualaikum..

 Sedikit perkongsian dari hati dan emosi sendiri he3...by the way aku banyak idea bila masuk  toilet, pelik tol, bila dok depan labtop aku tak lah berkobar2 dapat idea pun...pas tu dok kena ingat balik pe benda nak tulis. perlu ke p toilet bawa buku nota hahhaah..


Aku rasa kita semua nak hidup dalam keredhaan Allah kan. apa yang kita buat dan apa yg kita lihat. Dari redha itu datangnya bahagia kan. so nak bahagia kena cari keredhaan Allah. Dalam setiap tindakan kita dan aktiviti seharian adalah berlandaskan agama, bukan main redah n fikir tak penting nak ikut. 

sedikit panduan  untuk berubah menjadi lebih baik berkawan dengan orang positif dan berada dalam persekitaran positif. dua aspek nie aku rasa sangat penting dalam hidup aku. sebab aku tengah berusaha memperbaiki diri. dengan adanya fb, blog dan lain-lain lagi dlm dunia maya nie banyak membantu ke arah untuk berfikiran positif, sebab tu kena follow benda2 positif  bukan negatif. Apa-apa pun semua dalam diri kita sendiri.

kalau nak panduan n inprasi 
korang leh like page Prof Dr muhaya


kita akan baca post2 dari page yg berilmu nie secara tak sengaja  dan akan masuk ke dalam hati dan insyaallah sikit2  belajar  perbaiki diri. korang ada banyak lgi page yg berilmu lain, boleh coment kat bawah nie. TQ

NAK  TAW  KHASIAT  VITAMIN C KLIK  SINI




jom menderma, walaupun sedikit sangat bermakna buat Rakyat di bumi Gaza. 








Wednesday, November 21, 2012

cara berkesan hilangkan migrain

Assalammualaikum.....
 ada sapa2 taw tak cara nak hilangkan migrain selain makan ubat, dah cuba google dan jumpa 2 petua paling senang. dah cuba tapi tak berjaya pun, xnak  hari2 telan penadol, boleh biol pale aku, lagipun panadol n ubat tahan sakit tak leh makan selalu. dah seminggu migrain tak hilang2 lagi. 




OK, petua 1 ialah ambil setin/sebotol kecil 100 plus.
Tuang dalam gelas - takat separuh gelas je tau!
Tambah air jarang/air mineral/air bertapis dalam gelas tu tadi.
Maknanya mesti nisbah 1:1, faham kan?? Bagus!
Kemudian baca Bismillah, niat minta Allah sembuhkan, minum, Alhamdulillah...
Disarankan untuk cuba tidur lepas tu. Kalau di pejabat atau tempat awam lain, pandai-pandailah bawa diri..

Petua 2 ialah untuk Muslim/Muslimah:
Amalkan bertafakur-sujud 5 minit lepas solat Subuh. 
Edaran darah yang betul ke otak dan kepala akan jadi lebih lancar ketika sujud.
Insya Allah, prevention is better than cure..
Pernah baca atikel pasal seorang doktor/saintis barat yang peluk Islam lepas buat kajian pasal sujud ni..


p/s : bila aku banyak fikir of coz migrain nie akan jadi, camna nak stop fikir nie...

Friday, November 16, 2012

vitamin c organik dengan harga murah

Assalamualaikum....

korang pernah dengar pasal vitamin c organik tak, rasanya dah femes kat fb dan blog kan, sampai aku pun sibuk nak makan jugak, setelah ramai yg cakap berkesan dan tengok gambar testimoni yg berjaya lagi lah teruja kan he3.. lagipun vitamin c nie memang bagus untuk badan kita kan. aku dah cuba 30 biji dulu aritu pastu stop sat sebab dok cari harga yg lebih murah. satu bulan kena makan 60 biji of coz lah nak jimat kan he3...kalau nak inject vitamin c mahal ok, pernah gak masa zaman belajar, masalah kulit jerawat teruk, so baik telan je murah dan mudah. lagipun badan aku memang lemah sikit selalu kena selsema, sebab kurang vitamin c lah kan, kena hujan sikit dah ngada2 nak deman tak demam lak.


kalau ada masalah resdung memang bagus makan vitamin c nie, aku memang ada masalah resdung kalau makan makanan laut je terutama ketam n sotong mula lah gatal2. Aritu jadi gatal2 pas makan aku saja test makan vitamin c nie, ok terus hilang gatal, perhhh saiko lebih kan hahah..tapi betol lah.

lepas ni nak makan secara konsisten sebab dah dapat harga murah, aku dah lah malas nak jaga muka, tambah2 bila sibuk n tak sihat, langsung tak peduli. makan dari dalam baru semua masalah leh hilangkan. bersihkan dr dalam dulu.



KALAU BERMINAT NAK CUBA DULU BOLEH BELI
30 biji RM 30
60 biji RM 60

contat saya 019-4290584 / e-mail izyanty10@gmail.com atau PM FB

kenapa aku jual harga murah dari pasaran ek, nie sebab aku beli borong untuk makan sendiri dan family, so alang2 leh jual sekali.
           






Cara pengambilan adalah 2biji sehari iaitu selepas makan pagi ATAU makan tengah hari.




Fungsi Vitamin C 500mg( doctor recommend) :

- Menghaluskan & melicinkan kulit secara menyeluruh
- Mengecilkan pori-pori kulit
- Menaikkan seri muka
- Memberikan tona kulit yang sekata & cerah (seluruh badan)
- Melembapkan kulit secara menyeluruh
- Memulihkan rekahan pada tumit kaki dan siku
- Merawat maslaah jerawat di muka dan badan
- Merawat masalah jeragat
- Melindungi daripada pembekuan darah dan lebam
- Mengurangkan parut jerawat dan kesan luka
- Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu
- Meningkatkan imuniti badan, kurangkan jangkitan selesema
- Membantu mengurangkan gejala alergi
- Meningkatkan penglihatan
- Membantu sistem penghadaman
- Mampu mencerahkan bahagian-bahagian gelap di celah-celah bahagian badan ( ketiak, peha dan lain-lain)
- Amat sesuai bagi yang mengalami masalah resdung





Yang paling best, tak perlu pantang MALAH:

- Ibu mengandung boleh mengamalkan Vitamin C 500MG ini
- Boleh diamalkan ketika period
- Boleh menambahkan susu badan bagi ibu yang menyusukan anak
-Sesuai untuk LELAKI dan PEREMPUAN yang berusia 12TAHUN ke atas

KKM APPROVAL DAN DIJAMIN 100% HALAL






vitamin c organic

Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi. Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.

~Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.

~Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.

~Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.

~Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.

~Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.

~Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.

~Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.

~Merawat jangkitan saluran kencing. Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain




Wednesday, November 14, 2012

veil biru turquoise untuk disewa









material : veil nett biru turquoise + lace pink +bunga 3D turquoise + pearl biru dan pearl turquoise

BERMINAT UNTUK SEWA SILA CONTAT 019-4290584 / e-mail izyanty10@gmail.com only RM 50 SEWA.


untuk lain-lain colour VEIL untuk disewa  KLIK SINI

Thursday, November 8, 2012

just baca dan like :)

Assalamualaikum Saya hanya menyampaikan amanah seorg ustaz. Cuba kita buktikan insya Allah. Bismillah hirahmannirahim: Innaka la minal mursalin a'la siratim mustaQim tanzilal azizir rahim Litunzira qaumamma unzira aba uhum fahum ghafilun. Tolong kirim potongan ayat dr surat yasin ini minima 13 org, Insya Allah 2 jam kemudian kmu akan mendengar kabar baik & mndapat kebahagiaan, demi Allah dan jgn di hpus sblm di sbarkn. Kita berbagi doa sesama muslim. (Bukti rakan saya yg dah buat,2 jam sdh saya laksanakan tnyata rzeki dtg subhanallah. Dgn izin Allah SWT.Jgn lengah lagi trus buat...)


p/s : kita dpt dr pm fb...xrugi baca ramai2 kan...

Wednesday, October 31, 2012

Hand bouquet




Terima kasih buat siti Roseshahida -negeri sembilan
customer request : light pink + light purple +silver




Terima kasih nunu fendy - s.alam
customer request : bunga crepe merah + krim


selamat pengantin baru semoga segala urusan dipermudahkan allah dan sentiasa dilindungi Allah.


kalau ada yang berminat nak tempah macam nie jugak boleh contat saya 019-4290584 / email izyanty10@gmail.com

Tuesday, October 30, 2012

10% diskaun for veil




Assalamualaikum.....
  Ada berita gembira buat bakal-bakal pengantin mulai hari ini 30/10/2012 sehingga 31/12/2012 izyanty collection dengan ini akan memberi diskaun 10% keatas setiap tempahan veil dan akan mendapat free gift** mengikut terma dan syarat. so u all boleh buat tempahan pada tahun ini, supaya tahun depan u all dapat harga diskaun 10%. sebarang pertanyaan boleh hubunggi saya. 


# setiap tempahan veil akan diberi diskaun 10%
# 2 tempahan veil - nikah 10%
                            - sanding 10%
                             + freegift FRAME gambar quiling


DISKAUN INI HANYA UNTUK TEMPAHAN VEIL SAHAJA.
SEWA VEIL TIDAK TERMASUK DALAM HARGA DISKAUN


untuk melihat veil yang telah dihasilkan sila KLIK SINI

kalau berminat untuk buat tempahan contat 019-4290584 / email : izyanty10@gmail.com

customer boleh request mengikut citarasa sendiri insyaallah akan diusahakan.

Thank's atas sokongan semua.
semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.

Thursday, October 25, 2012

Taubat Seorang Hamba


Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,

Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...


Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....


Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini.


Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

Album : 

Munsyid : Irsyadee Feat Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com

p/s: cuba dengar sendiri lagu nie rasa nak nagis mengenang dosa2 sendiri..SINI

Wednesday, October 24, 2012

Niat puasa 9 Zulhijjah ( 25/10/12 khamis )







Puasa hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) adalah disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan ibadat Haji.



Lafaz niat puasa sunat ‘Arafah adalah seperti berikut:

“Sahaja aku puasa sunat Arafah esok hari kerana Allah Ta’ala”


Kelebihan puasa Hari Arafah

Telah tersebut dalam satu hadith Sahih Muslim yang bermaksud,
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Maka untuk mereka yang berpuasa pada Hari Arafah akan diganjarkan dengan penebusan dosa setahun sebelum dan selepas. InsyaAllah. Kalau betul niat, betul cara.
Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :
“Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya” – (Hadith riwayat Tirmidzi)
 sumber :sini

p/s : sila niat puasa malam ini :) 

Monday, October 22, 2012

nampak sweet dengan brooch rose satin



Assalammualaikum...sesi kongsi minat benda2 comel lagi sweet....brooch satin yg tengah hot sekarang, rasa nak miliki satu tak, beli lah sepasang dpt harga murah he3..disebabkan ada customer yg request brooch rose satin untuk digayakan masa wedding beliau, family pengantin yg akan pakai, so senang lah orang nak cam family pengantin nanti kan, yg pakai brooch rose satin yg kaler sama kan.

selain digunakan untuk wedding u all leh pakai kat tudung korang juga, rose satin nie boleh dibuat cincin masa wedding untuk hiasan kat jari, nampak lain dari lain kan. kalau nak jahit kat baju pun boleh. rose satin nie leh letak banyak tempat kalau u all kreatif. 


kalau berminat boleh contat sy 019-4290584 / izyanty10@gmail.com
 2 pc -RM 5 untuk Brooch

untuk dapatkan harga lebih murah sila order 10 pc keatas


thank's for reading :)

kalau rajin like pages kita ek

Friday, October 19, 2012

Resepi spaghetti rahsia atok kita dari eropah :p






















Assalammualaikum...selamat hari jumaat. sapa suka makan spaghetti leh cuba resepi senang je kot main campak2 je. tadi adik aku minta resepi rahsia atok kita dari eropah taw, poyo tak letak atok kita yg dok kat eropah tu, minta lah sendiri kan hahahha...percaya tak kita ada atok yg dok kat eropah tu?...ok sila jgn pencaya :p.

sebenarnya aku masak tak ikut resepi bila ada bahan baru aku reti masak, nie resepi aku ingat2 lupa apa yg aku masak. by the way resepi kat bawah nie adalah resepi tekak orang melayu. aku tak suka sangat makanan wasten nie, cam biasa masak bila ada orang request.




Bahan

1 paket spaghetti 
Air

Cara-cara


1. Panaskan air dalam periuk. Bila mendidih masukkan  sedikit garam, minyak masak dan spaghetti.

2. Spaghetti direbus hingga lembut kemudian toskan ( minyak masak dimasukan untuk mengelakan spaghetti melekat ok )


Bahan-bahan

500gm daging kisar ( beli kat tesco )
1 tin besar pati tomato (puree)
1 tin air (gunakan bekas puree tomato tadi)
4 biji tomato -dipotong dadu

1 biji cabai cameron hijau/oren- dipotong dadu
10 btg sosej -dicincang dadu kecil

1 tin cendawan butang -dipotong 

garam (ikut citarasa masing-masing)
5 sudu makan tomato sos
2 sudu makan sos cili

4 sudu cili belender


cara masak :

1- panaskan minyak, tumiskan bawang kecil dan putih, dah wangi masukkan cili belender biar sampai pecah minyak.

2- masukan daging kisar dan sosej...gaul rata masukan tomato puree dan sedikit air, masukan cendawan butang, biar sampai mendidih masukan tomato n cabai cameron yg dipotong dadu, sos tomato, sos cili dan garam,sedikit gula. 

3-ok siap cuba rasa dah cukup masam n masin belum, kalau tak cukup masam tambah sos tomato lagi. resepi asal ner ada letak cili belender pun kan, saja nak letak sebab tekak org melayu nak pedas gak hahahah