Pages

Thursday, April 21, 2011

beli rumah masa muda or dah pencen?

Aku nak buat karangan BM lak arinie, untuk menjawab soalan kat atas tu, aku bukan seorang penganalisis ekonomi or apa2, nie just pendapat dan pengalaman dari pemerhatian aku sahaja. kenapa aku nak tulis pasal benda alah nie ek? sebenarnya aku ada masuk satu blog tu dia tanya pendapat pasal benda alah nie. so aku pun sibuk2 nak tulis kat blog aku gak huhuhu. ( cisss ayat skema lak kan )



1- kita kena beli rumah masa muda

rumah tu aset tetap kalau kita beli sekarang harga murah lagi, kalau tunggu sampai pencen harga tanah dah melambung tinggi ok maka rumah pun dah naik harga. lagi satu orang cakap kalau nak beli rumah beli masa rumah tu belum siap lagi. kenapa macam tu, sebabnya bila rumah tu dah siap dalam tempoh setahun or 2 tahun harga rumah akan naik mengikut harga semasa. 


TAPI KITA NAK BELI TANAH LOT BILA DAH PENCEN DAN BUAT BANGLO LE

Macam tu ek, kalau nak beli tanah lot baik beli sekarang juga masa muda, tapi kalau u all dok umah sewa baik beli rumah taman,  flet or apa yang mampu yang berdekatan dengan tempat keja korang. daripada bulan2 bayar rumah sewa sampai pencen baik beli rumah buat aset kan. then bila u all dah pencen jual le rumah tu dengan harga lebih tinggi ikut harga semasa. duit yang jual rumah tu boleh le beli tanah lot dan buat rumah banglo kan. 
kalau beli rumah tak duduk boleh je buat sewa kan.



EH JAP KITA NAK SIMPAN  DUIT  DALAM ASB SAMPAI PENCEN, BIAR BERANAK PINAK


boleh je buat loan ASB kalau nak, buat loan  setakat 20k or 50k dah le. takan le nak buat sampai habis bayar masa pencen lak.

ada skim baru ek...yang leh tunggu sampai pencen duit jadi 1.5 juta...bukan le nak cakap tak bagus, duit kan bersifat cair, mudah2 je nak perabih duit tu, percaya tak dalam 1 hari 10k pun leh habis tanpa kita sedar. lagi satu kita tak tau apa akan berlaku pada masa hadapan. sekurang-kurangnya kita akan rasa puas bila kita ada aset dengan hasil keja susah payah kita kan. daripada duit kita tu anak2 tolong perabihkan, banglo ke mana, apa kemana kan.


2- Beli tanah lot dari awal

mari beli tanah lot dari aku ....hahhaha siap promote untuk diri sendiri lak kan. kenapa u all kena beli tanah lot, of coz lah sebab nak kumpul aset dan lebih penting bila dah tua2 nanti leh dok citu kan. kebanyakan customer aku beli tanah masa muda, nanti bila dah pencen baru nak buat rumah citu. harga tanah akan naik setiap tahun, sapa yang pandai ambik peluang sekarang untung le.

 ada juga yang beli untuk buat aset bila 2,3 tahun lagi diaorang akan jual ngan harga tinggi. kalau nak beli tanah kawasan seberang perai pulau pinang, cari aku ok coz my bos memang jual harga murah.





p/s:  sekadar pendapat peribadi je, aku tak mampu nak beli aset  apa2 pun lagi. nanti aku tambun tanah paya mak aku buat umah utk sewa dah le bila aku dah kaya he3 ( angan2 mat jenin ) boleh kan. aku ada baca kalau kita nak sesuatu kita kena sebut selalu benda tu, so selalu kena fikir positif sampai impian tu tercapai.


yeahhhh mari sebut ramai2....

KITA SEMUA AKAN KAYA DAN DAPAT BANTU ORANG LAIN JUGAK...AMIN

Thank's sudi baca   ^ _^

3 comments:

Sharinginfoz said...

kalau dok lama2 kat sesuatu tempat baik beli masa muda

izyantyPersonalTaste said...

sharinginfoz : a'ah...apa2 pun beli masa muda coz masa tu tak bnyk tgungan lg.

Anonymous said...

umur sye baru 23 tapi Alhamdulillah sye sudah memiliki sebuah rumah..=)

Newer Post Older Post Home