Friday, June 28, 2013

Bagus sangat ke MAIXARA C- SENTIAL?









Assalammualaikum

Maixara c -sential rasanya ramai yang dah pasal vitamin ni kot, aku perasan jugak tapi tak ambik port sangat, tunggu tengok testimoni orang dan review blogger baru aku nak makan hahah. Rasanya dah lama kuar produk nie n dah ramai yang makan dan berjaya pun kan. yang menarik tentang pasal produk nie of coz sebab boleh buat kulit cantik dari dalam kan. ok malas nak cite panjang korang baca sendiri ek n aku dengan gigihnya cari review dari blogger yang dah cuba produk nie. ini adalah produk Bumiputra haruslah support kan.

ai nak jual murah-murah je sempena nak menyambut ramadan yang bakal tiba, sangat baik untuk ubati keletihan, so bulan puasa tak dak lah letih sangat bila makan vitamin nie ok

HARGA RM 89
POSTAGE RM 6
TOTAL RM  95
Berminat boleh contat saya 019-4290584 / izyanty10@gmail.com



HARGA ASAL RM 99.90


REVIEW DARI BLOGGER








Apa yang membezakan Maixara C-Sential dengan yang lain?


1. Sudah tentu kerana sumber kolagen nya yang HALAL dan bersih, diekstrak dari kulit ikan TALAPIA merah! Sumber akuatik yang murah namun dengan kecanggihan teknologi yang dibangunkan industri tempatan, ekstrak kolagen yang terhasil berkualiti premium dan mudah diserap tubuh (molekul kecil). Harga produk juga tentunya buat anda tidak berkira untuk membeli (berbaloi2).

Kolagen inilah yang memberi nutrisi pada kulit, mengekalkan kelembapan semulajadi, menganjal dan membina sel2 baru dengan lebih sihat dan sempurna, merawat luka dan parut, mengenyalkan otot/sendi selain membuatkan kulit halus dan licin. Pengambilan konsisten mengurangkan risiko osteoathritis, osteoporosis dan arteriosclerosis. Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%! wow..

2. Ekstrak strawberi berikan warna dan perasa sebenar kepada tablet Maixara C-Sential, bukan perisa tambahan semata2. Yang bagusnya tablet ini boleh diKUNYAH! Berbanding produk lain yang hanya ditelan saja, tentu nya ia akan merangsang deria rasa anda pada sesuatu yang lebih istimewa. Buah ini juga kaya dengan nutrisi dan vitamin serta tinggi antioksidan yang berperanan menjauhi radikal bebas, melambatkan penuaan pramatang, mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser dan mengimbangi paras gula dalam darah.

3. Vitamin C 1000mg dan glutathione, dos yang menepati piawaian dan sesuai untuk semua golongan lelaki dan wanita. 




Fungsi utama Maixara C-Sential:



1) Mencerahkan dan mengebukan seluruh badan dgn sekata
2) Melembabkan kulit dan menghaluskan kulit dan seluruh badan
3) Menganjalkan kulit (agen anti oksida dan anti penuaan)
4) Merawat jerawat, mengurangkan jeragat.




Kesan dpt dilihat seawal 7 hari. Kerap Minum air dengan banya sekurangnya 2 ke 3 liter sehari. Kesan ketara yang bakal dapat dilihat dalam 7 hari ke 10 har ialah Kulit semakin cerah dan berseri serta menjadi lembut dan halus. Kesan Parut jerawat dan jeragat akan semakin pudar dan wajah tidak menjadi kusam lagi.

Produk ini bukan sahaja boleh di ambil oleh wanita malah lelaki juga yang berumur 13 tahun ke atas. Ia juga sesuai untuk ibu menyusu dan ibu mengandung sebaiknya selepas 5 bulan dan keatas.Usah ragu dengan status halal dan selamat kerana produk ini dijamin 100% Halal dan Selamat, Tiada gelatin,dan merupakan Produk Bumiputera dari kilang bertaraf GMP Muslim.

Cara penggunaan:
1 kotak mengandungi 60 biji tablet ( untuk 2 bulan )
Ambil  1 biji slps mkn mlm
Tablet boleh ditelan atau dihisap atau dikunyah seperti gula gula.



















TESTIMONI










Thursday, June 27, 2013

Tanah lot untuk dijual- Seberang Perai, P.Pinang



klik gambar untuk pembesaran.


Assalammualaikum

Kepada sesiapa yang berminat nak beli tanah lot sekitar area Seberang Perai, lokasi SUNGAI SINTOK, Jalan Tanjung putus, Permatang Pasir. Tanah sawah yang siap ditambun view mengadap sawah padi. Kawasan yang strategik berhampiran Seberang Jaya, Permatang Pauh, Butterworth.

untuk maklumat lanjut hubunggi saya 019-4290584 ( yanti )
serius buyer only
tanah lot ini hanya dijual untuk orang melayu sahaja :)

LATEST UPDATE  lot yang kosong

Lot 82

- lot  2

Lot 83
- lot 3
-lot10
-lot 8
-lot 12
-lot 13
-lot 14
- lot 15
-lot16
- lot 17
- lot 22
-lot 23


BOOKING RM 1000.00
DEPOSIT 1/2 DARI HARGA
BAKI BAYARAN DALAM TEMPOH 1 TAHUN
Terima Kasih

Wednesday, June 26, 2013

Bunga-bunga cinta




 Assalammualaikum

hari nie cuaca cam mendung + jerebu...beragin je aku tengok kat luar pokok dok bergoyang. sejuk kemain harinie padahal aku slow air-cond sampai tinggal 30"c sepatutnya jadi panas le kan, tapi pe hal aku mengigil kesejukan tak faham tol, ke aku yg tak sihat sampai nak selsema dok dalam ofis, over tol kan. nak keluar pun malas tapi aku kena buat-buat rajin p bank sebab nampak cam nak hujan, tapi  bila sampai kat bank cuaca bertukar jadi panas terik. Awan gelap telah dibawa lari ke tempat lain lak he3..Rasa cam nak ambik cuti je arinie sakit perut, tapi dah buat janji ngan customer petang nie lak" nampaknya tak leh cuti. Eh dah panjang lak membebel, cam biasa suka membebel panjang2 dlm blog bila bosan hahah...




Sapa kenai bunga nie? aku kenai rupa je nama aku tak taw pun nama pe sebelum nie, bunga cempaka nie sangat wangi. tak taw sejak bila aku obses ngan bunga nie, padahal dah lama aku keja cini. baru sekarang aku perasan tentang kewujudan bunga nie. aku rasa tahun nie baru dia mula berbunga kot.
 pokok bunga cempaka nie ada je kat umah bos aku, bila pagi-pagi aku p umah bos aku, kemain wangi semerbak lagi. kalau p malam-malam comfim takutkan bau wangi camni....mitos-mitos yang aku dengar le kan, depa kata pokok kesukaan pontianak, sampai aku nak tanam kat umah pun mak aku tak bagi, pearhhh pengaruh drama seram di TV 3 banyak sangat huhu..ok aku bukan nak buat cite seram pasal bunga cempaka taw.

 

kalau korang ada pokok bunga cempaka nie, boleh buat duit gak taw...jual kat orang india depa buat sembahyang, ada orang kampung aku jual 1 kumtum 20sen....mestilah dapat berkuntum2 kan daripda biar layu camtu je, jual dapat gak duit kan hahah.

kredit picture to LI NA HERBS

Tuesday, June 25, 2013

Review : Bedak sejuk Tanaka vs bedak sejuk biasa.



Assalammualaikum...

Hari nie aku rajin sikit nak buat review pasal bedak tanaka yang tengah hot dipasaran fb kan. nie pun setelah bermain ngan hati nak review ke tak, berbelah bagi hokey, over kan aku hahahha.Kalau nak ikut kan setakat nie tak dak pun blogger buat review pasal bedak nie, kalau ada pun yang jual copy paste je kan tentang fungsi dia kan.


eh sat napa aku sibuk nak review lak ek, sebabnya aku dah pakai bedak nie, tergetar-getar sangat beli tanpa fikir panjang, dah tu harga lak murah semua orang dok jual tapi yang peliknya tak dak sangat pun testimoni yg berjaya pun, semata-mata hanya nora Danish yang comfim-comfim kulit dah cantik kan, kalau kulit dah cantik  pakai apa pun ok je.

serius nak cakap kulit aku tak sesuai dengan bedak tanaka nie, yang buat aku excited nak beli sangat sebab dia kata leh buat foundaction sekali, masker n scrub giler teruja nak beli sebab foundaction aku dah nak habis. 






aku beli yang colour putih tu ori dr mymar perasa bunga melur...tengok cam kecil je botol dia kan, bila dapat ambik ko besar gedabak gak bedak nie pastu wangi sangat. so malam tu semangat lah pakai kan buat masker le katakan, memang feeling leh buat kulit lembut, tapi kalau kulit sensetif cam aku sila lupa angan-angan untuk cantik hahah....pakai 2,3 malam jugak lah...diorang cakap leh kecutkan jerawat gak kan, aku tak pun...jerawat dari 1 bertukar jadi berderet 3....stress ok jadi camtu...terus stop...pakai bedak sejuk biasa yang putih, lagi hebat rupanya harga pun murah dari RM 1-RM 5 je. 




kalau packet kecik-kecik camni rm 1 je kat kedai runcit pun banyak, aku tak salahkan mana-mana penjual hokey, tak semua produk sesuai ngan kulit kita kan. sendiri pakai sendiri tanggung hokey. 

Apa nak buat ngan bedak tanaka yang banyak lagi tu ek.Nampaknya tersadai camtu je lah he3...aku memang cepat terpengaruh dengan iklan2 di fb nie hahah. Rasanya kebanyakan barang aku beli online,sebab senang dan mudah n tak payah buang masa. 

p/s : sumber gambar ihsan dari pak cik Google.

Thursday, June 13, 2013

Tutorial pakai shawl halfmoon cara senang


sumber : testatelissia


Assalammualaikum

Disebabkan ramai yang tak taw camna nak pakai shawl halfmoon, aku dengan gigihnya cari tutorial dari blogshop orang lain untuk share dengan korang. Aku bukan pro sangat bab lilit2 shawl nie, tapi secara kebetulan terjebak dalam bisnes shawl kena lah belajar gak kan he3...

aku kalau pakai shawl halfmoon aku pakai paling senang cam tudung bawal je, cam toturial kt atas tu je. nak buat tutorial sendiri my model buzy mengajar lak.

kalau pakai halfmoon tak yah risau belakang comfim labuh tertutup depan belakang elok. disebabkan aku punya shawl mengguna kain chiffon korang memang kena pakai inner tudung kat dalam supaya tak jarang, aku lebih suka pakai tudung awaning xpres tu bahagian dalam.

banyak cara boleh pakai, ikut kreatifviti anda, yang penting sopan dan menutup aurat.
Thanks for support  Izyanty collection






Tempat buat bisnes card,Banner,Kad kawin murah



Assalammualaikum...

aku nak kongsi benda bagus  lagi berbaloi nie, kepada yang tercari-cari tempat nak buat bisnes card, kad kawin, banner dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan printing dengan harga murah dan berkualiti korang boleh Roger FB BING BANNER . By the way aku punya sepupu punya bisnes, dekat fb tu ada staff dia yg handle, korang boleh berurusan secara online kalau nak buat tempahan, tak pun yg dekat boleh p kedai terus dekat kulim. aku sebenarya dekat jugaklah, tapi aku kan buzy xdak masa nak p aku order online je camna aku nak, dan depa punya servis pun cepat, lagi lah aku suka he3..

korang percaya tak 1 kotak = 100keping tu tak sampai RM10 pun giler murah, dulu aku order tempat lain rm 30 satu kotak. alang-alang dah murah aku order 10 kotak = 1000 keping nampak tak kemain tamak aku, pastu dok risau camna kalau tak cantik bila dpt nanti, tapi jangkaan aku meleset bila sepupu aku mai hantar kat ofis aritu tengok cantik sangat kualiti printing depa...colour dia pun jadi cantik, suka- suka, dan puas hati sangat. Taw kan aku sangat cerewet bab art nie, kualiti sgt penting untuk aku punya produk.
 tersengih2 bawa balik umah hahahha..

aku punya bisnes card depan belakang so harga dia lain rm 7 satu kotak...kalau buat bahagian depan sahaja rm 6 sekotak murah giler kan. apa-apa persoalan dan harga korang refer kat fb FB BING BANNER ek. aku tak taw sangat. Aku buat bisnes card baru sebab aku tukar logo baru untuk Izyanty collection, lagipun bisnes card lama aku dah habis, so masa yang tepat sekali hahah... 











Buat peminat shawl halfmoon lace yang nak kelihatan anggun dan sopan dihari raya nanti boleh lah buat tempahan shawl lace dari sekarang sampai hari jumaat nie je untuk harga diskaun, dan korang berpeluang memilih sendiri colour shawl n lace untuk mix match. 

 Exclusive Shawl Halfmoon Raya Special di Izyanty Collection





Wednesday, June 12, 2013

Secret Song For You

SS4'YOU= secret song for you


tak taw lagu sapa, aku rasa aku cari bahagian lagu korea tadi, sekali dengar terus suka :p

you were there to light my day
you were there to guide me through
from the days down and on 
i'll never stop thingking of you

how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be apart of me
how i wish you were still mine

never will forget the day
how we've met and came this far
weall know we got this feeling
but somehoe it has to end up here

i know it's me who said goodbye
and thats the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you

for all the thing i've done and said
for all the hurt that i've cause you
i hope you will forgive me baby 
cause that wasn't wat i meant to do

p/s : aku suka lagu nie...tiba2 kan...thanks dtg cari saya lg...walaupun sy rasa nyampah pada awlnya huhuhu....xtaw napa camtu...
(dlm blog kita ada lagu nie sekarang , boleh dengar)

Tuesday, June 11, 2013

shawl halfmoon lace for raya 2013 dengan harga diskaun

                                                                      RM 59


RM 49



RM 39
sopan, anggun bersama izyanty Collection
harga pun murah :)
mampu milik 


PRE-ORDER SEHINGGA 14/6/2013 ( Jumaat )
Shawl Raya Halfmoon Lace
Harga bermula dari rm 39 dan keatas...kita ada bagi diskaun RM 5 untuk semua shawl raya yang ditempah dalam tempoh yg tetetapkan iaitu dari sekarang hingga 14/6/2013 sahaja...selepas tarikh ini harga asal. u all boleh pilih design, colour shawl,lace, pearl mengikut citarasa korang...custome made, exclusive handmade. Terima Kasih yang telah membuat tempahan awal

Untuk tempahan sila pm fb saya

Setiap tempahan perlu membuat bayaran deposit separuh
Baki bayaran sebelum shawl dipos.
Shawl akan dipos 2 minggu sebelum raya
So korang kena tempah awal dari sekarang, sebab saya nak elak kesesakan pengeposan semasa raya. Tempahan last minute tidak akan diterima.

**Kerjasama dari anda amatlah dihargaai
Thanks for support Izyanty Collection


Contoh Shawl lace exclusive boleh tengok sini
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.2970622360327.1073741826.1704808226&type=3


P/S :sapa2 yang berminat nak jadi dealer Izyanty Collection boleh pm kat fb saya ek or e-mail izyanty10@gmail.com





Friday, June 7, 2013

masak ala Restoran seafood


Assalammualaikum....

hari minggu bila thah,kemain lama baru nak post...huhu percaya tak aku masak semua nie...tak percaya le 2 kan...
of coz aku tak masak semua tu, aku masak 3 jenis je,2 jenis lagi akak ipar aku masak tapi dia tlong masak part aku gak goreng sotong  tepung ( aku buat bancuhan tepung je )




 yg ni k.ipar aku masak sedap bangat nie chili crepe teringat2 sampai sekarang.




ikan siapkap stim pun akak ipar aku masak.sedap lah cam kat kedai je


   tomyam aku masak guna pes adabi, pes nie paling sedap..tips untuk sedap kena letak banyak2  baru sedap, aku tak lah gigih sangat nak buat pes sendiri, taw kan aku pemalas.....tomyam nie walaupun guna pes segera kena ada skill gak untuk buat dia sedap taw...bukan hanya bergantung pada perencah semata-mata kita kena pandai mix ngan bahan lain, dan setiap orang masak guna bahan yg sama tapi rasa tak sama. nak sedap masak ngan kasih sayang hahah....Over tak aku punya penerangan huhuhu sila tambah air limau dan cili padi sama ok...
                                       


siakap 3 rasa, nie aku main masak je...tak ingat resepi pun...janji jadi 3 rasa

sotong goreng tepung...aku guna tepung jagung tambah oat untuk bagi rangup...yg tak bestnya sotong suka meletup sib baik bukan aku yg goreng...dan dpt 1 mangkuk je sebab meletup-letup..thanks k.ipar take over goreng hehehe..


bajet rm 100 je beli bahan-bahan, tu pun ada extra yang tak masak lagi...ketam dalam 17 ekor gak lah dpt..boleh  2 kali masak lagi yg extra tu taw...kalau makan kat kedai dalam rm 200++ dah kan..

Thursday, June 6, 2013

ok tak nak stop gold saving maybank?



Assalammualaikum....

korang perasan tak harga mas tengah turun sekarang nie, ramai tol orang dok shopping barang kemas...kemain banyak turun kan. Aku tak minat nak pakai barang kemas, so tak peduli sangat, yg ada pun tak pakai, apatah nak beli lg...sampai lupa yg aku ada satu2nya gelang yg aku beli sendiri tu pun nipis je mampu beli huhuhu

aku punya gold saving tu dah 2 tahun kot tak silap, selalu aku p bank aku tengok kat rate dia selalu je harga turun, nyampah lak aku rasa maybank nie kan, asal harga dia turun banyak sangat tak dak pun naik melambung....time harga jatuh mendadak nie kalau nak beli simpan boleh lah, jual memang tak leh rugi banyak hokey....aku tunggu harga naik aku nak jual lah...cam tak best je gold saving maybank nie...Argo bank cam best sikit harga dia selalu naik tinggi, tapi masa tu aku xdak duit sangat sebab argo bank kena beli banyak gram sekali beli. kalau maybank 1 gram dah boleh beli...kumpul2 sikit2..aku berjaya kumpul berapa gram je lah...tu pun dah lama stop...




cara nak tengok harga beli kat kaunter, tengok bahagian selling rm 142.05/g
kalau jual (kita ambik balik duit kita ) rm 136.14/g...maybank cam merugikan pelabur je aku rasa....harga mas dia untuk jual 2 th nie tak pernah tinggi pun, time aku beli dulu rm 160 keats...kalau jual sekarang rugi banyak. Bila hujung tahun aku tengok harga gold dia naik tapi tak lebih dari 170 pun....tengok hujung tahun nie camna lak.


aku tak reti sangat pasal pelaburan nie, just tengok2 gitu je lah.
ASB n insurance saving aku tak ambik peduli sgt ... bulan2 aku bayar ikut jadual je lah...yg tu untuk hari tua he3..

Wednesday, June 5, 2013

melawat syifa di Lumut

1/6/2013- 2/6/2013

Assalammualaikum

minggu lepas kita p melawat baby syifa kat lumut, sepupu aku pindah ikut husband dia, tiba-tiba aku rasa nak kawin n ada family sendiri macam best je kan huhuhu, kemain lama mak aku suh kawin, camna nak kawin kalau tak sampai masa gi kan, jap ek i punya fobia still ada kot hahaha..





gambar nie masa dekat Teluk batik makan ais krim petang2..dekat je ngan umah sepupu aku.

 nampak tak i ramai sepupu perempuan...suka-suka...adik beradik pun ramai perempuan gak...setiap kali i kuarkan shawl baru of coz i kena restock untuk adik beradik n sepupu2 aku sama, nampak tak pentingnya customer tetap, thanks korang coz support izyanty collection. nie baru sikit ada ramai lagi sepupu.
kat luar kalau kuar aku xdak lah nak pakai shawl lace gojes tu sangat over hokey, kat luar aku pakai biasa2 je kalau korang jumpa aku, aku selekeh giler je, ada event or majlis baru pakai cantik2 sikit he3...



malam tu kami lepak dekat Marina island...best gak tempat tu, sayangnya kita p time malam...kalau siang mesti lg cantik tempat nie kan.


hari ahad jalan2 kat eon lumut, kemain besar mall depa no...sempat gak lah shopping baju keja kat c2, murah. Kita pakai shawl 2 tone dari Izyanty Collection ( pink + hitam )



last sekali jalan2 kat jeti lumut sambil shoping makanan laut huhu...pastu bertolak balik penang kol 6 baru bertolak...kebetulan adik kita kena bawa student dia bbq kat Teluk Batik tu, sebab tu kami p minggu lepas jugak.


p/s :sapa2 nak jadi dropship untuk shawl raya boleh pm kat fb  izma yanti ek