Wednesday, February 29, 2012

cengkerek pun kena beli


pernah tengok cengkerek tak? aku sebelum nie tak pernah tengok pun, tapi yg selalu bising2 kat hutan tu benda alah ni le kot kan. aku beli cengkerek nie RM 2 untuk mengail ikan. bukan aku yang nak mengail pun mak n ayah aku suka p mengail petang2 kat bendang, hobi masa lapang le katakan, banyak gak lah dapat ikan puyu tapi kecik2 je pun. Kalau bertuah dapat le ikan keli dan ikan haruan besar. banyak ekor gak lah pernah dapat ikan haruan.  

selalu dapat ikan puyu banyak bila bawa balik umah kitaorang tak makan sangat ikan tu, so buat lah pekasam. buat pekasam pun tak makan gak so bagi lah kat jiran2. Bila dah bagi depa rasa ada pulak yang nak beli, then sekarang dah jual pekasam le pulak he3... mak aku le yang jual. see dari hobi leh dapat duit gak kan. dapat ikan free jual. boleh le buat bacup belanja harian. walaupun tak banyak kan. Rezeki Allah tu luas.Alhamdulilah.

Tuesday, February 28, 2012

udang masak sos


menu yang masak last minute, paling senang buat masak sos le kan...


Bahan-bahan

udang
bawang besar
sos cili
air asam
bahan perasa
buah tomato

cara masak

tumis bawang putih, masukan udang, air asam jawa, sos cili bahan perasa. pastu udang dah masak baru masuk buah tomato dan bawang besar. ok siap. tak sampai 10 minit kan.biar sampai mendidih le kan he3..

BENGKEL SOLEKAN PENGANTIN



kredit to ROTIKAYA untuk gambar kat atas nie. 
aku suka gambar nie cantik, selamat pengantin baru buat ana rafali dan pasangan.


Sepupu aku ada buat bengkel solekan pengantin. kepada sapa2 yang nak join dan nak taw info lanjut boleh PM FB DIA OK  NURUL AIN
ORANG SEKITAR SEBERANG PERAI DAN KULIM KEDAH LEH LE JOIN


Bengkel solekan pengantin oleh makeup artist akan diadakan di KULIM kedah.

AnTara teknik solekan:

Pengenalan & cara penggunaan foundation Teknik membentuk kening
Teknik solekan mata Teknik shading hidung & countouring wajah
Demo solekan pengantin Praktikal
peserta Tempat terhad!!!
Berminat pm sy utk info lbih lanjut. Tq :-)




Monday, February 27, 2012

masak lemak pucuk ubi kayu



dari minggu lepas lagi teringin nak makan masak lemak nie, disebabkan pucuk ubi kat pokok dah habis...kena tunggu naik pucuk baru, so minggu nie dapat le makan, pucuk ubi kutip belakang umah je, tu le untungnye dok umah kampung kan, leh petik dan cari sekeliling umah je.

aku nak bagi resepi paling senang nak buat masak lemak pucuk ubi


bahan-bahan

pucuk ubi - direbus dulu then potong kasar
1 biji bawang besar dan 8 biji cabai melaka - dibelender 
2 cawan santan pekat
udang besar / ikan bilis
serbuk kunyit
1 batang serai

cara masak
tumis minyak dengan bahan yang dibelender tadi, masukan santan, serbuk kunyit, udang/ikan bilis then masukan pucuk ubi yang direbus tadi dan serai.last sekali letak perasa garam n gula. 


Friday, February 24, 2012

nampak berseri dengan foundation cosmoderm?

ramai yang bagi feedback yang positif pasal foundation cosmoderm, aku pun dah cuba gak...sangat penyibuk pantang orang buat review barang best mesti nak gak he3...by the way sepupu aku dah 2x  tegur napa aku nampak berseri lain, dia kata eh napa nampak berseri cam nak kawen, nak kawen ke?...erk mana ada aku nak kawen pun, plan pun lum ada lagi, hopely masin le mulut dia kan supaya aku leh cepat2 kawin amin.

aku pun cakap kat dia muka aku nampak berseri sebab aku pakai foundation baru kot, bila pakai foundation nie muka nampak shining semacam je tu pasal bersinar kot, aku lak jenis kulit berminyak lagi lah nampak berkilat but nampak cam kulit lembab je.


waktu awal pagi


time kol 12, 




nie gambar foundation yang aku pakai COD 03, tapi aku tak suka sangat colour nie, kalau boleh nak yg lebih gelap dari kulit aku,  by the way sangat best pakai foundation nie dia dapat melindung kulit dan merepair masalah kulit jugak.

kalau nak info lebih lanjut baca kat Bloger cantik NURUL AIN

p/s: firstime p keja pakai shawl tu pun kena siap lebih awl dr selalu, nak kena belit2 lg. 

Thursday, February 23, 2012

bedak PIXY pesaing bedak MIyAMI


BEDAK PIXY-RM 12.90) – REFILL/RM 21.90) – PACK BESAR
kredit gambar dari SINI






bedak miyami-cosway


Assalamualaikum....hari nie nak review sikit pasal bedak compact yang tengah hot sekarang, ramai dah kot yang bertukar kepada bedak pixy nie kan. aku je lum tukar lagi sebab bedak miyami aku lum habis lg. sebenarnya tak sabar gak nak cuba bedak pixy nie, but jangan membazir guna miyami bagi habis baru beli  baru he3....tapi kan dah nak habis boleh le tukar kepada pixy lak, lagipun bedak pixy lagi murah dari miyami fungsi dia sama cam miami gak, y not kita bertukar kepada lebih murah kan.

kakak aku n sepupu2 aku dah tukar kepada pixy, aku je ketinggalan sikit. nak beli kat mana bedak pixy nie ek, semua supurmarket ada jual,watson,gurdian.kalau nak lebih murah beli je kat mini market dpt harga RM 15.90 @ 13.90 kat kawasan umah aku le, tu masa lama dulu aku tengok, sekarang thah dah tukar ke tak tak taw le pulak. harga standart dia rm 18.90 kot ek.


kalau bedak miyami aku selalu beli kat pasar malam je leh dapat harga murah rm19.90 akak tu jual sama je time xdak promosi. kalau beli kat cosway time xdak promosi rm28. 

Tuesday, February 21, 2012

PELABURAN YANG PALING MENGUNTUNGKAN ADALAH SEDEKAH

PERBANDINGAN SEDEKAH MENURUT AL-QURAN

“Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. 

Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya“. ( Al-Baqarah : 261 )

AJAIBNYA SEDEKAH
Ali Bin Abi Talib berkata, “Pancinglah rezeki dengan bersedekah.”
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Segeralah bersedekah kerana bala tidak pernah mendahului sedekah,” “Ubatilah penyakitmu dengan bersedekah”, dan “Banyakkan sedekah kerana ia dapat memanjangkan umur.”

Monday, February 20, 2012

Tips untuk mengurus kewangan dengan betol

Assalamu’alaikum
setiap kali dapat gaji perkara pertama yang korang selalu buat apa ek...p shoping ek.. kan kan he3...dulu2 aku pun camtu gak, sekarang tak lagi..bila selalu buat camtu hujung bulan mesti sesak kan, terpaksa lah ikat perut lak kan. tapi tak dak sampai camtu...just rasa terseksa je xleh beli barang baru kan sebab kn tunggu gaji masuk dulu hahaha...korang perasan tak duit asyik berulang camtu je kan, sampai bila2 pun tak pernah cukup, then saving lak thah kemana.

Perkara wajib yang perlu kita buat setiap kali dapat gaji adalah seperti berikut :

1 - BAGI MAK/ AYAH
2 - SIMPAN DALAM BANK
3- BAYAR HUTANG  / INSURANCE / BIL2/ TABUNG HAJI/

BAKI DUIT TU BARU KITA GUNA UNTUK DIRI SENDIRI


P/S : PELABURAN YANG PALING MENGUNTUNGKAN ADALAH SEDEKAH ( NEXT EN3)

Friday, February 17, 2012

kebosanan boleh mencipta bakat anda?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum dan selamat hari jumaat, korang pernah rasa kebosonan yang melampau tak then apa yang korang buat. Aku selalu je mengalami kebosanan melampau, datang keja pun bosan taw, walaupun ada internet.
sesetengah orang suka online fb, twiter,game, blog dan lain2 lagi kan. tapi aku dah tak minat semua tu, dah cemuih ok, maybe disebabkan peningkatan umur le kan.

bila balik umah, time malam ada masa lapang gak kan. selalunya aku tengok tv lebih kurang 1jam 30 je, tu pun tangan tu mesti kena buat sesuatu sambil menonton, selalunya aku mjahit le atau lipat baju. kalau tgok tv je tanpa buat benda lain aku akan rasa bosan dan tak best..malam2 dah le aku tido awal he3..tambah2 xleh rebut cnanel tv.

bila tiba hari cuti sabtu n ahad lak, aku paling suka taw, sebabnya aku akan jadi buzy buat keja umah, kemas or memasak. sebenarnya aku tak minat sangat kuar p mall jalan tanpa arah tujuan, sangat rimas di tempat orang ramai. kalau ada barang yang nak beli je or my sister ajak kuar baru aku kuar.

kalau nak ikutkan aku banyak sangat masa lapang, satu masa kat tempat keja, yang kedua time malam. Then akibat kebosanan nie baru aku taw yang aku nie ada bakat jugak, sebelum nie aku tak taw pun ada bakat seni. so dari kebosan ni lah jugak aku leh dapat duit rupanya. 

jom tengok hasil dari kebosanan yang dapat aku hasilkan, by the way buat benda2 camni mengembirakan hati aku. sambil buat hobi masa lapang dapat duit.Alhamdulilah atas rezeki Allah walaupun tak banyak tapi rezeki yang tak putus-putus.


bodyscrub



guestbook wedding



veil nikah/ kawen/tunang



p/s : skrg pun malam2 still mjahit orang tempah hampir siap dan ada lagi lain customer...Thank's Allah

Thursday, February 16, 2012

imam muda Hassan dan kad kawin cantik

                 imam muda hassan





kredit gambar kad dari  http://beautifulnara.com/

 suka kad nie cantik dan nampak suci je kan, mula2 tengok kt abg nara errkk tak kenal pun sapa imam muda hassan, almaklum lah umah aku tak dak Astro. so pe lagi cari kat pak cik google lah kan. so baru taw sapa he3..


                                          


Asal: Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak
Tarikh Lahir: 17 Februari 1985
Kelulusan: Graduasi Jurusan Ilmu Wahyu dalam pengkhususan Al-Quran dan Hadis, Universiti Islam Antarabangsa
Seorang Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa dan merupakan Imam sambilan di Surau al-Iman, Kemensah Height, Gombak Selangor dan merupakan Ustaz al-Quran di sekitar kawasan Lembah Kelang.
Status: Bujang