Wednesday, April 27, 2011

tak sedap hati arrr

mood aku nak tulis en3 dah terbantut... tiba-tiba dah diserang perasaan resah gelisah....apa kes pulak nie. kenapalah banyak sangat dugaan kena hadapi...aku dah rasa tak larat sangat dah nie. Tapi tak baik gak kan kalau asyik mengeluh je kan.


aku sangat2 susah hati then tak tau harus percaya sapa. bila nak siasat je mesti banyak halangan.
kenapa macam tu???
tawakal kepada Allah je lah kan.


bagi cek tendang hantaran kawen...

gambar sekadar hiasan.
nie cek kosong kat ofis aku, kalau aku yg sain sah2 tak laku huhuhu..

korang pernah dengar kes camni? aku baru je terdengar orang dok cite....hampeh tol keluarga belah laki tu boleh bagi cek tendang, kiranya dia kawen free je kan. dah tu belah laki bagi cek tu selepas dah  akad nikah n majlis kawen dah berlangsung. orang sepatutnya duit hantaran bagi awal 2, 3 bulan kan. sian tol kat  bapak budak pempuan tu. 



Monday, April 25, 2011

Ingatkan hp aku yang rosak tapi...

Aku dah rase nak naik hangin nie, hp baru beli 4 bulan dah rosak, orang lain tak dak masalah pun hp yang sama, hp nokia memang jarang sangat le nak rosak kan, tu pasal aku suka beli hp nokia je. dulu pernah sekali nak tukar pakai hp lain, nak cuba sony erison, bila bawa balik umah je terus masalah, hampeh tol last2 sekali aku pilih nokia gak lagi bagus.

sebenarnya hp c3 aku nie masalah dia satu je, setiap kali call kuar mesti suka terputus, ciss tak sempat nak cakap dah putus, aku dapat kesan jadi camtu dekat 2,3 bulan sebelum nie dah. tapi aku malas nak p kedai tanya napa jadi camtu, sebabya kadang2 je jadi, kadang2 ok. so aku nak buat tak tau dah le, lagipun aku jarang call kuar, selalunya orang kuar masuk je.

Tapi kan sejak akhir2 ini aku terpaksa call kuar bila time keja...so dengan bangganya hp ini membuat perangai tanpa henti, sampai le my bos tegur apasal hp aku asyik putus je setiap kali aku call dia...then dia pulak kena call aku balik hahahah...banyak kali sangat jadi camtu setiap kali call my bos, sampai dia boleh perasan hp aku yang bermasalah. yang peliknya kalau call untuk keja memang hp aku buat perangai, kalau call personel ok lak hp nie...cissss demand tol ( sambil kutuk dalam hati kat hp sendiri )


Disebabkan bos aku dah tegur, aku pun dengan berat hati p kedai hp yang aku beli aritu. Memang tak beria2 sangat nak p kedai tu, masa nak kuar baru kelam kabut cari satu rumah kad waranty, aku dah lupa kat mna aku letak, mau berpeluh cari kad tu, last sekali aku dah malas nak cari dah, aku pun cakap kat akak aku tak jumpa, jom lah kuar kalau kena bayar pun tak pa. then akak aku cakap kalau tak jumpa tak payah p lg, mak aku lak mencelah p cari sekali lagi kot2 jumpa. aku pun masuk cari sekali lagi, cari terus jumpa....cisss bikin kecoh tol, padahal aku dah cri area citu tadi, just tak perasan bawah meja hahahha.

bila dah sampai kedai hp tu atas sunway, aku pun cakap le apa masalah hp aku, dia pun check setting pastu dia cuba masukan sim kad dia dalam hp aku, try call ok je, aku lak try call org lain ok gak, yeahhh akhirnya hp  aku disahkan chat, yang tak chatnya sim kad aku rupanya....hampeh tol. masalah aritu belum dapat diselesaikan lagi. hari ahad celcom centre tutup ar kan. kalau ikut cara mudah aku yang malas nie, mau je aku beli no sim kad baru supaya aku tak payah susah2 p celcom centre untuk  dapatkan sim baru no yang sama.


setelah difikir dengan rasionalnya tak pa lah, hari ini aku  terpaksa susahkan diri sendiri p cari celcom centre untuk dapatkan  sim kad baru dengan no yg sama jugak. kenapa aku perlu kekalkan no aku jugak, penting arr kan sebabnya no nie banyak guna untuk keja dan lain2 lagi.



Proses nak dapatkan sim baru setelah sim lama rosak senang je, p isi borang ambik no, diaorang akan minta ic kita then kena bayar rm5 dapat le sim baru, dalam tempoh 10 minit kad bru tu dah boleh guna. apa yang terjadi dgan kad lama yang rosak tu ek, diaorang tak minta balik pun, sila buang je hahaha...secara automatik kad lama tu diaorang dh stop dari servise.kalau orang lain jumpa kad tu pun tak leh guna dah.


So dari situ aku dah mula terfikir kalau hp kita kena curi dan kita pakai line cepat2 p stopkan kad sim yang dicuri tu dalam tempoh 24jam...so nanti tak dak lah korang kena bayar bil belambak2 kan. kalau pakai prepaid pun kena stop kan jugak ye la mna tau, orang yang curi hp tu tlis msg thah pe2, buat naye je kan hahhaha...tak pasal2 korang lak yang kena saman, sebab no fon tu didaftar ats nama kita. kalau hp tu memang takan dapat balik le kan. Cissss ape lah yang aku merepek panjang2 nie kan.



tapi yang tak bestnya semua no aku save dalam sim kad lama, so untuk sim kad baru tak dak no le kan...ye la selalukan hp yang salalu tukar2 tu pasal save dalam sim kad, dan sim kad jarang sangat le nak ada masalah camni kan, sampai nak kena tukar. nanti bila balik rumah baru aku pindahkan balik no dri sim kad rosak ke hp lak. mau gelabah aku semua no tak dak. dh le aku bukan jenis suka hafal no huhuhu...

Friday, April 22, 2011

akhirnya dapat jumpa adam setiap hari

suka tol makan jari sendiri, perasa coklat kot he3..



ada berita baik  awal bulan 5 nie. ibu adam dapat tukar balik penang...yeahhhh happy bangat, lepas nie leh selalu main ngan adam. sangat tenang tengok baby, segala masalah leh hilang tau, budak2 muka suci je kan.

Adam n ibu dia yang akan balik dulu, abang aku lum dapat tukar lagi, insyaallah bulan 6 baru tau result dapat tukar ke tak. tapi sangat2 berharap abg aku pun dapat tukar penang gak.

eh setan pun boleh kena stroke

Kongsi2.. jgn simpan sorang2 sbb dengar cakap setan

1)Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je..
2)Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.
3)Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah.

4)Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang
5)Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke. …………
Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke .
Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !”

SEBAR2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan. Klik like jika anda pengguna FB.

Wallahualam..

copy & paste dri FB

Thursday, April 21, 2011

dikejar rama-rama

kredit kpd www.mkrash.com coz aku pinjam gambar dr dia.





Suka tol aku ngan gambar rama-rama yang kat atas nie. aku dikejar rama-rama tau, cisss ko ingat aku bunga ke nak hingap2 lak. 2 kali lak tu, yang pertama masa dekat rumah bos aku, yang kedua kat umah aku dalam toilet. tau le kat luar tu panas, tu pasal dia masuk nyorok dok dalam toilet sejuk sikit ek...pas tu dok hinggap kat aku lak masa aku ambik wuduk nak solat. dah le aku rabun, ingatkan menatang pe thah tadi. lari2 ambik spack mata lak huhuhu...

Blog yang bermotivasi dan banyak tips

hari nie aku nak kongsi ngan korang blog yang menjadi pilihan aku, dan kenapa aku suka masuk blog tersebut. 

Dulu masa mula2 berbloging aku just terfikir pasal trafik blog je, banyak sangat orang dok cakap pasal trafik, bagi tips tingkat trafik le, pentingnya trafik tinggi dan flower, pasal nuffnang le. siap ada segment nak promosi kan blog dan bagai le. Tapi sekarang aku dah tak peduli pasal trafik, fikir2 balik buat pe nak pening2 pale nak fikir benda remeh temeh camtu kan. bloging secara suka2 lagi best. 

sekarang pula aku tengok ramai bloger yang terkejar2  nak jadi femes lak, dah macam nak jadi artis lak. Ada sesetengah tu yang saja2 reka cite buat skandal sana sini...erkkkk sah2 lah nak buat publisiti murahan untuk naik kan trafik blog. sory le kalau ada yang sentap ngan stament aku nie. mungkin itu cara korang untuk naikan trafik, kadang2 aku rasa cam kelakar lak diaorang nie.

eellleh ingat blog ko bagus sangat ke..... mesti korang nak cakap camtu kan, blog aku blog sampah je  tak layak nak cakap camtu kan, mesti ko jelous sampai kuar stament camtu ek....aku tak jelous pun. kalau bloger pun sibuk nak jadi femes cam artis, bloger2 biasa cam aku nie jadi pe lak. cam ada dinding pemisah lak sekarang nie. bosan lak aku nak baca blog2 yang nak jadi artis nie.


lagi satu aku tau le orang malaysia suka sangat gosip artis kan, kalau letak pasal gosip artis je comfim2 trafik tinggi kan. tak kisah lah nak letak gosip pun, tapi kan kalau cite yang baik2 pasal artis tu ok le letak, kalau cite yang tak best dan boleh mengaibkan orang tu dgn jelas baik jangan letak ok. aku rasa semua orang tahu kenapa kan, dalam islam pun dah tertulis jangan aib orang dan sebar kan aib orang berdosa tau, aib diri sendiri pun tak leh cakap, ini kan pulak hal orang lain. nie pun dapat dosa 24 jam gak, cuba bayangkan lah berapa orang dok online dalam sehari pas tu terbaca lak dalam blog kita, tak pasal2 kutip dosa free je kan. malas nak sentuh pasal status duit yang dapat dari cite yang mengaibkan orang, sendiri mau ingat :p


kalau nak pahala 24jam letak le yang bab2 agama or ilmu yang boleh bagi panduan kat orang lain. selagi ada orang baca walaupun kita dah meningal kita still akan dapat pahala tu. tu salah satu cara untuk dapat saham akhirat. renung-renungkan dan selamat beramal.



JOM AKU KONGSI  SATU BLOG NIE, AKU SUKA BACA KAT CITU

banyak info untuk kehidupan seharian dan tips berguna KLIK SINI



p/s : blog korang yang lain pun aku baca jugak, kadang2 tak tinggal jejak.HARAP MAAF  kalau ada orang yang tak suka dengan tulisan aku kat atas tu.

beli rumah masa muda or dah pencen?

Aku nak buat karangan BM lak arinie, untuk menjawab soalan kat atas tu, aku bukan seorang penganalisis ekonomi or apa2, nie just pendapat dan pengalaman dari pemerhatian aku sahaja. kenapa aku nak tulis pasal benda alah nie ek? sebenarnya aku ada masuk satu blog tu dia tanya pendapat pasal benda alah nie. so aku pun sibuk2 nak tulis kat blog aku gak huhuhu. ( cisss ayat skema lak kan )



1- kita kena beli rumah masa muda

rumah tu aset tetap kalau kita beli sekarang harga murah lagi, kalau tunggu sampai pencen harga tanah dah melambung tinggi ok maka rumah pun dah naik harga. lagi satu orang cakap kalau nak beli rumah beli masa rumah tu belum siap lagi. kenapa macam tu, sebabnya bila rumah tu dah siap dalam tempoh setahun or 2 tahun harga rumah akan naik mengikut harga semasa. 


TAPI KITA NAK BELI TANAH LOT BILA DAH PENCEN DAN BUAT BANGLO LE

Macam tu ek, kalau nak beli tanah lot baik beli sekarang juga masa muda, tapi kalau u all dok umah sewa baik beli rumah taman,  flet or apa yang mampu yang berdekatan dengan tempat keja korang. daripada bulan2 bayar rumah sewa sampai pencen baik beli rumah buat aset kan. then bila u all dah pencen jual le rumah tu dengan harga lebih tinggi ikut harga semasa. duit yang jual rumah tu boleh le beli tanah lot dan buat rumah banglo kan. 
kalau beli rumah tak duduk boleh je buat sewa kan.



EH JAP KITA NAK SIMPAN  DUIT  DALAM ASB SAMPAI PENCEN, BIAR BERANAK PINAK


boleh je buat loan ASB kalau nak, buat loan  setakat 20k or 50k dah le. takan le nak buat sampai habis bayar masa pencen lak.

ada skim baru ek...yang leh tunggu sampai pencen duit jadi 1.5 juta...bukan le nak cakap tak bagus, duit kan bersifat cair, mudah2 je nak perabih duit tu, percaya tak dalam 1 hari 10k pun leh habis tanpa kita sedar. lagi satu kita tak tau apa akan berlaku pada masa hadapan. sekurang-kurangnya kita akan rasa puas bila kita ada aset dengan hasil keja susah payah kita kan. daripada duit kita tu anak2 tolong perabihkan, banglo ke mana, apa kemana kan.


2- Beli tanah lot dari awal

mari beli tanah lot dari aku ....hahhaha siap promote untuk diri sendiri lak kan. kenapa u all kena beli tanah lot, of coz lah sebab nak kumpul aset dan lebih penting bila dah tua2 nanti leh dok citu kan. kebanyakan customer aku beli tanah masa muda, nanti bila dah pencen baru nak buat rumah citu. harga tanah akan naik setiap tahun, sapa yang pandai ambik peluang sekarang untung le.

 ada juga yang beli untuk buat aset bila 2,3 tahun lagi diaorang akan jual ngan harga tinggi. kalau nak beli tanah kawasan seberang perai pulau pinang, cari aku ok coz my bos memang jual harga murah.





p/s:  sekadar pendapat peribadi je, aku tak mampu nak beli aset  apa2 pun lagi. nanti aku tambun tanah paya mak aku buat umah utk sewa dah le bila aku dah kaya he3 ( angan2 mat jenin ) boleh kan. aku ada baca kalau kita nak sesuatu kita kena sebut selalu benda tu, so selalu kena fikir positif sampai impian tu tercapai.


yeahhhh mari sebut ramai2....

KITA SEMUA AKAN KAYA DAN DAPAT BANTU ORANG LAIN JUGAK...AMIN

Thank's sudi baca   ^ _^

Wednesday, April 20, 2011

kenapa lagu sedih ada di blog aku lak

Apa maksud semua nie, tiba2 aku suka lagu nie lak, masa dengar  mula2 tak hayati lak dia punya lirik. bila lama2 dengar baru aku perasan lagu sedih putus cinta, apa kena mengena ngan aku lak.
tapi aku agak risau gak bila aku suka lagu camni, cam bagi hint kat aku je....selalunya camtu le. waaaaa takutnya.
 
T____T
 
 
 
 
 
 Bila Cinta - Gio (Ost Lagenda Budak Setan)


Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
 

kusebut namamu
disetiap doaku
bangkitkan setiap 
kenangan tentangmu
yangku dapat 
hanyalah bayangmu

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

 

Uuu…

 Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

.....
Dalam harapan ...uuuu


P/S : setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Tuesday, April 19, 2011

kawan kita - jom makan







mee bandung, rasa boleh tahan sedap

sekali sekala mari kita makan wasten food, kalau selalu mual ok, sebab aku tekak orang melayu kampung huhuhu.
nie kitaorang makan dekat kulim, tempat baru buka foodcourt kawan kita, ada banyak kedai makan, so boleh le pilih nak makan pe.harga dia ok tak mahal,dia punya suasa cam best gak, segan nak snap gambar kawasan tu he3..

Thursday, April 14, 2011

semangat untuk masak berkobar-kobar

Harinie satu hari aku online cari resepi memasak makanan yang sedap2. sangat gigih nak masak, tapi kena tunggu hari cuti baru nak masak, aku dah dapat resepi nak buat ayam masak hitam cam kat kedai mamak, makan ngan nasi briani memang sedap arr.sok jumaat kan, nasi briani ada jual kat kedai mamak. sekali makan mau rm6 kat kedai mamak, 


nak cuba buat sendiri lah, leh makan ramai2. yang ramai tu 3 orang je kat umah aku, tu pun sebab akak aku balik bila cuti hujung minggu. erkk..dh terbayang2 nasi briani ngan ayam masak hitam kedai mamak.


p/s : cita2 nak buka restoran sendiri satu hari nanti, tapi tak nak masak, nak jd bos, tapi nak ikut selera sendiri, so sendiri kena masak le kan.

Monday, April 11, 2011

sangat tertarik dengan kisah ini

Tadi masuk ofis 2.30 aku tertarik ngan satu link kat fb, terus klik nak baca, sempat baca separuh ada call masuk tak sempat nak habiskan membaca, tak pe buat keja dulu. bila dh keja cepat2 aku sambung baca balik. sangat kagum bila baca n akan cuba jadi yg terbaik macam tu...insyaallah. masa dulu ada satu drama yang lebih kurang macam cite kat bawah nie tajuk drama tu aku pun wanita, lebih kurang camtu kot tajuk dia,ingat2 lupa he3.



laki n perempuan perlu baca nie.


"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika.
Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang.

Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

 untuk baca selanjutnya sila KLIK SINI

Friday, April 8, 2011

Breakfast ala barat dan rumah impian


Selasa pagi ingat nak jalan2 penang…tapi cuaca lak cam tak best, so tak payah sibuk2 nak kuar awal jalan2. Mari buat sarapan ala barat yang mudah,



 
see kan mudah, semudah ABC huhuhu

lepas sarapan tak dak aktiviti nak buat, cuaca pagi2 dah mendung, adam pun bangun awal, tapi pas tu dia dia tido balik, sekali ngan ibu dia tertido sekali masa nak tidokan dia. 

aku tak tau nak buat pe. so sekodeng rumah banglo yang sebelah umah akak aku. hampir siap umah kat c2. dulu sebelah tu hutan tebal je, tengok sekarang hutan bukit dah ditarah jadi umah banglo dan apartment.

pemandangan dari atas


zoom bagi jelas bakal rumah aku
ok sila jangan percaya ok...harga dalam JUTA ye umah kat kat cini
tak mampu pun nak beli.

banglo 3 tingkat siap dengan JAKUZI setiap rumah, Jakuzi dok kat luar.


yang belah cini ngadap laut


aparment dok di tengah2 umah banglo.still leh nampak laut



yang nie pemandangan bawah resort akak aku le, bukan akak aku punya resort , keja akauntant situ jelah...n dapat tinggal ctu.
ok dapat gak lah merasa penginapan free hahahah a.k.a kat umah akak aku le.
datang sekali sekali ok le dok situ ngadap laut, hari2 bosan giler tau. tak pijak tanah.

HAMMER BAY IKAN BAKAR - Penang


Kita bako…kita bako…kita bako ikan le…sapa nak  baca cite aku cepat angkat tangan cam saya….ce cite…cer cite…. Sangat happening le cita hantu k.limah nie kan… aku sampai gelak sorang2 bila teringat filem nie, dah macam orang giler lak kan, selamat aku senyum2  dalam umah je hehe…

Selasa lepas kan aku ambik cuti untuk berkumpul ngan family.  Memandangkan abang aku n akak ipar serta anak buah balik bercuti dari johor, kami pun plan le jalan2 cari makan, asal balik penang je mesti cari makan yang best2 kat cini kan. Orang luar pun sama gak kan kalau datang penang memang tak sah cari makanan. Penang kan senonim ngan syurga makanan hehe…

Perancangan awal nak makan dekat TELUK TEMPOYAK tapi terpaksa dibatalkan sebabnya ari isnin kedai tu tutup, so kitaorang p makan dekat Hammer Bay ikan Bakar.

Bagi yang tak tau camna nak p citu meh aku gitau, kedai nie  sebelah kondo Gold COAST (Penang je )   
berhampiran Queensbay Mall, lalu depan Queensbay dulu.

Makanan kat c2 sedap2 jugak, tak mahal sangat, ok le...leh pilih seefood segar sendiri untuk dimasak.

kitaorang p malam c2, kalau siang mesti leh tengok pemandangan yang cantik mengadap laut kat c2.






ikan tiga rasa sangat sedap

 ketam cili

udang masak merah kot hehehe..tak tau nama pe main makan je


ada menu lain lagi yang kitaorang makan, tapi tak ambik gambar, tomyam campur, siput lala masak halia, sayur kailan ikan masin dan ikan bakar, ikan bakar sampai lambat, dah separuh makan baru sampai. 




tengah sedap2 makan. hujan turun ngan angin kuat, selamat kami makan bawah khemah yang agak tengah. orang lain sibuk lari kami still pulun makan je. ada banyak tempat makan, boleh duduk dekat pondok, meja yang tak dak bumbung. disebabkan angin  kuat n hujan habis pinggan sesetengah orang melayang. kedai nie mengadap laut, angin kuat disebabkan angin laut sama.

masa  aritu memang musim hujan pun kan seminggu, tak leh nak jalan mana sangat pun. dalam sibuk2 hujan n angin si adam leh tido ngan nyeyaknya kat citu. kami sambung makan lagi hehehe




 adam with mak long a.k.a my sister
 mula2 sampai adam seronok je sambil lompat2 atas meja.
bila dah lama2 dia mula boring tengok semua orang makan, dia tak leh makan,dia asyik makan mainan dia je. sampai koler baju dia pun nak makan gak.

 last sekali adam tido lagi best kan, nyakitkan mate je tengok orang makan sedap2 huhuhu





uiksss...gaya  tido cam kat oversea je kan sejuk tol heheh...maktok yang tolong ribakan adam :)


dah selesai makan balik dalam keadaan hujan ke umah akak aku kat resort batu feringgi...yeahhh dh kenyang le balik todo ngan aman hehe..


jalan2 family lum habis lagi bersambung...


Thursday, April 7, 2011

cuaca panas makan ais-cream sedap kan



JOM MAKAN


Asal p bank je aku dah jadi terbiasa nak singgah kedai runcit sebelah bank tu, hari2 p, hari-hari le aku singah, bukan nak beli apa sangat pun, thah cam dah jadi wajib singgah kedai tu, padahal aku singah beli air je,kadang2 keropok, makanan ringan. kadang2 sampai tak tau nak beli apa pun, tapi cam kena singah gak. pelaris kuat tol kedai nie hahahahah.

Wednesday, April 6, 2011

owwhhh sok dah khamis..

Apa esok ari khamis dah..eh sat betol ke...tengok kelender yang tergantung...tapi still tak puas hati lagi tgok kat hp lak...then tengok kat blog en3 kemarin hari pe...ok aku dah boleh terima kenyataan esok hari khamis...awat hari laju je berjalan ek...dulu2 rasa lambat betol...sejak 2,3 tahun kebelakangan nie, semua dah cepat berlalu, sedangkan tak dak benda pe pun yang berubah dalam hidup aku,...sadey tol le.

Tapi aku suka la sok hari khamis coz ada pasar malam lorr he3...memang suka beli makanan kat pasar malam, sedap n murah.

Tapi yang tak bestnya sebab next week aku kena kuar menguruskan hal pejabat...bos aku tak nak p, so aku terpaksa le p kan :(


p/s : nak buat en3 yg letak gambar tak boleh buat masa ini, tenet sgt slow.

Tuesday, April 5, 2011

panas itu menyakitkan aku

antara panas dan hujan...aku suka hujan lagi kot...bila kena panas terik aku tak boleh tahan mesti sakit pale teruk, rase loya nak muntah, sangat tak suka situasi camni...rase cam nak balik tdo je nie...apasal lambat tol waktu berlalu...tak dak mood nk buat kja.

comfim kena denda yang memalukan aku...

Morning semua...nampak lain tak blog aku, aku dah tukar semua benda, nama blog n header, malas nak cita panjang2 kat cini,  lain en3 baru cite napa tukar.

Tiba-tiba je aku dah kembali ke alam sekolah, takmo arr... kena masuk kelas, pakai baju sekolah, kena buat keja sekolah, then kena antar kat cikgu keja umah pagi2.

camna thah pagi tu aku lupa nak bawa datang sekolah buku tu, takutnya dah le cikgu tu garang, setakat kena marah tak pe lagi. tapi yang tak bestnya dia suka denda yang pelik2, malunya dah le aku sorang2 je yang lupa bawa.

tak leh nak bayangkan denda apa yang aku akan dapat.  takpa2 buat2 cam tak dak pe berlaku, cikgu tu tak perasan lagi buku aku tak dak, kalau tak memang dah kena pangil arr kan.

cikgu lain lak masuk ngajar, tapi hati aku tetap risau lorr.... time rehat tiba2 aku dapat hadiah...erkkksss apa kes bagi2 hadiah lak nie. cisss baru nak buka cikgu mariah dah pangil aku, glup...glup...waaa dia dah dapat tau aku tak antar keja umah dia. aku tak leh tengok muka dia dah, takut giler kalau dia kuarkan suara dia....kringggg....loceng dah bunyi.....cepat larikkkkkkkkkk masuk kelas.



opppsss bukan loceng  sekolah bunyi le, tapi jam hp aku yang bunyi...fuhhhh selamat mimpi je. kalau aku kena denda betol2 mau malu nie.

zaman aku sekolah dulu memang cikgu tu suka denda yang pelik2 kat kelas kitaorang, selalunya satu kelas le akan kena, kalau sorang tak leh jawap, semua kena lompat bintang kat luar...malu giler tau budak kelas sebelah tengok, ngan pakai baju sekolah lompat bintang.

kadang2 dia suruh semua berdiri atas meja,bayangkan atas meja ok...bukan atas kerusi...sape leh jawap baru leh duduk, suka ati dia le nak pgil nama sape n nasib le kalau tak leh jawap....

masa ari pertama masuk kelas, kelas kotor tau tak dia suruh kitaorang buat pe, semua orang ambik sekeping kertas then sapu lantai sampai bersih.



tapi memang stail dia ngajar camtu suka bagi denda yang pelik2...so setiap kali kelas dia semua orang akan prepair awal2 study. tak leh jawap je semua lompat bintang. bila dah ramai2 jadi tak malu dah he3...tapi berkesan gak lah cara dia, result untuk subjek dia semua baik.

Monday, April 4, 2011

couple bergaduh belakang ofis aku..erkkkss

sementara nak tunggu orang nak datang ofis petang jumaat lepas aku dok taip en3..tiba2 terdengar bising2 ...sebagai seorang yang kepoci aku pun p le tengok kat tingkap ofis...aishh betol2 tingkap aku lak tu, so aku pun usya arrr apa kes bising2 nie. ciss sekali tengok ada couple gaduh teruk, yang mamat tu cam pernah tengok je..tak pasti sape...lantak korang le nak gaduh, mula-mula gaduh mulut je, pas tu mamat tu cam nak hempok helmet kat awek dia lak, 2, 3 kali gak lak mamat tu dok cuba2 buat camtu, dah le kat tepi jalan orang lalu lalang. bukan jalan besar le jalan masuk kg aku n masuk masjid. awat le jadi camni lak.

baru couple dah berani nak pukul2 lak. baik awek tu putus lagi bagus. aku tengok awek tu cam budak sekolah je, mamat tu dah keja.  pertama kali aku tengok real couple gaduh teruk2...serius takut giler kalau aku kat tempat budak pempuan tu. sampai nagis2 le budak pempuan tu balik jalan aku tengok. kes apa tak tau le pulak.

bagi aku le kan kalau laki yang suka nak tunjuk panas baran tepi jalan or depan orang ramai camtu tak layak buat laki ok. cam menjatuhkan maruah sendiri n pempuan je.

lelaki yang baik takan pukul pempuan kan, then takan jatuhkan maruah pempuan depan orang ramai kan walaupun marah n that girl bersalah. boleh je bergaduh cara berhemah kan, bukan tak kira tempat camtu.

erkkkss ada ke bergaduh cara berhemah ek?...ada kot cara terbaik tegur or bincang secara aman le kan. thah le aku tak pernah gaduh depan2. kalau tak puas ati pun msg gitau, abis kuat pun nagis sorang2  kalau tak puas ati sangat. lagi bagus tak nak cakap time tu diam je. tunggu sejuk baru cakap balik. bila kita tengah marah, banyak sangat perkataan yang tak sepatutnya akan keluar kan. so akan menyakitkan perasaan pasangan kita.
kalau dah buat salah y not cakap maaf. sekurang-kurangnya dapat sejuk ati gak kan.

ada setengah tu dah le buat salah,ego lak tu tak nak cakap maaf, pas tu leh lak buat tak tau je, macam tak dak apa2 berlaku. ciss buat sakit ati lagi je kan.


KAMI TAK SOKONG KEGANASAN TERHADAP WANITA

PEACE  -V-

tiba2 lak ada slogan kan he3... HERO Malaya ada buat kampen pasal nie kan

Friday, April 1, 2011

lagu dah jadi tak best bila berulang kali dengar kan...

salam petang jumaat, 

tiba-tiba rasa dh tak best lak lagu kat blog aku ni
mula-mula dengar best je
asal dah lama2 dengar jadi bosan lak
perlu tukar lagi baru nie
tapi tenet slow giler
so terpaksa le dengar gak


blog jarang update cam dolu2 dah
kononya nak jadi blogger tegar le sangat
tiba2 je hilang idea n sifat kerajinan ditambah beban kerja yg muncul tiba2 lak
tapi kan apasal le aku tak gigih cam orang lain nak update blog kan. banyak je cara kalau betol2 tegar walaupun sibuk kan..kan.???

sok cuti sangat suka arrr

padahal aku tak p mana pun cuti


 aku memang suka memerap dalam umah, tak tau nape. rumahku syurgaku..
ehhhh silap lak umah mak aku he3 
akak aku lak cepat bosan dok umah
terbalik kan....

nak cite pasal anak buah yang firstime balik penang
aktiviti family day aritu best sangat.........
coming soon ok...



adam dah 6 bulan, susah nak tengok dia gelak tau
jenuh dok mengacan baru nampak dia senyum n gelak
pastu gelak tak dengar suara.