Thursday, June 28, 2012

RESEPI : Kangkung goreng belacan


Disebab ada orang request resepi baru aku rajin nak menaip, tak taw napa malas sangat nak tulis resepi sejak kebelakangan nie, eh jap bukan selalu malas ke aku nie kan?


Resepi mudah cara aku :)

BAHAN-BAHAN
- 1 ikat kangkung ( dipotong )
* bawang putih 2 ulas
*cabai melaka + cabai hidup ( ikut suka banyak mana )
* belacan 2 inci

sila belender bahan yg bertanda *
bahan perasa

CARA MASAK

panaskan minyak, tumis bahan yg dibelender  pastu masukan batang kangkung biar layu sikit baru masukan daun lak, sila letak bahan perasa taw, belacan akan buat masakan masin so sila rasa dulu sebelum nak tambah apa2, kalau terlampau pedas letak sedikit gula. jgn masak terlalu lama ok. dah siap :p. senang kan. nak lg senang beli perencah yg dijual kat kedai2 runcit tu.


p/s : kenapa tak jadi rupa cam kat kedai ek, kuah dia bergantung kat belacan gak kot.tak pasti betol ke tak hahahh...

No comments: